Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Kronologi Insiden Nuklear Akibat Gempa Bumi dan Tsunami Di Jepun

22.03.2011 // 4 Comments

loji-nuklear-jepun-meletup
Loji nuklear Jepun meletup – kredit, themasterzul

Sudah lebih seminggu kejadian gempa bumi dan tsunami berlaku di Jepun. Pelbagai peristiwa pelik dan kisah menarik yang kita dengar dan baca melalui media massa dan juga post yang dibuat oleh blogger-blogger di seluruh dunia.

Namun begitu, adakah kita tahu keadaan sebenar yang berlaku di loji nuklear Jepun apabila berlakunya kejadian gempa bumi dan tsunami ini? Adakah letupan yang berlaku di stesen nuklear Fukushima Daiichi itu benar seperti yang dimaklumkan oleh akhbar, radio dan juga televisyen?

Apa yang anda akan baca di sini adalah laporan kronologi insiden nuklear akibat gempa bumi dan tsunami di Jepun yang diperoleh dari Agensi Nuklear Malaysia.

KRONOLOGI INSIDEN NUKLEAR AKIBAT GEMPA BUMI DAN TSUNAMI DI JEPUN PADA 11 MAC 2011

oleh Jamal Khaer Ibrahim
Agensi Nuklear Malaysia
22 Mac 2011

1. Susulan gempa bumi yang berukuran 9.0 pada skala Richter dan diikuti dengan tsunami yang melanda kawasan timur laut Jepun pada jam 1.46 petang (waktu Malaysia), 11 Mac 2011, kesemua 11 reaktor kuasa nuklear yang sedang beroperasi ketika itu di dalam kawasan yang terlibat telah terhenti secara automatik seperti yang telah direkabentuk.

2. Senarai stesen dan reaktor janakuasa nuklear di kawasan utara Jepun, dan status masing-masing sejurus selepas gempa bumi itu berlaku adalah seperti dalam Jadual 1. Senarai ini termasuk kesemua 11 reaktor yang telah terhenti operasinya secara automatik sebaik sahaja dikesan gegaran bumi. Kedudukan kesemua stesen janakuasa nuklear di Jepun adalah seperti dalam Rajah 1.

3. Daripada kesemua stesen janakuasa nuklear ini, insiden dilapurkan berlaku di stesen-stesen Onagawa, Fukushima Daiichi dan Fukushima Daini, dengan kemalangan di Fukushima Daiichi.

4. Di stesen Onagawa, berlaku kebakaran di bangunan turbin yang terletak berasingan dari bangunan reaktor, dan usaha memadamkan kebakaran itu bermula pada jam 4.15 petang (waktu Malaysia), 11 Mac 2011, hingga berjaya dipadamkan pada jam 9.55 malam (waktu Malaysia) hari yang sama. Tiada insiden nuklear telah berlaku di stesen Onagawa ini, walau pun stesen ini terletak dalam Sendai Prefecture yang telah teruk terjejas oleh gempa bumi dan tsunami itu. Terdapat 3 Unit Reaktor di Stesen Onagawa ini yang kesemuanya sedang beroperasi semasa gempa bumi, dan telah terhenti secara automatik apabila dikesan gegaran bumi. Setelah terhenti operasinya, sistem pendinginan kecemasan di ketiga-tiga Unit ini telah beroperasi seperti sepatutnya, dan ketiga-tiga reaktor telah selamat mencapai tahap penutupan dinginnya (cold shut-down) pada jam 12.17 pagi (waktu Malaysia), 12 Mac 2011.

5. Satu siri insiden nuklear berlaku di stesen Fukushima Daiichi, iaitu di Unit Reaktor No. 1, 2, 3 dan 4. Keempat-empat Unit Reaktor ini telah mula beroperasi dalam tempoh tahun 1970 hingga 1979 dan kesemuanya adalah jenis Reaktor Air Didih (Boiling Water Reaktor (BWR)). Walau bagaimana pun, semasa terjadinya gempa bumi itu, hanya Unit 1, 2 dan 3 sedang beroperasi, dan operasi ketiga-tiga Unit ini telah terhenti secara automatik apabila dikesan gegaran bumi. Unit 4, 5 dan 6 di stesen itu tidak beroperasi semasa gempa bumi itu, kerana sedang dalam pemeriksaan berkala. Rekabentuk reaktor bagi Unit 5 dan 6 adalah berbeza dari Unit 1, 2, 3 dan 4, walau pun dari jenis BWR yang sama. Rekabentuk bangunan reaktor bagi Unit 1, 2, 3 dan 4 di stesen Fukushima Daiichi adalah sama dan seperti dalam Rajah 2.

Untuk laporan kronologi penuh yang mengandungi jadual dan gambarajah, anda boleh rujuk di lampiran PDF yang telah saya sediakan: Kronologi Insiden Nuklear Akibat Gempa Bumi dan Tsunami Di Jepun Pada 11 Mac 2011.pdf

Semoga apa yang dikongsikan di sini dapat dijadikan sebagai rujukan dan menjadi maklumat yang berguna bagi mereka-mereka yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai isu insiden nuklear di Jepun ini.

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Persembahan Tarian Shuffle untuk Pengantin Baru
Menyimpan dan Melaburlah Emas Dari Sekarang »

Comments

  1. D says

    23.03.2011 at 8:40 am

    Tq for sharing =)

    Reply
  2. sawir says

    18.10.2011 at 2:09 am

    mantappp….!i

    Reply
  3. sawir says

    18.10.2011 at 2:10 am

    mantap..!!

    Reply

Trackbacks

  1. 8 Tips Berkesan Dalam Mencari Idea Menulis Artikel says:
    23.09.2011 at 10:47 am

    […] idea dalam menulis artikel. Contoh isu yang pernah menggemparkan seluruh dunia adalah berkenaan gempa bumi yang pernah berlaku di negara Jepun. Tetapi ingin saya ingatkan, artikel sebegini hanya hangat dalam 3-5 hari sahaja. Selepas daripada […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2023 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in