Aku sangat tidak suka dengan sesetengah website dan portal komuniti yang dibangunkan di Malaysia, terutama yang dibangunkan oleh orang Melayu. Rata-rata semuanya mengarut dan cuba untuk mendapat keuntungan yang cepat tetapi menyusahkan orang lain. Kepada sesiapa yang baca entri ini dan terasa die ada melakukannya, better korang betulkan kesilapan korang itu.
Sebelum itu, korang tahu apa itu Adsense? Tahu apa itu Advertlets? Tahu apa itu Nuffnang? Semua itu merupakan service pengiklanan yang disediakan untuk para blogger dan pembangun laman web untuk menjana kewangan di website atau blog mereka. Tetapi terdapat sesetengah orang Melayu yang SENGAL yang cuba mengaut keuntungan yang lebih dengan menyuruh ahli komuniti dorang untuk klik pada iklan-iklan tersebut.
Korang tahu tak apa kesilapan korang, ha SENGAL? Aku tahu korang boleh dapat duit dengan cepat kalau ahli korang klik, klik dan klik iklan-iklan tu. Tapi korang tak tahu, yang korang boleh di-ban even bukan korang yang klik pada iklan tersebut. Ye, memang betul. Kalau korang kene ban, aku peduli apa. Tapi bagaimana kalau banyak sangat website-website dan portal-portal di Malaysia ni yang ikut cara korang dan kene ban? Makin buruklah nama Malaysia disebabkan keSENGALan korang tu.
Kalau banyak sangat website-website dan komuniti yang diban, adakah ada kemungkinan Malaysia akan terus diban? Semua orang langsung tak boleh nak gune Adsense, Advertlets dan Nuffnang (even Advertlets dan Nuffnang ni company Malaysia, tapi korang ingat dorang takde rules ke pasal bende ni?). Jadi, bagaimana dengan mereka yang tak bersalah, website-website yang run advertisement ni dengan cara yang betul. Tak pasal-pasal dorang tak boleh nak menggunakan Adsense dan semua tu. Semuanye berpunca dari keSENGALan korang tu. SENGAL!
Sebagai contoh, tak silap aku, dulu Malaysia boleh withdraw duit direct dari Paypal. Tetapi disebabkan banyak sangat keSENGALan yang dibuat oleh orang Malaysia sendiri telah menyebabkan Paypal menarik balik kebolehan withdrawal tu. Tak ke ni menyusahkan?
Mungkin ada yang tak paham ape kaitan antara Paypal ngan klik iklan. Apa yang aku nak bagitahu adalah, Paypal telah ban Malaysia suatu ketika dulu disebabkan ramai orang Malaysia yang menyalahgunakan Paypal. Pastu ada tak kemungkinan yang Adsense juga akan ban Malaysia disebabkan ramai yang menyalahgunakan Adsense dengan klik iklan sendiri atau menyuruh orang lain klik iklan? Dalam Google Terms pun dah diterangkan mengenai ni. Advertelts ngan Nuffnang pun ada nyatakan dalam terms dorang.
Korang ni kalau tak menyusahkan hidup orang lain memang tak sah. Cuba buat secara jujur. Nak dapat duit, tapi buat cara salah. Nak kaya cepat la kononnye, tapi entah ape2 helah yang korang gune.
Kepada mereka-mereka yang rasa ada suruh ahli-ahli komuniti korang untuk klik, klik iklan kat portal korang tu, korang buang la ayat-ayat tu. Tak yah la nak suruh dorang klik. Kalau dorang nak klik, dorang akan klik. Korang letak la iklan tu kat bahagian page korang bagi dorang nampak. Tapi takyah la suruh dorang klik. Macam desperate sangat je nak dapat duit.
Lagi satu sebelum aku menghabiskan kata-kata aku kat blog aku ni, aku nak bagi sedikit nasihat. Kalau korang gune Adsense, jangan sesekali korang mengklik pada Adsense korang itu. Aku tahu korang nak dapat income yang cepat, tapi apa gune kalau kite merasa duit yang bukan sepatutnya menjadi milik kite?
ps: Sori kalau aku terlalu emo dalam entri kali ini.
Advertlets Support says
Tindakan suruh orang klik iklan di blog sendiri tidak jujur, dan juga melanggar syarat Advertlets – dan boleh menyebabkan akaun blogger tersebut “kena ban”. Betul kata saudara 🙂
eizil says
🙂 gitu aa gamaknya kan….kekeke… 😀 sedar²lah wahai webmaster Malaysia…. keh keh keh….
Lisa says
Dulu selalu gak clik adsense sendiri, kunun2 nak tengok brp sen kita dpt..
Skrg ni buat tak tau je… so pada sesiapa yang berkenaan sila la buka mata sket.. :p
CypherHackz says
amik korang, sekali advertlets pun datang bagi komen. mungkin sebab trackback yang aku bagi dalam post aku tu. hua3.
izzAt3114 says
orang malaysia mmg camtu, nak dapat duit cepat jer walaupun guna cara salah.. nk dapat duit ngan senang tanpa usaha. ak ada join gak adverlets ngan nuffnang.. tp sesuka jer la, xder la kemaruk sgt nk duit smp suruh visitor klik. yang ni ok lagi, ader tu kumpulkan semua code2 iklan ni, letak kat satu tempat, then visitor klik jer mana yang nk. Tp benda ni jadi kat google adsense jer kot, coz adverlets ngan nuffnang x kan kluar iklan kalo letak bukan kat blog kita register. btw, kira Google baek ati lagi..Malaysia still x kena ban macam Thailand. Dorang ni bila dah kena ban baru padan muka. Tp yang x best bila yang x bersalah turut terkena tempiasnya. huhu..:(
rem says
huhu.aku kena lg sengal..ada visitor yg klik iklan aku berulang kali..lg sdey.bayangkan tetiba ade je klik jadi berganda2 drpd hari biasa..sedangkan impression baru rendah,mmg tak logik la..kalo kena ban mmg sdey la.
WaWa says
hoho. cuba bagitau sket portal mana yang kata “membantu” tu. aku nak tengok sikit. iskh iskh.
Azhar Ahmad says
Ataupun, Advertlets perlu meninggalkan forum2… maksudnya, tiada iklan di forum2
CypherHackz says
[Comment ID #20319 Will Be Quoted Here]
kalau tak suruh orang klik takpe. ni sampai nak suruh klik2 macam takde duit sangat je.
[Comment ID #20333 Will Be Quoted Here]
kau better bagitahu adsense pasal bendi ni takut kau kene ban je.
[Comment ID #20334 Will Be Quoted Here]
identiti dirahsiakan.. btw aku rasa portal tu dah kene warn or maybe dah kene ban ngan advertlets skang ni.
[Comment ID #20338 Will Be Quoted Here]
mungkin juga. tapi bagaimana pula dengan portal2 yang tak buat hal? banyak komplikasi die.
adib. says
bergantung kepada user laa..nk klik ke tak…klu ade rezki ade laa yg klik..tp :d jgn klik sendiri dah le..bt malu je…lebih kurang cam mintak sedekah..berusaha laa selagi mampu…jgn bt malu diri sendri ……:)>-
CypherHackz says
ya… aku setuju 100% kata kau itu. macam ni la rakyat malaysia yang kita mahukan.
dr.xero says
tak letak ads lagi best…kof kof kof… forum tuh dah lame idup ke baru lagik bro? takkan la dah lame idup tak tau term nyer lagik.. isk isk isk..
azmie says
wutever pun jangan terang2an mintak user click ad…itu antara tips yg cikgu aku bagi semasa baru nak pasang ads nih…:d
CypherHackz says
[Comment ID #20369 Will Be Quoted Here]
aku tak tahu lama ke tak coz aku baru tahu pasal portal tu. hu3.
[Comment ID #20375 Will Be Quoted Here]
sape cikgu kau azmie? kau ni macam2 cikgu kau ada eh?
aagak sengal says
ape kena-mengena click adsense banyak2, degan paypal?
kan contoh yang amat berbeza tu. apa raaa… 😉
aagak sengal says
kalau ko ckp kt msia nih ramai suruh kawan2 click adsense diaorg, kt oversea tu lagi banyak. kepada org yg dikatakan sengal oleh penulis, dont woory, keep it up. suruh la kawan2 korang clik, tp dlm sebulan sekali dh cukup. jgn sampai kena banned.:)>-
CypherHackz says
agak sengal, kau baca ke tidak entri aku ni? tibe2 je memekak pulak. aduh…
lagi satu, sampai bile orang malaysia nak tiru bende yang tak elok dari orang luar? orang kat sana suruh klik iklan, orang malaysia pun suruh klik iklan. entah ape2 la kau ni. aduh lagi sekali…
cr33py says
[Comment ID #20397 Will Be Quoted Here]
aku setuju dgn aagak sengal. sukati kitaorg la nk suruh user klick ke x. yg kliknya user, kitaorg mintak tolong , bkn paksa. cyperhack, kau ni ckp je lebih, jgn lepas ni kau pun buat taktik yg sama
:-l
CypherHackz says
duh… aku nak buat pun buat ape? aku mana ada letak advertlets or nuffnang kat aku punyer page. kau ada nampak tak aku letak advertlets or nuffnang kat page aku? ada tak? :-b
ady says
orm mlayu kalau bab mnejatuhkn sesama melayu memang cukup pandai..
cr33py says
kau ni baca tak, post aku..kan aku cakap ‘lepas ni’
:-w
CypherHackz says
macam mana pula kalau orang melayu sendiri yang menyusahkan semua orang malaysia?
CypherHackz says
[Comment ID #20421 Will Be Quoted Here]
taktik tu dah lama la brader. dah ramai dah orang tahu. nape pulak aku nak tiru kalau dah aku sendiri yang buat entri ni. alahai…
ady says
malaysia ada byk kaum. website melayu jgk yg kau nk letak bad impression
CypherHackz says
dah banyak aku jumpe website orang melayu yang buat macam tu. dats why aku cakap website orang melayu. boleh kau tunjuk kat aku website bukan kaum melayu yang buat macam ni?
kimmy says
aagak sengal, i agree with your comment 🙂
ady says
.[Comment ID #20425 Will Be Quoted Here]
jgn harap aku nak buat kerja utk kau.
cypher_hulk says
suka kau je ckp Website dan Portal Melayu Sengal! :-L
cypher_hulk says
ko ingt, ni blog kau, boleh tulis suka hati kau?
dewata awan berapi says
laaa… apedaaaa… byk giler website kaum melayu or exactly malay or malaysian yang tak buat keje mcm ni. kalo ade pun segelintir jek. tp tak banyak. tak perlu nak kata sampai semua melayu SENGAL. ko ni mcm budak2 tak cukup umor jek. bile melatah trus point kat semua org. ko pun melayu gak. masa ko mula kenal mende2 ads ni, jgn nak tipu la kalo ko tak terpikir nak click sndr kan? kalo google nak ban pun, die bukan bodo la nak ban gitu2 jek. kalo kebarangkalian yng buat hal cuma rendah, ade tidak pun die ban jek yg bermasalah. bape ramai pengusaha website lain yg jujur? mmg ade 1 ketika bile semua org ghairah nak wat ads, ramai yg breach terms n condition tapi tidak lagi skrg. org melayu pun dah pandai baca TNC omputeh skrg.
by the way, isu yg ko ketengahkan ni, agak outdated la. isu 2 tahun lepas. bole tak highlightkan isu semasa? cth mcm perhimpunan bersih atau hindraf tu ke? supaya dpt menunjukkan kematangan ko dalam bersuara selain dari mengutuk sesama bangsa
dewata awan berapi says
[Comment ID #20425 Will Be Quoted Here]
ade byk giler la website dari luar mcm tu. ko selalu open website warez? crack? download community? kebanyakannya disajikan bukan dalam bahasa omputeh. spanish, russia, turki, dan mcm2 lagi la. cuba ko bukak google, pastu translatekan mende2 yg kuar tu. kebanyakannya meminta visitors agar klik pd iklan to ensure website tu akan terus survive so akan terus dpt supply bahan2 utk di download. kadang2 kalo aku suke, aku pun support gak. tolong klik sekali dua. ape sangat la klik sekali dua tu berbanding dgn bahan yg aku dpt.
ps : semua manusia ni sama jek la. bukan orang melayu kita jek
ahli_nujum says
[Comment ID #20431 Will Be Quoted Here]
pemilik blog ni mmg tak matang. stakat 1,2 screen shot, dh ckp berapi2.
buat kesimpulan ikut suka hati. ni la contoh yg baik, pengkhianat bangsa.
ahli_nujum says
2,3 kucing brlari,
mana nk sama CypherHackz sorang,
2, 3 adsence suruh yg kau dijumpai
ade ke patut, nk tuduh semua orang.. :)>-
ahli_nujum says
[Comment ID #20434 Will Be Quoted Here]
pembetulan rankap 2,
2,3 adsense suruh click yg kau jumpai.
ahli_nujum says
burung nuri burung tempua
hinngap bersama di pohon gajus
ieloklah.. tuduh lah kami semua
kau sorang la yg kononya bagus..
dewata awan berapi says
dinasihatkan kepada pemilik blog. jgn timbulkan provokasi kalo taknak receive komen negatif. aku pun pernah jugak wat keje2 bodo ni tp lps terkena sekali, aku mmg nasihatkan kpd anak2 murid aku yg bljr wat portal dgn ads ni, agar baca TNC dan jgn klik ads sndr kalau taknak timbul masalah. sampaikan dengan bahasa yang elok, supaya orang terima dengan elok. bahasa mencerminkan budi pekerti anda sndr. tak kira di mana jua. nak tegur, tegur la dengan cara yang betul. kalo visitors menilai dari bahasa anda, paling kuat pun diorang cakap, “budak baru nak naik”. kalo dah dilabelkan mcm tu, siapa lagi yang akan respek anda?
berhati2 dengan penggunaan bahasa anda. walaupun ini blog anda dan anda bebas bersuara, tp tanpa pengunjung, ape maknanya blog ini kan?
diddy says
CypherHackz = budak baru nak naik
:))
CypherHackz says
wah…tak sangka aku tulis entri macam ni boleh tarik ramai orang nak komen. aku peduli apa korang nak cakap even ada sesetengah tu aku setuju n aku terime tapi ape yang aku cakap, betul ape.
btw even bende ni orang kata outdated, tapi masih ada lagi yang tak tahu pasal bende ni. so apa salahnye aku naikkan isu ni?
lagi satu, korang tak baca habis ke entri aku ni? kan aku ada cakap, janganla nak klik ads sendiri. kire ok ape aku cakap macam tu. kirenye aku memberi nasihat ape pada bangsa aku sendiri. siap aku ada tulis kat situ lagi yang aku beri nasihat. lagipun ianya dapat beri pengajaran kepada mereka2 yang baru nak mulakan adsense ni.
and tambahan, korang ingat aku ni baru lagi ke nak berjinak2 dengan website ngan ads ni? adoi la… (:|
neutronics says
memang diorang ni sengal pun.. ahaha..
sbenanye orang tu buat website komuniti sbb nk kaut duit je… so xdela nama website komuniti… tukar nama website duit je la… advertlets dengan nuffnang bersepah sana sini. Dulu aku penah dapat PM yang adminnye suruh setiap user klik kat ads tu.
Nak carik duit jangan la buat cara murahan. Ni macam pemintak sedekah pulak [-(
azmie says
ni ler baru betul2 dikatakan orang melayu…skali kasi tegur/nasihat sket macam2 kene bambu…apsal tak terima secara positif ajer? ntah2 depa tu orang yg samer tak? [-(
CypherHackz says
[Comment ID #20488 Will Be Quoted Here]
website yang kau join tu website melayu ke ape bro?
[Comment ID #20492 Will Be Quoted Here]
maksud kau orang yang sama tu ape ye? if kau cakap yang beri komen2 ni, memang ada yang sama pun sebab aku check rekod, memang sama pun IP dorang. hu3. sekejap gune nick ni, sekejap gune nick tu. tapi IP, sama dua2.
merah says
Tapi setakat nih. Tak ada lagi kan yang kene banned dari nuffnang dengan advertlets kan?>
CypherHackz says
Macam ada je. Sebagai contoh macam portal kat atas tu dah tak mempunyai iklan advertlets. Maybe advertlets give them warning or something.
poyo says
poyo la korang sukatila nk kena ban ke tak.nk klik , tak nk suda.abis cita. Ingat malaysia je bnyk kena ban?negara lain tak?noobhai desu la
madnilk says
salam… okies, nih aku nak terangkan sikit… adeh ler kenapa korang gaduh-gadus?
okies kalau advertlets juga nak baca comment aku nih atau memana lelain adsense provider silakan, please think!! Ini pendapat aku – [MADnilk]
okies kalau korang baca betul2 term and regulations, (ini pendapat secara tak langsung aku) sila guna kepala minda dan akal yang di beri kalau nak gadus2.
blog or any website owner bleh juga click pada ads link’s kerana itu tidak melanggar peraturan yang diletakkan. Aku selalu juga tekan links2 tuh sekali sekala bila aku dapat tajuk link tuh menarik, ‘aku’ juga manusia seperti reader di luar sana… lagi pun kalau nuffnang atau adsverlets nak marah silakan sebab aku tak pakai khidmat korang!!
honestly said aku tak letak ads provider link bukan untuk profit cause i’m doing this blog thinggy for bench mark and i know where to find my own damn money. That ads link are for those who read my entry and instantly want to know other by seeing what ads link aside recommends. As simple as that!!!
Pasal click tu, advance provider dorang ader Ip analytical system untuk analisis sama ader click tu genuine atau tidak!! So, kalau ‘anda’ rasa terancam dgn anonimous click please make your own system. Got that – Don’t Murmuring all around the globe to ban such country!! Make your job and we’ll make our jobs. Providing entry that reader will fill ‘your’ ads link interest!!
Just want to make ‘you’ understand that it is our power to put your services there, not you – ads provider or anyone else. Stick that to everyone’s mind…
I’m using Google cause they have Great system!! One more things : don’t rely your selves to much into ads profit making.
p/s: sorry cyperhack sebab merepek banyak sgt.
CypherHackz says
hua3. thanks for the comment bro. aku tak kisah pun. :d
vangardx says
amboi..panjangnya komen..kalah blog politik ni 😀
Zairul says
Ada satu style yg paling aku menyampah.. Datang blog orang, salam pun tidak terus promo bisnes. Ini pun kategori sengal jugak la ni :-w
shadowX_19 says
erm cypher.. aku nak taye skit. adakah menjadi kesalahan kalo klik pada adv sendr jika kita nak tau apa kandungan iklan tersebut dimana kita sendiri tertarik ngan iklan tersebut. maklum la tiap kali iklan tu akan berubah dan kengkadang jarang jumpa dalam blog rakan yang lain.. contohnya tadi aku baru je ternampak iklan trailer stephen chow. teringin gak nak tgk trailer tu tapi was2 la pulak nak tekan…
CypherHackz says
adalah lebih baik if kau buat search kat google pasal trailer stephen chow tu. aku pun kadang2 kalau jumpe iklan yang best kat website aku, aku tak klik. aku akan search kat google.
tapi kene tahu nak choose keyword die la. ni result yang aku dapat untuk trailer stephen chow tu.
Google Search
dan ni pulak link yang aku dapat dari link result kat atas
http://www.advertlets.com/cj7movie/