Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Rancang Kewangan Anda 1: Pengenalan

17.10.2011 // 6 Comments

rancang-kewangan-anda-1-pengenalan

Setujukah anda jika saya katakan setiap daripada kita mesti mempunyai masalah kewangan? Tetapi apakah yang boleh kita lakukan bagi menyelesaikan masalah kewangan ini?

Saya tertarik untuk membawa topik ini kerana saya juga mempunyai masalah yang sama seperti anda.

Setiap hujung bulan kita akan dapat duit gaji hasil daripada penat lelah kita bekerja selama sebulan. Tetapi tidak sampai hujung bulan yang berikutnya, duit gaji yang tinggal di dalam bank berada pada paras-paras hidung sahaja. Itu pun nasib baik masih berada di paras hidung. Masih lagi boleh bernafas dan bernyawa.

Tetapi bagaimana jika duit gaji kita habis dan tiada apa lagi yang tinggal di dalam bank? Bagaimana kita nak makan nanti? Bagaimana pula duit untuk isi minyak kereta esok? Duit sewa rumah lagi?

Pelbagai masalah yang akan timbul jika kita tidak merancang kewangan dengan betul.

Baca selanjutnya…

Membeli Emas di Pengedar Emas

29.09.2011 // 3 Comments

pengedar-emas-01
Laman web Pengedar Emas

Beberapa hari yang lalu, harga emas sedunia telah jatuh dan ramai orang mengambil peluang ini untuk memiliki emas. Harga emas yang rendah telah menyebabkan ramai orang berpusu-pusu mencari pengedar emas bagi mendapatkan emas ketika ianya berada di paras harga yang rendah.

Pengedar Emas merupakan salah sebuah laman web yang menjual emas. Emas yang dijual datang dalam pelbagai bentuk seperti bar emas, syiling emas, dan juga barang kemas.

Setiap emas yang dijual adalah emas berketulenan 999 atau 99.9% unsur di dalamnya terdiri daripada emas. Produk emas ini dibekalkan oleh syarikat pengeluar emas tempatan iaitu GoldCrest Pavilion Sdn Bhd yang bertempat di Nilai, Negeri Sembilan.

Baca selanjutnya…

Mengapakah mata kita berair ketika menguap?

24.09.2011 // 3 Comments

bayi-menguap

Kita akan menguap apabila mengantuk, penat, bosan atau ketika kita kekurangan oksigen di dalam darah. Ekspresi ini adalah automatik dan kita tidak dapat mengawal pergerakan otot-otot muka ketika menguap.

Apabila kita menguap, otot-otot di muka akan berubah dan menyebabkan kita ingin menutup mata. Keadaan ini menyebabkan air mata terkeluar kerana otot-otot muka menekan kelenjar air mata. Air mata yang terkeluar ini pula berperanan untuk menyegarkan mata yang keletihan.

Selain daripada itu ketika menguap, otot-otot muka turut memberikan tekanan kepada kelenjar air liur sehingga menyebabkan air liur terkeluar ke dalam mulut (dan ada juga yang sampai terkeluar dari mulut). Itulah sebabnya kenapa Rasulullah s.a.w berpesan untuk menutup mulut ketika menguap,

Baca selanjutnya…

Kini Menggunakan Genesis Framework

13.09.2011 // 14 Comments

blogaku-after
CypherFS-GenesisDSP yang dibangunkan untuk Genesis Framework

Alhamdulillah… Syukur kerana dengan izin-Nya, dapat juga saya menyiapkan child-theme blog ini untuk digunakan pada Genesis Framework. Tidak ada banyak perbezaan ketara yang dapat dilihat, tetapi bagi saya ianya adalah satu perkara yang menggembirakan apabila hajat yang disimpan selama ini untuk menggunakan Genesis Framework tercapai jua.

Baca selanjutnya…

Bila Allah Menduga Kita

19.07.2011 // 9 Comments

Apakah perasaan anda apabila salah seorang saudara terdekat anda meninggal dunia? Apakah perasaan anda apabila kereta anda dilanggar dan rosak teruk sehingga tidak dapat digunakan lagi? Dan apakah persaan anda apabila mendapat tempat pertama dalam pertandingan peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa?

Sudah semestinya anda akan berasa sedih apabila orang yang paling rapat dengan anda pergi untuk selama-lamanya. Sudah semestinya anda akan rasa marah apabila kereta yang anda sayang dilanggar teruk oleh orang lain sehingga terpaksa dijual kerana tidak dapat digunakan lagi. Dan sudah semestinya anda akan berasa sangat gembira dan bangga apabila dinobatkan sebagai johan dalam pertandingan peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Tetapi adakah anda sedar setiap apa yang berlaku pada diri dan disekeliling anda adalah ujian dan dugaan yang diturunkan oleh Allah SWT kepada anda? Adakah anda tahu mengenai perkara ini?

Baca selanjutnya…

« Previous Page
Next Page »

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2025 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in