Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Beli Domain Untuk Blog

03.08.2008 // 12 Comments

domain-name

Untuk menjadi blogger, sudah semestinya seseorang itu perlukan blog. Tanpa blog, tidak mungkin seseorang itu boleh kita gelarkan sebagai blogger. Dan bagaimana pula dengan domain untuk blog? Perlukah kita ada domain sendiri untuk blog kita itu?

Bagi pendapat aku, adalah lebih baik sekiranya kita mempunyai domain sendiri. Jangan gunakan subdomain dari dari orang lain. Bukan sahaja tidak menarik, malah akan nampak ketidaksungguhan kita dalam berblog.

Lagipun, dengan adanya domain sendiri, barulah nampak keunikan kita itu. Barulah nampak lain dari yang lain. Kalau sebut sahaja pasal Blog Aku, sudah semestinya hanya satu sahaja Blog Aku di dunia ini. Tiada siapa yang akan mempunyai domain BlogAku.Net selain aku.

Sebagai tambahan, kalau kita ada domain sendiri, lagi senang kita nak promote blog kita tu. Tak perlu nak tulis panjang-panjang URL seperti, http://akupunyablog.tumpangdomain.net. Just hanya tulis domain sendiri seperti http://www.domainaku.net sudah memadai. Lebih ringkas dan orang senang ingat. Unik pun unik.

Jadi, jika korang ingin serius dalam dunia blogging, keluarkan la sedikit duit untuk beli domain tu. Tak luak mana pun. Harga domain tidaklah mahal mana. Kalau pandai cari, boleh dapat dalam RM28 setahun. Dan kalau malas sangat, boleh sampai RM55 untuk satu domain. So, fikir-fikirkanlah.

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Wajib Tonton – The Dark Knight
Blogger Baru Pandai Mencuri »

Comments

  1. topo says

    03.08.2008 at 7:34 pm

    hohoho aku sorg je yg ade topotato.com org lain xde….=|=|=|

    Reply
  2. emptyspace says

    03.08.2008 at 7:53 pm

    ko tanak bli ke domainaku.net tu.. tampak menarik 😡

    Reply
  3. syam says

    03.08.2008 at 9:56 pm

    aku setuju.lps sku ada domain sendiri plus bertukar ke wordpress, blog aku punya trafik meningkat dgn mendadak. yehuuu!=|

    Reply
  4. CypherHackz says

    04.08.2008 at 11:40 pm

    [Comment ID #26856 Will Be Quoted Here]

    Apa perasaan?

    [Comment ID #26857 Will Be Quoted Here]

    Maleh aku. Dah banyak dah domain yang aku beli. Hu3.

    [Comment ID #26862 Will Be Quoted Here]

    Hu3. Aku sudah bilang…

    Reply
  5. Lut says

    05.08.2008 at 12:34 am

    owh..perlu2,..mmg ader domain sendiri lagi cantekk..!! aKu dah ader..hehehe:d

    Reply
  6. KNizam says

    09.08.2008 at 11:38 pm

    aku nyer domain sendiri masih lagi tak dapat compete ngan traffic blog aku kat wordpress.com :((

    Reply
  7. izzat says

    12.08.2008 at 9:46 am

    betul2..domain skrang dah murah..x macam dlu.. macam benda besa je nk beli.. 😀

    Reply
  8. CypherHackz says

    12.08.2008 at 8:48 pm

    KNizam, standard la tu bro. Memang selalu macam tu dowh.

    Reply
  9. novatech says

    13.08.2008 at 1:35 pm

    aku slamber je guna subdomain hehehe =|

    Reply
  10. syuxx says

    17.08.2008 at 8:56 am

    haha. aku pun dah ada domain sendiri. :d

    Reply
  11. mazuki says

    22.08.2008 at 1:06 am

    mane nak dapt yang rm28 tu?? leh rekemen???:o

    Reply
  12. Cubiex.com ~ Malaysia Affordable Domain & Web Hosting says

    22.10.2008 at 8:57 am

    […] Cubiex.com – Malaysia Affordable Domain & Web Hosting menawarkan perkhidmatan sewaan ruang web kepada individu dan syarikat dengan menyediakan pelbagai variasi pakej yang menarik […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2025 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in