Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Website dan Portal Melayu Sengal!

25.11.2007 // 64 Comments

sengal1Aku sangat tidak suka dengan sesetengah website dan portal komuniti yang dibangunkan di Malaysia, terutama yang dibangunkan oleh orang Melayu. Rata-rata semuanya mengarut dan cuba untuk mendapat keuntungan yang cepat tetapi menyusahkan orang lain. Kepada sesiapa yang baca entri ini dan terasa die ada melakukannya, better korang betulkan kesilapan korang itu.

Sebelum itu, korang tahu apa itu Adsense? Tahu apa itu Advertlets? Tahu apa itu Nuffnang? Semua itu merupakan service pengiklanan yang disediakan untuk para blogger dan pembangun laman web untuk menjana kewangan di website atau blog mereka. Tetapi terdapat sesetengah orang Melayu yang SENGAL yang cuba mengaut keuntungan yang lebih dengan menyuruh ahli komuniti dorang untuk klik pada iklan-iklan tersebut.

Korang tahu tak apa kesilapan korang, ha SENGAL? Aku tahu korang boleh dapat duit dengan cepat kalau ahli korang klik, klik dan klik iklan-iklan tu. Tapi korang tak tahu, yang korang boleh di-ban even bukan korang yang klik pada iklan tersebut. Ye, memang betul. Kalau korang kene ban, aku peduli apa. Tapi bagaimana kalau banyak sangat website-website dan portal-portal di Malaysia ni yang ikut cara korang dan kene ban? Makin buruklah nama Malaysia disebabkan keSENGALan korang tu.

Kalau banyak sangat website-website dan komuniti yang diban, adakah ada kemungkinan Malaysia akan terus diban? Semua orang langsung tak boleh nak gune Adsense, Advertlets dan Nuffnang (even Advertlets dan Nuffnang ni company Malaysia, tapi korang ingat dorang takde rules ke pasal bende ni?). Jadi, bagaimana dengan mereka yang tak bersalah, website-website yang run advertisement ni dengan cara yang betul. Tak pasal-pasal dorang tak boleh nak menggunakan Adsense dan semua tu. Semuanye berpunca dari keSENGALan korang tu. SENGAL!

Sebagai contoh, tak silap aku, dulu Malaysia boleh withdraw duit direct dari Paypal. Tetapi disebabkan banyak sangat keSENGALan yang dibuat oleh orang Malaysia sendiri telah menyebabkan Paypal menarik balik kebolehan withdrawal tu. Tak ke ni menyusahkan?

Mungkin ada yang tak paham ape kaitan antara Paypal ngan klik iklan. Apa yang aku nak bagitahu adalah, Paypal telah ban Malaysia suatu ketika dulu disebabkan ramai orang Malaysia yang menyalahgunakan Paypal. Pastu ada tak kemungkinan yang Adsense juga akan ban Malaysia disebabkan ramai yang menyalahgunakan Adsense dengan klik iklan sendiri atau menyuruh orang lain klik iklan? Dalam Google Terms pun dah diterangkan mengenai ni. Advertelts ngan Nuffnang pun ada nyatakan dalam terms dorang.

sengal2

Korang ni kalau tak menyusahkan hidup orang lain memang tak sah. Cuba buat secara jujur. Nak dapat duit, tapi buat cara salah. Nak kaya cepat la kononnye, tapi entah ape2 helah yang korang gune.

Kepada mereka-mereka yang rasa ada suruh ahli-ahli komuniti korang untuk klik, klik iklan kat portal korang tu, korang buang la ayat-ayat tu. Tak yah la nak suruh dorang klik. Kalau dorang nak klik, dorang akan klik. Korang letak la iklan tu kat bahagian page korang bagi dorang nampak. Tapi takyah la suruh dorang klik. Macam desperate sangat je nak dapat duit.

Lagi satu sebelum aku menghabiskan kata-kata aku kat blog aku ni, aku nak bagi sedikit nasihat. Kalau korang gune Adsense, jangan sesekali korang mengklik pada Adsense korang itu. Aku tahu korang nak dapat income yang cepat, tapi apa gune kalau kite merasa duit yang bukan sepatutnya menjadi milik kite?

ps: Sori kalau aku terlalu emo dalam entri kali ini.

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Gempar! Aspalela penciplak!
Kenapa korang patut gune Celcom broadband? »

Comments

  1. shadowX_19 says

    11.12.2007 at 2:13 pm

    oh… ok….

    Reply
  2. Mysticmind says

    13.12.2007 at 12:56 pm

    meh sini aku ajar sikit budak2 peragai tak senonoh nih..

    “Anak haram memang tak kisah makan bende HARAM!” /:)

    kan cypher kan!.

    Reply
  3. ulwan says

    13.12.2007 at 1:54 pm

    patutla ko takde add bagus gler sial..
    aku sokong ko..
    :d:d:d
    kalo org puteh diorang lebih tumpu content kan…

    Reply
  4. taiko says

    27.12.2007 at 4:25 pm

    hehe, nasib aku xminat iklan2 ni. kt blog aku xda pun iklan2, huhu bukan xnk kaya tp malas… lgpun xcun

    Reply
  5. CypherHackz says

    28.12.2007 at 12:02 pm

    muhahahaha… letak la iklan if korang nak generate duit kat website korang. dan jangan la sesekali suruh orang klik. biar la dorang sendiri yang klik.

    Reply
  6. putri says

    07.04.2008 at 3:54 pm

    hai kawan2 kalo sesape nk jadi jutawan ke..nk jd org yg ber duit ker sila klik website aku…korang nak duit tak..tak rugi kalo korang klik…:d

    Reply
  7. putri says

    07.04.2008 at 3:55 pm

    biar la…sape taknak duit jgn klik…hahha..

    Reply
  8. putri says

    07.04.2008 at 3:57 pm

    klik putri hehe..

    Reply
  9. apple says

    10.04.2008 at 5:02 pm

    erm….:-
    blurrrrr~~~ 😐

    Reply
  10. apple says

    10.04.2008 at 5:03 pm

    erm…:-
    blurrr~~ 😐

    Reply
  11. apple says

    10.04.2008 at 5:04 pm

    mOnyet tol…asal ta jadi huh yg atas tuh…arghh!
    tensen2…dush2!!!

    Reply
  12. BI says

    14.09.2008 at 12:59 am

    haha

    nsb baik dlm idup aku tak penah klik2 ads ni…

    hehe..

    empuye blog,pe cer skank…

    bile nak banje men boling?

    Reply
  13. anasxz says

    18.11.2008 at 12:37 pm

    lama dah post artikel ni. tp still alive la. bagus2..

    -nk duit, tp tipu… org tipu dia marah lak. dia tipu org xpa lak.
    -company iklan kena bgtau betol2 peraturan. lnggar, warning trus..

    elok takyah iklan. senang cerita.

    Reply
« Older Comments

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2023 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in