Semakin hari semakin banyak blog yang wujud di dunia cyber ni. Dan semakin itu juga, banyak blog-blog baru yang wujud. Aku tidak tahu situasi di negara luar tetapi apa yang aku dapat perhatikan, blogger-blogger baru di tanah air kita ini sangat pandai mencuri.
Disebabkan mereka-mereka ini masih baru, jadi, banyak perkara yang mereka tidak tahu. Dan disebabkan itu, mereka mencuri content-content dari laman blog orang lain dan diletakkan di blog mereka itu sendiri. Dah pulak tu tak nak mengalah sampai, icon-icon dan image-image yang ada dalam posting pun dorang sebat sekali. Hai…kenapa la sampai macam tu sekali dorang ni.
Maaf kalau ada dikalangan pembaca di sini yang masih baru dalam blogging dan terasa dengan kata-kata aku di sini. Tetapi itu lah yang berlaku di kalangan masyarakat blogger di Malaysia. Pandai mencuri content orang lain dan dijadikan sebagai artikel di blog sendiri. Apa lah salahnya sekiranya diletakkan link dari mana sumber artikel itu diambil. Ni tidak, sekali semua dia sapu termasuklah Related Post yang ada dekat artikel itu. Macam mana aku boleh tahu? Mestilah sebab aku yang kena.
Mungkin aku rasa perlu berkongsi dengan blogger-blogger baru mengenai etika dalam blogging. Even dalam blogging pun ada etika weh. Jangan main-main. Blogging bukannya platform mencuri tetapi blogging merupakan platform untuk kita meluahkan pendapat dan berkongsi sesuatu dengan orang lain.
Jadi, kalau korang masih baru dalam dunia blogging ni, ingatlah pesanan aku. Janganlah korang mencuri content orang lain. Kalau nak curi pun, tinggalkanlah kesan iaitu meletakkan link dari mana sumber ia di ambil. Atleast, tahu lah jugak tuan punya artikel itu bahawa content beliau telah dicuri tetapi secara jujur. Kan mulia tu…
aeropama dot com says
aku juga mencuri tapi aku curi visitor… heheheh 😉
mazudi says
psst… mana blog yg curi content kau tu.
Control la sket bila nak cilok artikel orang, kasi backlink ker apa ker. Penat tahu author tu perah kepala nak cari idea apa nak tulis. Menulis la dengan berhemah.
err.. yg ni boleh didefinisikan sebagai lanun blog nih.
abdfatah says
haaaaa… nih mesti dah check dengan pakcik copyscaper…
kalo letak copyscaper mungkin boleh membantu kot?
lutt says
waahh..memang kekadang aku ambik2 jugak content blog orang tuk rujukan …tappi aku tinggal linkback.huhuhu..for example info about something yang aku x sure…
dan selalunyer juga aku mencuri..visitors reader..mmg dekat blog2 yang famous lah leh jumpa ramai visitors2 lain..hehehhe
izzat says
betul ape ko cakap.. mmg banyak skrang blog yg camtu.. amek content dari blog lain, letak kat blog sendiri tanpa linkback..
ni x termasuk lagi yg suka2 pegi hotlinking image dari hosting..pergh..itu lagi masyuk tu… still ada yg xtahu benda ni… tp ni boleh diatasi ngan hotlink protection…
dorang ni kadang2 blogging xtahu untuk apa.. maybe nk dapat duit semata-mata kot.. adeyh.. ntah la… 😕
ikoko says
blog aku tak banyak info2 best cam blog ko. especially http://cypherhackz.net , jadi tak jadi permasalahan sangat.
cumanya, ada la info sikit2 yang dicopy, tapi sudah ditulis “credits to”.
jadi aku tak kisah sangat. 🙂 lagipun aku pun dapat dari member aku info tu. wahaha.
cencorot_91 says
huhu..
blog aku pun bnyk curi content..
tapi aku letak link..
aku blogger yg beretika!! (mungkin)
Bat says
Aku lak sampaikan comment ngan sidebar dia sapu sekali..Agaknya dia pergi select all, pastu copy dan paste, huhuhu…
Extremist Thinker says
akoo nye belog tarak apehal. sape nak sapu, sapu je. akoo tarak kisah, akoo bkn profesional blogger and xcr makan sgt ngan belog. just menyelit dalam dunia yang luas. bab meminjam idea, mmg akoo ske lompat belog, cari idea, cari visitor. lately mls lah pulak. hehe. tue tersapu text agendadaily. tp tarak apehal. gmbr da terang2 letak kasi hi lite agendadaily. ntah. pasni akoo ikot komen artikel ko kat atas kalo akoo bercadang nk mengolah idea, kalo ulahan idea tue lebih 40% cedokan. kalo olahan tue ckit je cedokan, errr rasa kurang enak plak. hehe. nway tengs bro :)>- amercam tmpt kije? byk oke x. sonok la tue. huhu! =|
mazuki says
tu la…kurang2 letak la link kita…sebagai menhargai…..bila jadi blogger nie baru la tahu camne rase bila hakcipta dicuri….sama la rase artis2 malaysia bila lagu2 dicetak rompak=|
Abah says
Ala…tetibe kenangan lama menghantui aku 😐
CypherHackz says
So apa yang patut kita lakukan pada mereka2 yang suka mencuri content nih?
Extremist Thinker says
ape lg. mula2 kasik buat SD. kendian sumpah. haha.
pastu belanja makan la. dah kyg, xde ape dah la.
ape2 perut kena jaga skang nie 😐
zairul says
tab gitar aku pong banyak kena curi.. dah la tu pegi taruk nama dia lak macam la dia yang buat
apa nak buat
petor pun takda makna 🙁
Mohd Hafifi says
aku harap aku tidak termasuk golongan yang sedemikian..:-?
Drsam says
:d:d
Salam. Ambo baru blogging je. Baguihlah dapat banyak info di sini. Oooo kalau nak amik artikel orang kita kena beritahu dari mana kita amik. Baguih tuu.. Terima kasih tuan=tuan semua, maile jenguk blog saya dan komen=komenkan.
Eizil says
hehee… sama aa tu bro… aku pernah jer n masih gak kena… mmg copy sebijik²… 😀 even link tag dalam artikel pun copy abes… hehehe… ntah aa dorang ni… tatau aa apa nak jadi… apa²pun bro… slamat berpuasa yang tinggal sehari dua jer ni… 😀
nanialing says
hahahaha….
mcm tau2 ja ko aku suka buat keja ni
hahahaha…
tapi aku mst bgtau dr sapa artikel yg aku curi tu..selalunya artikel yg aku curi dgn jujur ni bkaitan dgn post aku jg…aku buat spya ianya berangkai2
jgn mrh….