RSSEmailFacebookGoogle+TwitterFlickr

Rancang Kewangan Anda 8 (Akhir): Pelaburan Emas dan Perak

emas-dan-perak

Akhirnya, kita sudah pun berada di bahagian yang terakhir dalam siri Rancang Kewangan Anda. Dalam bahagian yang terakhir ini, saya akan berkongsi dengan anda mengenai tips pelaburan dalam emas dan perak.

Pelaburan merupakan salah satu cara untuk mengembangkan lagi duit yang kita ada. Terdapat beberapa bentuk pelaburan sebenarnya. Di antaranya adalah pelaburan emas dan perak (akan saya terangkan dalam artikel ini), pelaburan hartanah, saham, unit amanah, dan beberapa bentuk pelaburan yang lain.

Namun begitu, dalam artikel ini saya akan fokuskan anda kepada pelaburan di dalam emas dan perak.

Teruskan membaca “Rancang Kewangan Anda 8 (Akhir): Pelaburan Emas dan Perak”…

Boleh Bah Kalau Kau

gunung-kinabalu-sabah-2010
Gambar Gunung Kinabalu, Sabah yang saya ambil pada tahun 2010.

Ketika saya menulis artikel ini, saya sedang berada di Kota Kinabalu, Sabah atas urusan kerja. Ini merupakan kali kedua saya datang ke sini. Kali pertama adalah pada tahun 2010 bagi menghadiri majlis kahwin rakan dan bercuti di sekitar Kota Kinabalu, Sabah.

Bagi anda yang pernah datang ke Sabah, pasti biasa dengar orang-orang di sini menggunakan perkataan, “bah” atau “ba” dalam percakapan harian mereka. Sehinggakan dalam percakapan bahasa Inggeris pun kadang-kala mereka boleh tersasul menggunakan perkataan “bah” itu.

Ianya seperti sudah menjadi satu kewajipan dalam masyarakat di Sabah untuk menggunakan perkataan tersebut. Jika tidak dimasukkan perkataan “bah”, ayat mereka seperti tidak lengkap.

Teruskan membaca “Boleh Bah Kalau Kau”…

Rancang Kewangan Anda 7: Simpan Sebelum Belanja

Selamat menyambut tahun baru 2012. -CypherHackz-

simpan-sebelum-belanja

Jadi sekarang ini kita telah pun berada dalam Bahagian 7 untuk siri Rancang Kewangan Anda. Dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda tips yang seterusnya iaitu, Simpan Sebelum Belanja.

Apakah maksud Simpan Sebelum Belanja?

Setiap kali anda dapat duit gaji, pasti anda akan membayar terlebih dahulu hutang-hutang anda, membeli keperluan harian, membeli barang-barang lain yang mungkin tidak penting, dan lain-lain lagi. Duit yang selebihnya barulah anda guna untuk simpanan.

Formula yang anda gunakan adalah,

Gaji – Belanja = Simpan

Itu pun bertuah sekiranya masih ada lagi duit lebihan dari gaji yang diterima. Sekiranya tiada duit lebihan, anda langsung tidak mempunyai simpanan pada bulan tersebut. Ini adalah formula yang tidak bagus, dan salah.

Teruskan membaca “Rancang Kewangan Anda 7: Simpan Sebelum Belanja”…

Rancang Kewangan Anda 6: Kurangkan Kad Kredit

hutang-kad-kredit

Saya percaya ramai di antara anda mempunyai kad kredit. Setuju?

Kad kredit merupakan satu kad plastik yang membolehkan anda membeli bermacam-macam barang selagi anda tidak mencapai had penggunaan kad tersebut. Dengan sekali lerekkan dan satu tandatangan, barang tersebut sudah menjadi milik anda tanpa mengeluarkan sebarang wang tunai sedikit pun.

Tetapi awas! Jika anda berbelanja secara berlebihan, anda mungkin akan terperangkap ke dalam hutang kad kredit yang tidak berpenghujung. Walaupun tiada wang tunai dikeluarkan tetapi anda sebenarnya berhutang dengan pihak bank yang mengeluarkan kad kredit tersebut.

Untuk itu, dalam Bahagian 6 bagi siri Rancang Kewangan Anda ini saya ingin berkongsikan dengan anda mengenai tips menggunakan kad kredit.

Teruskan membaca “Rancang Kewangan Anda 6: Kurangkan Kad Kredit”…

Bagaimanakah Silver Coin Dibentuk?

Saya dalam proses menulis bahagian seterusnya untuk siri Rancang Kewangan Anda. Sementara menunggu artikel tersebut siap, saya ingin berkongsikan dengan anda mengenai silver coin atau syiling perak.

Selain daripada mengumpul emas fizikal seperti Gold Bar GCP, saya juga turut mengumpul perak (atau, silver) sebagai pelaburan. Pelaburan silver di Malaysia boleh dikatakan sudah lama bermula. Cumanya, sejak akhir-akhir ini pelaburan silver di Malaysia semakin dikenali dan diminati ramai apabila saudara Ikram Adi menerbitkan ebook beliau yang bertajuk Pelaburan Silver Fizikal di Malaysia.

Selain daripada silver bar, silver coin juga adalah salah satu bentuk silver fizikal yang gemar dibeli oleh pelabur silver di Malaysia. Video di atas menunjukkan bagaimana proses silver coin dibentuk bermula daripada proses pembakaran sehinggalah ianya siap ditempa.

Teruskan membaca “Bagaimanakah Silver Coin Dibentuk?”…