Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Menyimpan dan Melaburlah Emas Dari Sekarang

09.04.2011 // 22 Comments


Dinar dan Gold Bar 10G yang dibeli dari GCP

Baru-baru ini saya baru sahaja berjaya membeli sekeping dinar emas 999 yang dibeli melalui seorang kenalan saya. Dinar yang dibeli adalah dinar emas keluaran syarikat Goldcrest Pavilion Sdn Bhd (GCP). InsyaAllah, jika dimurahkan rezeki saya bercadang ingin membeli sekeping dinar emas 999 setiap suku tahun bermula dari tahun ini.

Memang niat ingin memiliki emas telah lama saya simpan sejak tahun 2010 yang lalu. Tetapi disebabkan pengurusan kewangan yang tidak cekap telah membantutkan niat saya untuk memilikinya. Dan syukur alhamdulillah, pada suku pertama tahun 2011 ini akhirnya dapat juga saya memiliki sekeping dinar emas yang dibeli dengan harga RM693 (selepas mendapat potongan harga dari RM703) dari Al Faiz Niaga Enterprise.


Dinar emas 999 keluaran GCP

Harga Sekeping Dinar Emas

Beberapa minggu yang lalu saya kerap mengikuti perkembangan harga emas. Setiap minggu harga emas meningkat dari hari ke hari. Bermula dari harga RM685 (2 minggu yang lalu) meningkat ke RM695 (minggu lepas), meningkat ke RM703 (semalam) dan yang terkini adalah RM706 (hari ini) untuk 1 keping dinar emas yang berkualiti 99.9% kandungan emas.

Dalam masa 2 minggu sahaja, harga untuk sekeping dinar emas 999 meningkat sebanyak RM21. Mungkin pada hujung tahun ini harga emas boleh meningkat sehingga RM900+ hanya untuk sekeping dinar emas sahaja.


Gold Bar 10G 999 keluaran GCP

Beli Emas Dari Sekarang

Menyimpan atau melabur emas adalah terpulang kepada diri anda. Tetapi jika ditanya bilakah masa yang sesuai untuk membeli emas, jawapannya adalah SEKARANG!

Saya pernah berada di dalam situasi anda. Teragak-agak bilakah masa yang sesuai untuk membeli emas. Saya mengharapkan harga emas akan turun, tetapi harapan hanyalah harapan. Harga emas sentiasa naik dan sukar untuk turun. Adalah beruntung jika harga emas itu jatuh dan anda membelinya pada waktu itu. Tetapi untuk menunggu peluang harga emas itu jatuh adalah sangat tipis.

Semakin lama anda tunggu, semakin itu jugalah harga emas terus naik dan naik. Jadi saya ulang lagi sekali, jika anda ingin membeli emas dan anda mempunyai modal, belilah emas itu dari sekarang.

PS: Harga yang dinyatakan di atas adalah mengikut harga jualan yang dipaparkan di laman web GCP.

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Kronologi Insiden Nuklear Akibat Gempa Bumi dan Tsunami Di Jepun
Usop Wilcha – Terasing Di Bumi Sendiri »

Comments

  1. aleesya says

    09.04.2011 at 11:05 pm

    admin kaya bolehlah beli….tp smpai bile kite nak menyimpan?

    Reply
    • CypherHackz says

      09.04.2011 at 11:08 pm

      Siap guna nama anak tu… :p Simpan selagi ada duit cash di tangan… 🙂

  2. alyrds says

    11.04.2011 at 1:46 pm

    Tahniah!….. bercadang jugak ni.. harap² dapatlah beli nnt

    Reply
    • CypherHackz says

      15.04.2011 at 9:47 pm

      Terima kasih… Sama2 la kumpul duit beli emas sementara harga dia masih murah.

  3. decrewz says

    11.04.2011 at 7:56 pm

    Ada jugak Jai baca dalam web pasal dinar emas.. Teringin nak beli, tapi simpan dulu duit sikit..he3

    Reply
    • CypherHackz says

      15.04.2011 at 9:47 pm

      Baru kahwin kena simpan duit la tu nak pergi honeymoon… :p

  4. akubiomed says

    12.04.2011 at 11:11 pm

    Tanniah dapat juga menyimpan emas. Impian saya ingin memiliki emas dari Public Gold

    Reply
    • CypherHackz says

      15.04.2011 at 9:49 pm

      Emas Public Gold lagi murah. Tetapi mereka tidak jual dengan nilai yang sikit. Kalau nak beli, kena beli dengan emas berat 20g minimum.

  5. mosyar says

    14.04.2011 at 8:25 am

    pakcik dan makcik aku belah mak aku pun sudah mula bermain dengan emas. siap boleh dikatakan jadi ejen lagi. tapi untuk public gold lah.

    pe beza GCP dengan public gold? aku rasa pasni mesti ada kes tipu dll.

    Reply
    • CypherHackz says

      17.04.2011 at 7:53 pm

      GCP dan Public Gold merupakan syarikat yang mengeluarkan dan menjual emas di Malaysia. Apa yang membezakan di antara mereka ini adalah harga dan ketulenan emas yang dikeluarkan.

      Sebagai contoh, emas 20g yang dijualkan oleh GCP adalah lebih mahal daripada emas Public Gold. Tetapi dinar emas yang dikeluarkan oleh GCP adalah 99.99% tulen daripada dinar emas Public Gold yang hanya mempunyai 91.66% unsur emas.

  6. Amirez says

    11.06.2011 at 12:50 am

    pernah tanam niat nak beli dinar emas bila tengok prestasi emas selalu naik dari hari ke hari. tapi ilmu pelaburan emas ni sangatlah cetek…

    Reply
  7. danish says

    24.06.2011 at 2:13 am

    emas adalah pelaburan yang sangat menguntungkan. setiap tahun harga emas pasti akan meningkat

    Reply
  8. fath says

    25.09.2011 at 11:42 pm

    mana lbh untung? beli gold bar ataupun dinar emas?

    Reply
    • CypherHackz says

      27.09.2011 at 10:51 pm

      Kalau nak kira untung, gold bar lagi untung berbanding dinar emas. Tetapi harga gold bar lagi mahal. 🙂

  9. Peace says

    07.10.2011 at 2:30 pm

    GCP 1 dinar dah naik RM826 bro, teruskan menyimpan.

    Reply
  10. Tabung Kecil Emas says

    09.01.2013 at 4:03 pm

    dinar GCP memang terbaik sebab emas 999. rugi siapa tak simpan. sekang masa terbaik nak beli ni.

    Reply
  11. suzana says

    24.01.2013 at 1:00 pm

    Sy nk tnye pndapat admin, mne lbih baik dan menguntungkn antara membeli gold bar atau dinar emas?sy br nk belajar ttg pelaburan emas..

    Reply
    • CypherHackz says

      24.01.2013 at 1:14 pm

      Kalau saya, saya akan buat perkiraan yang mana satu lebih menguntungkan pada masa saya ingin beli emas tersebut.

      Berat 1 dinar adalah bersamaan dengan 4.25g. Dan goldbar pula adalah berat dalam 1g, 10g, 20g, dan seterusnya.

      Jika ikut harga hari ini, 24/1/2013 yang dirujuk di sini: http://www.pengedaremas.com/harga-terkini/ harga untuk 1 dinar adalah, RM804. Manakala harga untuk 10g goldbar adalah, RM1900.

      Jadi harga untuk 1g dinar adalah, RM804/4.25g = RM189/g.
      Manakala harga untuk 1g goldbar 10g adalah, RM1900/10g = RM190/g.

      Oleh itu, beli dinar adalah lebih menguntungkan kerana kita untung RM1 untuk setiap gram dinar yang dibeli berbanding jika kita beli goldbar 10g.

  12. suzana says

    24.01.2013 at 1:03 pm

    Ape beza gold bar 999 dgn gold bar 999.9 ? Di Poh Kong menjual gold bar 999.9…

    Reply
    • CypherHackz says

      24.01.2013 at 1:15 pm

      Beza goldbar 999 dan goldbar 999.9 adalah goldbar 999.9 lagi tulen daripada goldbar 999 kerana goldbar 999.9 itu mempunyai ketulenan emas sebanyak 99.99%. Sedangkan goldbar 999 hanya mempunyai ketulenan emas sebanyak 99.9% sahaja.

  13. asri says

    11.04.2015 at 4:11 am

    Admin brminat x join plburan emas.klu brmnat bleh pm sy.nti sy crtkn lbih lnjut

    Reply
  14. lynndAmya says

    01.09.2015 at 11:30 am

    Salam, haih nasib baik sy jumpe blog ni…jenuh cari pengalaman blogger yg beli emas simpan ni…sy mmg dah nekad nk beli emas ni sejak ada kesedaran sikit tntg betapa pentingnya simpan emas utk future nt..hehe..masih study sikit lagi…insyaAllah, mmg akan beli..thanx sudi tulis entry ni. Sgt membantu..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2025 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in