Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Lambakan Blog Di Internet

04.01.2011 // 38 Comments


Overflowing pile of trash – kredit, bitchcakesny

1. Pada sekitar tahun 2005 yang lalu, hanya beberapa buah blog Melayu sahaja yang aku jumpa di Internet. Ianya boleh dihitung dengan jari.

2. Mungkin pada waktu itu, Internet bukanlah seperti apa yang ada pada sekarang ini. Untuk mendapatkan talian Internet, seseorang itu perlu mendaftar terlebih dahulu dengan TMNet. TMNet merupakan satu-satunya ISP yang ada selain JARING pada ketika itu. Itupun hanya memperolehi kelajuan setinggi 28.8kbps sahaja.

3. Tetapi sekarang, Internet sudah menjadi sebahagian daripada hidup kita. Sudah terdapat banyak ISP yang wujud di Malaysia ini. Boleh dikatakan, setiap rumah yang mempunyai komputer pasti mempunyai sambungan Internet di rumah mereka. Tidak kisahlah samada ianya Streamyx, P1 Wimax, Unifi, Celcom, Maxis dan sebagainya, asalkan ia dapat menghubungkan mereka dengan dunia Internet.

4. Tidak hairanlah, kemajuan teknologi dalam kehidupan rakyat di Malaysia ini telah membuka minda setiap daripada kita tentang kepentingan Internet. Segala maklumat boleh didapati di Internet dengan mudah. Termasuklah dengan melayari blog-blog yang penuh informasi seperti CypherHackz.Net, Amanz Network, My Windows XP, Pengendali Blog dan sebagainya.

5. Dan terdapat juga blog-blog yang bersifat peribadi yang lebih menceritakan tentang kehidupan mereka seharian. Segala suka duka dan kisah pengalaman diceritakan sepenuhnya di dalam blog mereka. Yang hairannya, kisah seperti ini turut mendapat perhatian daripada para pengguna Internet di Malaysia.

6. Disebabkan itu, rata-rata rakyat Malaysia yang menggunakan Internet juga ingin mempunyai blog mereka sendiri. Lagi-lagi apabila mereka mendapat tahu bahawa mereka boleh menjana duit dengan blog. Sikap ‘suka ikut orang lain’ adalah memang sikap rakyat Malaysia yang sepatutnya dipuji. Tetapi malangnya sikap itu digunakan bagi memperolehi hasil pulangan dengan mudah.

7. Semakin hari semakin banyak blog yang wujud di dunia Internet sehingga berlakunya lambakan blog yang entah apa-apa. Dunia blog tidak lagi seperti dahulu yang penuh dengan informasi dan kisah-kisah yang menarik untuk dibaca.

8. Kebanyakkan blog yang ada sekarang ini hanyalah artikel yang ditiru daripada blog lain. Segalanya disebabkan mereka tidak mempunyai idea dan tujuan sebenar untuk apa mereka menulis blog. Mereka fikirkan dengan hanya menulis satu dua artikel, sudah memadai untuk memberikan mereka pulangan yang lumayan.

9. Blog bukan hanya digunakan untuk mendapatkan duit semata-mata. Tetapi blog adalah satu platform untuk kita berkongsikan idea, pendapat dan menceritakan apa yang terbuku di hati untuk dibaca oleh pengunjung.

10. Oleh itu, kepada para blogger yang sedang membaca entri ini, aku mengharapkan kita sama-samalah tetapkan semula mindset kita, matlamat kita untuk apa kita membuka blog.

11. Jika benar kita buka blog untuk menjana pendapatan sampingan dengannya, maka lakukanlah dengan sebaiknya. Keluarkanlah idea-idea yang bernas dan menarik untuk dicurahkan ke atas blog kita. Tetapi jika kita buka blog hanya kerana ‘suka ikut orang lain’ semata-mata, hentikanlah kerana ianya hanya akan merugikan diri kita sendiri sahaja.

ps: Nampaknya, betul ramalan aku yang akan berlaku banyaknya lambakan blog yang entah apa-apa di dunia Internet ini… Rujuk entri, “WTH! Jana duit dengan blog?“…

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Selamat Tahun Baru 2011
Tiada Lagi Engku Ibrahim di Televisyen »

Comments

  1. sayaanonymous says

    04.01.2011 at 10:02 am

    anon sangat2 setuju!! memang banyak sangat2 skang blog..huhu

    Reply
    • CypherHackz says

      04.01.2011 at 9:33 pm

      Yup! Sekarang ni memang banyak sangat2 blog yang ada di Internet. Sampai dah tak terfollow.

  2. megat says

    04.01.2011 at 11:20 am

    aku setuju! lambakan blog kini menjadi titik tolak penerimaan orang kita tentang internet. malangnya semakin banyak juga keburukan dan gejala sosial yang berlaku.

    aku juga menulis dan blog yang aku tulis adalah kisah peribadi. kisahnya juga bersifat peribadi tapi aku cuba rumus atau olah untuk jadikan ia tauladan dan pengajaran kpd pembaca.

    yang penting kita tahu apa tujuan sebenar kita menwujudkan blog tersebut.

    Reply
    • CypherHackz says

      04.01.2011 at 9:34 pm

      Setuju! Sebenarnya tidak kisah kita nak menulis mengenai apa. Yang penting apa yang kita ingin sampaikan itu sampai kepada pembaca.

  3. Paan Jr says

    04.01.2011 at 5:17 pm

    sepatutnye lambakan twitter pulak.
    rakyat malaysia asyik kalah je hashtag
    hahahaha

    Reply
    • CypherHackz says

      04.01.2011 at 9:35 pm

      Hahaha.. Ni mesti kes dengan Indonesia ni… :p

  4. Eizil says

    04.01.2011 at 5:23 pm

    Bagi aku lambakan blog di internet bukan suatu masalah, tetapi apabila ramai yang saling salin-menyalin, itu yang menjadikannya kurang menarik, kenapa perlu menyalin artikel orang lain, tambahan artikel yang berbentuk peribadi. Aku sendiri berasa pelik.

    Kalau kita tulis sendiri artikel tersebut, pasti kepuasannya lebih, dan bagi aku, itu yang menyebabkan aku masih menulis sehingga sekarang, sebab mendapat kepuasan tersebut, berkenaan dengan menjana pendapatan tuh, kalau ada bonus aa kan. ๐Ÿ™‚

    Reply
    • CypherHackz says

      04.01.2011 at 9:36 pm

      Dulu pernah ada sekali tu mamat ni copy bulat2 artikel seorang blogger ni. Siap gambar2 dan caption gambar blogger tu pun dia sebat. Last2 kitorang semua ban mamat tu sampai dia sendiri tutup blog dia. Sigh~

  5. Ejon says

    04.01.2011 at 6:54 pm

    setuju dengan lambakan blog..

    kalau dulu, berita semua dari surat khabar dan tv dan ianya tertakluk kepada penyiaran untuk memaparkan atau tidak, atau dengan erti kata lainnya tidak transparent.

    kini dgn lambakan blog, bermakna lambakan informasi yg kita bleh perolehi yg lebih jitu dan telus. ๐Ÿ˜€

    Reply
    • CypherHackz says

      04.01.2011 at 9:38 pm

      Ada kebaikannya jugak la kan. Hehehe.. Tetapi kadang2 kita sendiri pun tak tahu betul ke tidak nye artikel yang ditulis dekat blog tu. So kena berdasarkan fakta2 dan bukti2 yang lengkap la baru orang akan percaya. Ni kalau cerita je tanpa sebarang bukti, memang cakap kosong je la…

  6. msbmna says

    04.01.2011 at 7:00 pm

    Nampak gaya trend blog kini umpama akhbar Metro atau sisipan Pancaindera sahaja. Menagih publisiti daripada orang ramai untuk membaca, malangnya langsung tidak bermakna dan bermanfaat langsung. Bosan.

    Isu pokok yang diutarakan hampir sama, kandungan tulisan pun lebih kurang. Contoh; Malaysia menang 4-2 dengan Indonesia. Semua berebut menulis untuk jadi orang yang pertama konon-kononnya. Lebih baik buka ruangan sukan dan baca di Utusan atau Berita Harian sahaja.

    Lainlah kalau gaya penulisan seperti blog Sokernet yang menarik dan di luar kotak fikiran pembaca. Beri ulasan dan analisis dengan terperinci tentang persembahan pasukan negara. Insyallah artikel laku dibaca dan menjadi perbincangan yang sihat. Bukan begitu?

    Reply
    • CypherHackz says

      04.01.2011 at 9:41 pm

      Yup. Apa yang inginkan adalah kelainan. Itu yang penting sebenarnya. Tetapi dalam 10 blog yang ada, cuma 2 atau 3 sahaja yang memberikan kelainan itu. Yang selebihnya, sama sahaja.. Sigh~

  7. D says

    05.01.2011 at 4:16 pm

    Itulah pasal. Kadang2 amik 2-3 hari pikir content yang betul2 berguna untuk panduan sepanjang masa bagi blog informasi.
    Sekarang banyak blog sudah.. sekali terasa tak terupdate pula..

    P/S: Eh. hehe. ada mamat ensem mana la punya blog tu dalam post kat atas tu. Die baru renew domain. Wakaka.

    Reply
    • aman says

      06.01.2011 at 8:38 pm

      ha’a. betol. dia memang hensem. haha~

    • CypherHackz says

      06.01.2011 at 8:39 pm

      Sape yang hensem Aman?

  8. miss lolly says

    05.01.2011 at 11:59 pm

    oh yes :0 skng manusia dah maju. semua di hujung jari je kan. setuju sangat dgn entri ni. tapi bagi me, bel0g tak perlu inf0rmasi saje, santai p0m perlu. kal0 tak boring semua asyik bincang benda sama kan ?

    oh ya, tengs comment my entri ๐Ÿ™‚ nak cakap ni haaa pic kat new entri tu bukan my bf, tu pekerja ai ๐Ÿ™‚ saye berjalan scr sendirian (single keh keh) hehe n die tak kisah pun letak pic die kat dalam tuh. btw, tengs visit my bel0g ya ๐Ÿ™‚

    Reply
    • CypherHackz says

      06.01.2011 at 8:40 pm

      La…ingatkan yang tu your boyfriend. Pelik jugak. Sebab if tak silap, you ada cakap yang you tak suka tulis pasal love dekat blog. :p

  9. mie says

    06.01.2011 at 5:24 am

    betul tu!!!
    blogging dah jadi macam hobi

    Reply
    • CypherHackz says

      06.01.2011 at 8:41 pm

      Hahaha.. Aah. Blog merupakan salah satu hobi yang sihat.. ๐Ÿ˜‰

  10. sayaanonymous says

    06.01.2011 at 7:57 am

    cypher nak header size apa?

    Reply
    • CypherHackz says

      06.01.2011 at 8:41 pm

      Header ape eh? Ni untuk design banner tu ke?

  11. Kujie says

    06.01.2011 at 5:57 pm

    masih kagum dan menjadi pembaca blog2 2005 yang masih tulus dan bermutu – mereka ada kelompok tersendiri yang ‘best’

    sekarang fokus pada duit – ramai sungguh nak dapatkan duit dari blog. bukan tak boleh – kalau dah stabil ada identiti – blog boleh ada nilai, baru kita bercerita tentang duit.

    Reply
    • CypherHackz says

      06.01.2011 at 8:42 pm

      Hahaha… Apakah maksud Kak Jie tentang ‘best’ itu eh? Hurm, hurm, hurm.. ๐Ÿ˜›

    • Kujie says

      06.01.2011 at 8:45 pm

      best – nilai entri yg dihasilkan..penuh tersirat ayat simple
      tak berjela2 dan kelompok mereka juga ada ‘nilai’ yang unik
      tak mcm skrg – susah nak cari

  12. Fahmishah says

    07.01.2011 at 5:55 pm

    well written. waktu aku mula-mula masuk dunia blog ni, berapa saja yang menjadi blogger ketika itu. sekarang, nah! melimpah-limpah manusia nak jadi blogger. blog sudah jadi trend.

    Reply
    • CypherHackz says

      08.01.2011 at 10:42 am

      Fahmishah ni juga merupakan salah seorang blogger pertama yang aku jumpa di dunia blog. Dia ni pun seorang blogger yang otai ni. ๐Ÿ˜€

  13. deCrewz says

    08.01.2011 at 4:41 am

    lambakan blog macam cendawan adakalanya mengumpat antara satu sama lain..he3

    Reply
    • CypherHackz says

      08.01.2011 at 10:42 am

      Huhuhu.. Betul. Ada sesetengahnya membuka group sendiri dan menghentam blogger lain.

  14. zik says

    08.01.2011 at 5:29 am

    dah makin banyak sekarang nie… cuma yang betul2 umphh.. susah sket nak cari…

    Reply
    • CypherHackz says

      08.01.2011 at 10:43 am

      Yup! Sangat setuju. Kebanyakkan mereka suka menggunakan perkataan yang sangat singkat sehingga sukar difahami. Sigh~

  15. titan says

    08.01.2011 at 8:21 am

    setuju. masa tahun 2005 dulu..berapa kerat aje blog melayu. Tu pun blog personal. Sekarang, mak aii..bersepah. Tak tahu mana satu nak ikut..dulu, banyak gak blog orang lama-lama ni aku follow..tapi bila diorang sendiri dah tak update..camana la nak follow..

    blog orang baru-baru ni, kalau unik..memang hari-hari datang tengok. ada tak artikel baru..

    Reply
    • CypherHackz says

      08.01.2011 at 10:44 am

      Lambakan blog ini yang menyebabkan blog semakin tidak berkualiti. Blog semakin banyak yang mengarut daripada info yang menarik. Tak semua orang boleh menjadi blogger kecuali mereka betul2 berminat untuk menulis dan bukan sekadar bercakap kosong semata2. ๐Ÿ˜‰

  16. Zairul says

    08.01.2011 at 10:51 am

    No 6-8 tu aku setuju sangat..

    Bab copy paste artikel orang lain ni aku rasa takkan pupus..

    Reply
    • CypherHackz says

      08.01.2011 at 11:00 pm

      Memang… Sampai bila2 kot aku rasa isu tu takkan habis.. Sigh~

  17. akubiomeda says

    08.01.2011 at 1:59 pm

    Macam-macam tujuan seseorang itu membina blog ada yang hendak berkongsi sesuatu, ada yang mengunakan untu menegakkan keadilan, ada yang menjadikannya untuk promosi internet marketing dan semuanya berbantung kepada niat. Tepuk dada tanya selesa

    Reply
    • CypherHackz says

      08.01.2011 at 11:00 pm

      Betul.. Setiap orang mempunyai tujuan tersendiri untuk buat blog. Tetapi kebanyakkannya adalah untuk peribadi dan juga duit.

  18. Firdaus Kasim says

    18.01.2011 at 9:37 pm

    buat duit dgn blog itulah yg jadi daya tarikan org skrg nie buat blog

    Reply
  19. sitokei says

    30.01.2011 at 12:34 pm

    setuju dgn no 9..
    lagi la byk blog akan muncul selepas redmummy keluar BH

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6รท2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2025 ยท Blog Aku ยท Hosted by Elfbytes Web Hosting ยท Log in