Selamat Tahun Baru 2011 – kredit, DryIcons
1. Kini kita sudah pun berada di tahun yang baru, dekad yang baru.
2. Pelbagai perkara yang telah berlaku pada tahun 2010 yang lalu. Suka duka, gelak ketawa, tangis dan esakan telah kita lalui selama ini.
3. Kini, ianya hanyalah kenangan yang kita telah tinggalkan dan tidak mungkin berjumpa lagi dengannya. Segala yang berlaku itu adalah dugaan dan cabaran yang akan mematangkan kita untuk pergi dan bergerak jauh ke hadapan.
4. Tidak semua orang melalui ujian seperti kita. Dan kita harus bersyukur kerana kita masih diingati olehNya kerana diberikan ujian itu. Kerana dengan ujian itulah kita akan kembali mengingatiNya dan memohon keampunan daripada tuhan yang satu.
5. Bagi kepada rakan-rakan yang telah mengakhiri zaman bujangnya, aku ucapkan tahniah kepada kalian.
6. Dan tidak lupa juga ucapan sekalung tahniah kepada rakan-rakan yang menyambut tahun baru ini dengan kelahiran cahaya mata pertama mereka. Sudah pasti dalam kegembiraan itu akan dihiasi dengan air mata kesyukuran kerana diberikan zuriat yang bakal mewarisi kehidupan mereka.
7. Aku doakan semoga kita semua akan lebih baik di tahun 2011 ini. Kebahagiaan, kesenangan dan keceriaan akan sentiasa menyelubungi kehidupan kita sepanjang tahun baru ini.
8. Selamat tahun baru 2011 diucapkan kepada anda semua.. ๐
Eizil says
Selamat tahun baharu bro… ๐
CypherHackz says
Selamat tahun baru jugak bro.. 8)
Shahirah Rodzo'an says
Al-Fatihah juga kepada yang telah pergi meninggalkn kter smue wat selama-lamanya~
Smoga mereka ditempatkn di kalangan yang beriman~
Ameen~~ ๐
CypherHackz says
Ameen jugak.. ๐
wazy says
Selamat tahun baru 2011 bro
CypherHackz says
Selamat tahun baru Wazy.. 8)
Finalcross says
Selamat tahun baru 2011 bro. Semoga membawa kebahagiaan & rahmat pada kita semua…
CypherHackz says
Selamat tahun baru kawan.. ๐
mosyar says
happy new year….heheehe.
CypherHackz says
Happy new year bro mosyar… ๐
deCrewz says
Selamat tahun baru & hepi new year bro.. eh2.. Sama je ..he3
CypherHackz says
Hahaha… Lol.. Takpe. Yang penting maksud dia tercapai.
wandisini says
selamat tahun baru. kita doa bersama-sama agar tahun 2011 ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya
“…Tidak semua orang melalui ujian seperti kita. Dan kita harus bersyukur kerana kita masih diingati olehNya kerana diberikan ujian itu…” aku setuju dengan ayat ni
CypherHackz says
Huhuhu.. Thanks ya Wan.. ๐
Ali ridha says
Selamat tahun opss……..
terlambat dah la.mungkin aku cuba
lagi ye.
Selamat Tahun baru 2011 dan semoga berjaya.