Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Wajib Tonton – The Dark Knight

23.07.2008 // 14 Comments

Wah…cerita Batman – The Dark Knight ni memang wajib ditonton oleh semua orang. Jalan cerita yang best dan penuh aksi. Melibatkan tiga watak utama dalam al-kisah Batman iaitu, Batman, Joker dan Two Face.

the dark knight

Dalam cerita The Dark Knight ni, aku sangat menyukai watak Joker yang pandai physco orang. Dia sangat suka membuat kecoh dengan menghuru-harakan keadaan. Sampai, Batman pun naik tension dengan perangai Joker ni yang sanagt-sangat menyusahkan orang.

Part yang aku suka bila si Joker men-psyhco Batman untuk pilih siapa yang dia harus selamatkan, Harvey Dent atau Rachel Dawes. Sudah mesti la Batman akan selamatkan gadis idaman dia kan? Tetapi si Batman telah terselamatkan Harvey Dent. Dan bermula kisah Two Face pulak.

Effect yang dorang gunakan untuk Two Face menjadi real, sangat-sangat aku kagumi. Sungguh payah nak jadikan muka orang untuk menjadi sebegitu rupa. Siap dengan bebola mata yang sebiji macam betul. Entah macam mana la teknologi-teknologi cerita yang akan datang nanti. Mesti lagi canggih kan?

So kepada korang yang belum tengok cerita The Dark Knight ni, pergi la menonton cerita ni dekat wayang yang berdekatan dengan rumah korang. Tak yah gi jauh-jauh. Kalau gi jauh-jauh tapi tak dapat nak tengok nak buat apa kan… So better gi tempat yang dekat dengan rumah korang.

Aku bagi rating 4.8/5 bintang dan status Wajib Tonton untuk cerita ini.

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Cafe Akhil Hayy
Beli Domain Untuk Blog »

Comments

  1. Darkz05@gmail.com says

    23.07.2008 at 10:02 pm

    aku bagi 5 star trus. Watak yang aku tak sangka ada ialah Two Face. Cara beb! ๐Ÿ˜€

    Reply
  2. joe says

    24.07.2008 at 1:18 am

    xsiap donlod lagi.hehe.lmbat tul..pakai celcom broadband nh.. bley bagi firmware utk downgrade Huawei e220 x?..connection slalu jer putus2.. nk tengok wayang da xde fulus dah ๐Ÿ™

    Reply
  3. Mohd Ismail says

    27.07.2008 at 2:47 pm

    aku.belum.tengok.lagi.busy :((

    Reply
  4. usri says

    28.07.2008 at 5:51 pm

    satu lagi citer batman…patutla ada org ckp batman 4ever. hehe

    Reply
  5. CypherHackz says

    30.07.2008 at 11:14 pm

    Joe, kau check dekat cypherhackz.net. Aku ada letak link untuk download firmware yang lama. If takde, kau try carik2 dekat bahagian komen.

    Reply
  6. sumijelly says

    31.07.2008 at 2:45 pm

    waa……..best ker citer nie??
    nanti nak tgk ler………….=|=|=|=|

    Reply
  7. CypherHackz says

    31.07.2008 at 8:11 pm

    Best la citer ni. Rugi kalau tak tengok.

    Reply
  8. khai says

    02.08.2008 at 9:23 am

    Bro, ada masa join la contest kat blog Khai tu.. senang je tak susah.. ๐Ÿ˜€

    Reply
  9. mazudi says

    02.08.2008 at 10:54 am

    Sori la beb. terpaksa kena donlod. Dungun takder wayang.
    tak abis abis lagi donlod ni…

    Reply
  10. MakanMalaya says

    03.08.2008 at 12:49 am

    x sempat tengok lagi :((

    Reply
  11. CypherHackz says

    03.08.2008 at 7:08 pm

    Apa barang download… Tak best la… :d

    Reply
  12. peace says

    08.08.2008 at 3:59 pm

    hhmmm best jugak cite nie ye……….
    :d

    Reply
  13. alongovtx says

    11.08.2008 at 6:14 pm

    Aku memang tak sangka yang joker tu hero a knight’s tale.Lebih tak sangka dia sudah pun mati,suspek bunuh diri daripada sesetengah sumber.Tahap Nasir bilal khan woooo…stylo. :d

    Reply
  14. Rosli says

    25.08.2008 at 3:06 pm

    :(..aku je tak dapat tengok..aku kat bahrain ni..pastu …server aku blok.. tak leh gi tengok kat u tube la..daownload la..kalau kawan2 leh email tolong email leh ke?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6รท2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2025 ยท Blog Aku ยท Hosted by Elfbytes Web Hosting ยท Log in