Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Lahirnya Cahaya Mata Mereka

22.12.2010 // 1 Comment

Hari ini aku mendapat sebuah berita yang gembira. Rakan sekelas aku yang pernah sama-sama belajar di universiti pada tahun 2004-2008 yang lalu telah selamat melahirkan anak pertamanya. Dan secara tidak langsung, kini aku sudah bergelar uncle untuk anak buah sulong kelas kami ini.

Entah kenapa, apabila aku melihat gambar anak perempuannya yang kecil itu, yang baru lahir itu, membuatkan hati aku berasa sayu dan terharu sangat-sangat. Rasa seronok apabila dapat melihat gambar bayi yang baru lahir yang masih bersih dan suci itu. Matanya, hidungnya, mulutnya, sangat kecil dan comel sekali.

Bersyukur aku ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya, bertambah lagi seorang hamba Allah di muka bumi ini yang bakal menyambung perjuangan ayah dan ibunya di dewasa kelak.

Tahniah diucapkan kepada Salwani dan Fazli. Aku doakan rezeki kalian semakin bertambah dan sentiasa bahagia di samping baby comel tersayang..

Pesanan buat Baby: Baby jangan nakal-nakal okey.. Nanti uncle Pojie tak belikan hadiah untuk baby nanti.. 🙂

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Chord Dadali – Disaat Aku Mencintaimu
Menjejaki Jutawan Senyap »

Trackbacks

  1. Selamat Tahun Baru 2011 says:
    01.01.2011 at 10:04 am

    […] Dan tidak lupa juga ucapan sekalung tahniah kepada rakan-rakan yang menyambut tahun baru ini dengan kelahiran cahaya mata pertama mereka. Sudah pasti dalam kegembiraan itu akan dihiasi dengan air mata kesyukuran kerana diberikan zuriat […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2025 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in