Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Bila Allah Menduga Kita

19.07.2011 // 9 Comments

Apakah perasaan anda apabila salah seorang saudara terdekat anda meninggal dunia? Apakah perasaan anda apabila kereta anda dilanggar dan rosak teruk sehingga tidak dapat digunakan lagi? Dan apakah persaan anda apabila mendapat tempat pertama dalam pertandingan peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa?

Sudah semestinya anda akan berasa sedih apabila orang yang paling rapat dengan anda pergi untuk selama-lamanya. Sudah semestinya anda akan rasa marah apabila kereta yang anda sayang dilanggar teruk oleh orang lain sehingga terpaksa dijual kerana tidak dapat digunakan lagi. Dan sudah semestinya anda akan berasa sangat gembira dan bangga apabila dinobatkan sebagai johan dalam pertandingan peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Tetapi adakah anda sedar setiap apa yang berlaku pada diri dan disekeliling anda adalah ujian dan dugaan yang diturunkan oleh Allah SWT kepada anda? Adakah anda tahu mengenai perkara ini?

Mengenai Buku


Bila Allah Menduga Kita, karya Syed Alwi Alatas

Begitulah apa yang akan anda ikuti dan ilmu yang akan anda peroleh apabila membaca buku Bila Allah Menduga Kita, yang ditulis oleh Syed Alwi Alatas. Buku yang berketebalan 189 muka surat ini membincangkan secara terperinci aspek-aspek kehidupan manusia seharian. Ianya berkisarkan tentang permasalahan dan persoalan hidup yang sentiasa menyelubungi diri setiap insan. Setiap masalah yang timbul ada kebaikan dan keburukan, terpulang pada individu bagaimana langkah-langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah tersebut.

Kadangkala kita tertanya-tanya mengapa Allah menurunkan ujian sebegini kepada kita. Adakah Allah tidak menyayangi kita dengan memberikan ujian-ujian yang begitu hebat sehingga kita menangis? Mungkin bagi sesetengah orang dapat bersabar dengan setiap ujian yang diturunkan oleh Allah. Namun begitu, walaupun mereka boleh bersabar tetapi tidak ramai yang boleh bersyukur. Apabila Allah memberikan sedikit kesenangan, mereka mudah lupa bahawa kenikmatan dan kemewahan yang diberikan itu adalah milik Allah semata-mata dan bukannya atas usaha dan pengorbanan mereka sendiri. Itulah sikap manusia yang mudah menangis apabila ditimpa musibah tetapi mudah lupa apabila menerima kesenangan.

Sebahagian Kisah


Sebahagian kisah yang dikongsikan dalam buku ini

Dalam hidup, kita tidak boleh lari daripada takdir. Setiap perkara yang berlaku adalah ketentuanNya dan setiap yang berlaku itu juga adalah untuk kebaikan diri kita sendiri. Saya tertarik untuk berkongsikan dengan anda dengan sebuah kisah yang saya petik daripada buku Bila Allah Menduga Kita ini.

Seorang anak sedang bermain di atas lantai sambil melihat ibunya yang sedang duduk di atas sebuah kerusi sambil menyulam. Dari bawah si anak itu melihat sangat hodoh hasil sulaman si ibu. Apa yang dia lihat hanyalah sulaman benang yang tidak mencorakkan apa-apa melainkan hanyalah benang-benang yang tidak tersusun dan tidak menarik untuk dilihat. Si ibu lalu memanggil anaknya untuk bangun dan melihat sulamannya dari atas. Apabila dilihat dari atas, barulah si anak nampak betapa cantik dan indahnya sulaman si ibu. Ianya memang sangat-sangat berbeza dengan apa yang dilihat dari bawah.

Begitulah perumpamaan ujian yang diturunkan oleh Allah kepada kita. Apabila kita ditimpa musibah, kita berasa sedih dan marah. Kita berasa tidak gembira dengan ujian dan dugaan yang diberikan Allah kepada kita. Tetapi dari ‘atas’, Allah melihatnya sebagai satu kebaikan untuk diri kita. Mungkin ujian itu adalah untuk menghapuskan dosa-dosa kecil agar kita terlepas daripada seksaan api neraka. Mungkin juga ujian yang diturunkan itu adalah untuk menguatkan lagi keimanan kita kepadaNya. Hanya kita sahaja yang tidak sedar dan memahaminya.

Sedikit Pesanan


Berharga RM19.90 yang boleh didapti di MPH Bookstore

Secara peribadi, saya sangat menggalakkan anda untuk membaca buku ini. Ianya sangat-sangat membuka minda kita tentang segala kesusahan dan kesenangan yang diberikan oleh Allah adalah untuk kebaikan kita. Tidak sesekali Allah ingin menyusahkan kita sedemikian rupa tanpa sebarang tujuan dan kebaikan.

Buku Bila Allah Menduga Kita ini hanyalah berharga RM19.90 dan boleh didapati di kedai-kedai buku seperti di MPH Bookstore, Popular dan Kinokuniya. Diharapkan ulusan buku yang saya kongsikan di sini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam membuat pilihan untuk membeli buku ini. Sesungguhnya tidak rugi kita membeli buku sebegini kerana ianya adalah untuk memantapkan ilmu kita dan agar kita lebih merendahkan diri kepadaNya. InsyaAllah…

Flickr Set: Bila Allah Menduga Kita

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Osama Bin Laden Propaganda Amerika Syarikat
Kini Menggunakan Genesis Framework »

Comments

  1. raul says

    19.07.2011 at 5:31 pm

    hahahha…best ke?

    Reply
  2. ikoko says

    20.07.2011 at 9:43 am

    aku baca nanti, okeh? weih. aku pinjam ahh ko nye buku. uhuk. kalo ko bagik la kan. kalao tak bagi, aku cari kat POPULAR atau PERINTIS atau MPH. ๐Ÿ™‚

    Reply
    • irda says

      25.08.2013 at 6:45 pm

      i like this blog. but,my heart was hurt now..i dont know how to handle it.

  3. ikoko says

    02.08.2011 at 11:50 am

    buku lebih serious. ๐Ÿ™‚ aku suka. thanks aaa encik atas saranan untuk baca buku ni. tata ๐Ÿ™‚

    Reply
  4. Siti says

    05.11.2011 at 10:37 pm

    Saye dh baca buku tu.alhamdulillah saye dpt manfaat darinya

    Reply
    • CypherHackz says

      07.11.2011 at 9:54 am

      Alhamdulillah.. Bagus kan buku ini? Saya sangat-sangat rekemen buku ini kepada rakan-rakan saya di luar sana. ๐Ÿ™‚

  5. zarina kassim says

    01.09.2012 at 6:28 pm

    assalam.. bagus ye topik pasal buku ni.. harap ade perkongsian lagi tentang buku2 yg menarik cmni.. ๐Ÿ˜‰

    Reply
    • rohana husin says

      07.12.2012 at 2:36 pm

      saya sdg car
      i buku ni…..

  6. mardiana says

    26.10.2012 at 7:18 am

    Salam, sy pasti akan baca buku ini apabila rasa susah dengan dugaan yang Allah turunkan. Setiap dugaan dan setiap perkara yang kita syg tidak akan ditarik Allah melainkan akan mengantikannya dengan perkara dan sesuatu yg lebih baik..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6รท2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2025 ยท Blog Aku ยท Hosted by Elfbytes Web Hosting ยท Log in