Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Mengapakah mata kita berair ketika menguap?

24.09.2011 // 3 Comments

bayi-menguap

Kita akan menguap apabila mengantuk, penat, bosan atau ketika kita kekurangan oksigen di dalam darah. Ekspresi ini adalah automatik dan kita tidak dapat mengawal pergerakan otot-otot muka ketika menguap.

Apabila kita menguap, otot-otot di muka akan berubah dan menyebabkan kita ingin menutup mata. Keadaan ini menyebabkan air mata terkeluar kerana otot-otot muka menekan kelenjar air mata. Air mata yang terkeluar ini pula berperanan untuk menyegarkan mata yang keletihan.

Selain daripada itu ketika menguap, otot-otot muka turut memberikan tekanan kepada kelenjar air liur sehingga menyebabkan air liur terkeluar ke dalam mulut (dan ada juga yang sampai terkeluar dari mulut). Itulah sebabnya kenapa Rasulullah s.a.w berpesan untuk menutup mulut ketika menguap,

Dari Abu Sa’id al-Khudri, dari bapanya r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila seseorang kamu menguap, maka hendaklah ia menutup mulutnya kerana syaitan dapat masuk.”

Sebagai tambahan, terdapat juga kajian yang mengatakan kita akan terikut menguap apabila melihat orang lain menguap. Adakah anda menguap apabila melihat gambar bayi di atas?

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Kini Menggunakan Genesis Framework
Membeli Emas di Pengedar Emas »

Comments

  1. Jai says

    24.09.2011 at 11:35 pm

    Kalau ikutkan kajian, kenapa kita juga boleh menguap apabila melihat org lain menguap?

    Reply
    • CypherHackz says

      25.09.2011 at 7:30 am

      Disebabkan ada ‘mirror neuron’ di dalam otak kita yang akan secara tanpa sedar terpengaruh dengan sesuatu perkara dan menyebabkan kita turut ingin menguap apabila melihat orang lain menguap.

  2. azman says

    25.09.2011 at 3:21 am

    Kalau saya menguap..byk sgt airmata keluar…mungkin kelenjar dah tua kut….jadi airmata byk kuar..nice info!

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2021 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in