Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Rancang Kewangan Anda 1: Pengenalan

17.10.2011 // 6 Comments

rancang-kewangan-anda-1-pengenalan

Setujukah anda jika saya katakan setiap daripada kita mesti mempunyai masalah kewangan? Tetapi apakah yang boleh kita lakukan bagi menyelesaikan masalah kewangan ini?

Saya tertarik untuk membawa topik ini kerana saya juga mempunyai masalah yang sama seperti anda.

Setiap hujung bulan kita akan dapat duit gaji hasil daripada penat lelah kita bekerja selama sebulan. Tetapi tidak sampai hujung bulan yang berikutnya, duit gaji yang tinggal di dalam bank berada pada paras-paras hidung sahaja. Itu pun nasib baik masih berada di paras hidung. Masih lagi boleh bernafas dan bernyawa.

Tetapi bagaimana jika duit gaji kita habis dan tiada apa lagi yang tinggal di dalam bank? Bagaimana kita nak makan nanti? Bagaimana pula duit untuk isi minyak kereta esok? Duit sewa rumah lagi?

Pelbagai masalah yang akan timbul jika kita tidak merancang kewangan dengan betul.

Rancang Kewangan Anda

Di dalam siri Rancang Kewangan Anda ini saya akan kongsikan dengan anda tips-tips dan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengelak diri kita dari menghadapi masalah-masalah seperti di atas.

Terdapat 8 bahagian kesemuanya. Untuk bahagian pertama ini lebih kepada pengenalan mengenai apa yang akan anda baca di blog saya nanti.

Sementara menunggu bahagian yang berikutnya diterbitkan, apa kata anda langgan RSS feed atau langgan newsletter saya secara percuma. Dengan ini, anda tidak akan terlepas tips-tips menarik yang akan saya kongsikan dalam siri kali ini.

Jadi, sudahkah anda bersedia untuk menjadi seorang yang bijak dalam merancang kewangan?

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Membeli Emas di Pengedar Emas
Rancang Kewangan Anda 2: Kenapa perlu merancang kewangan? »

Comments

  1. David Deckham says

    18.10.2011 at 1:24 pm

    Saya tertarik dengan topik saudara. Tiap-tiap bulan duit asik habis sahaja. Bagaimana caranya supaya setiap pertengahan bulan ada duit masuk? Terima kasih pihak tuan sudi berkongsi tips di sini.

    Reply
    • CypherHackz says

      18.10.2011 at 2:34 pm

      Untuk duit masuk, bergantung kepada perancangan kita sebenarnya. Terdapat banyak cara. InsyaAllah akan saya kongsikan tips tersebut dalam siri Rancang Kewangan Anda ini. ๐Ÿ™‚

  2. azman says

    18.10.2011 at 4:14 pm

    Sgt berminat dgn topik ni,dah lama dalam list google reader. ๐Ÿ™‚

    Reply
    • CypherHackz says

      18.10.2011 at 4:32 pm

      Thanks Azman sebab sudi follow blog ini. ๐Ÿ™‚

  3. Lawrence Vision says

    08.12.2011 at 12:52 am

    Perrkongsian yang menarik.Keluar U tak menjanjikan pekerjaan dibebani pulak dengan hutang kerajaan pula tak habis nak blame graduan sebab dikatakan terlalu memilih pekerjaan walaupun pada hakikat bukan memilih tetapi sebagai graduan kita mesti mengharapkan gaji setimpal dengan kelayakan.Kalau setakat nak keja kilan dan supermarket bagus tamat Form 5 tak payah belajar. Untuk lepasan U penting untuk kita menggunakan segala ilmu yang ada agar dapat jana pendapatan untuk kita simpan walaupun mungkin RM10 sebulan daripada takda kan?.

    Reply
    • CypherHackz says

      27.12.2011 at 5:48 pm

      Betul.. Saya sangat setuju.. ๐Ÿ™‚

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6รท2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2023 ยท Blog Aku ยท Hosted by Elfbytes Web Hosting ยท Log in