Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Usop Wilcha – Terasing Di Bumi Sendiri

17.04.2011 // 1 Comment

usop-wilcha-01
Syed Mohamad Asri (Usop Wilcha) – kredit, Facebook

Siapa sangka, Usop Wilcha watak yang dipegang oleh Syed Mohamad Asri di dalam filem Zombi Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah dulunya merupakan seorang penyanyi.


Shy8 (Usop Wilcha) – Terasing Di Bumi Sendiri

Lagu yang berjudul Terasing Di Bumi Sendiri yang pernah dinyanyikan oleh Usop Wilcha pada tahun 1996, kini mula kedengaran semula di corong-corong radio. Beliau yang dulunya dikenali dengan nama gelaran Shy8 telah menyanyikan lagu Terasing Di Bumi Sendiri ini sebagai lagu untuk kempen pencegahan dadah dan AIDS oleh AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan).

usop-wilcha-03
Salah satu aksi Usop Wilcha di dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah – kredit, Berita Harian

Sumbangan beliau tidak hanya habis di situ. Lagak dan aksi kelakar Usop Wilcha dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah telah mencetuskan fenomena baru dalam industri hiburan tempatan. “Kita bakor aje…” merupakan trademark yang dibawa oleh beliau sehinggakan beliau dijemput sebagai tetamu khas bagi mengumumkan nama pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 baru-baru ini.


Aksi kelakar Usop Wilcha dengan Abi Hurairah (Johan Raja Lawak) di ABPBH 2010

Namun begitu, di luar dunia seni, Usop Wilcha merupakan seorang pengurus komunikasi korporat di sebuah syarikat minyak dan gas. Lagi sekali, siapa sangka orang yang selalu kita ketawa melihat gelagaknya yang lemah lembut dengan tangan yang selalu terliuk lentuk di dalam filem arahan Mamat Khalid ini merupakan seorang yang berjawatan besar di dunia realiti.

Syabas diucapkan kepada Usop Wilcha atau Syed Mohamad Asri di atas pencapaian dan fenomena yang dibawa ke tanah air kita. Semoga bakat beliau tidak hanya berakhir di sini sahaja tetapi dikembangkan lagi di dalam filem-filem yang akan datang. ๐Ÿ™‚

CypherHackz: Suka mendengar suara nyanyian beliau di dalam lagu Terasing Di Bumi Sendiri itu.

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Menyimpan dan Melaburlah Emas Dari Sekarang
Apabila P1 Wimax Bermasalah »

Comments

  1. ikoko says

    25.04.2011 at 6:39 pm

    laaaa.. dia pernah menyanyi ke dulu.. ingatkan saje2 orang jemput dia menyanyi kat maharaja lawak haritu..

    bleh tahan sedapp ahhh suara dia cypher.. ๐Ÿ™‚ lagu terasing di bumi sendiri ni memang mahsyuk… ๐Ÿ™‚

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6รท2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2023 ยท Blog Aku ยท Hosted by Elfbytes Web Hosting ยท Log in