Aku pun tak pasti samada perkara ni betul atau tidak. Mengikut seperti apa yang diwar-warkan dan komen yang diberikan oleh Emma, lagu Aspalela yang korang selalu dengar tu, yang korang syok sangat layan kat radio tu merupakan lagu yang diciplak dari lagu kanak-kanak Indonesia.
Kebenarannya masih belum dibuktikan lagi sebab memang ritma lagu tu sama dengan lagu kanak-kanak tersebut tetapi berkemungkinan juga komposer asal lagu kanak-kanak itu telah bersetuju dengan Saiful Apek untuk menggunakan ritma lagunya. Kalau sudah mendapat kebenaran atau dalam bahasa penjajahnya, permission, sudah pasti ianya bukan suatu kesalahan kan? So tak perlu la kite nak bangkitkan isu ni. Tapi kalau ianya tidak mendapat kebenaran, sudah pasti ianya memalukan nama Malaysia.
Aku tahu korang pun nak tahu apa yang aku tahu apa yang korang tak tahu. Ergh! Aku pening jap. Ok2, kalau korang nak dengar lagu tu, sila-sila. Klik je butang Play video youtube ni. Dan korang akan saksikan seorang kanak-kanak Indonesia menyanyikan lagu Bintang Kejora. Ritmanya memang seakan-akan dengan lagu Aspalela – Saiful Apek yang didakwa menciplak lagu orang lain.
So ape pendapat korang? Sama kan ritma lagu tu dengan lagu Aspalela? Lewr…korang tak dengar lagi ke lagu tu? Korang ni jangan la malu-malu. Ngan aku pun nak segan-segan. Macam budak-budak la korang ni. Klik je button Play tu. Buat la macam blog sendiri even blog ni blog aku.. Huahuahua…
Edit:
Disebabkan perkara ini juga aku telah terbaca mengenai rungutan dan kata-kata yang kurang enak kita baca. Di antarnya,
Lagu anak-anak kecil juga dibajak…..???
Dasar tak tahu malu!!!
Malaysia kelas rendahan… lebih rendah dari kuli kenc*ng…
bukan itu sahaja,
Malingsia cuma bisa NJIPLAK… TIDAK KREATIF.
yang ni pun best jugak
Emang orang malingsia gila2, lagu anak kecil aja masih dijiplak, udah gitu dibilang hebat lagi saiful apek karena udah berhasil nyiptain melodi yg enak. Huahahaha, kebodohan mereka sudah pada taraf yg memalukan.
Jadi aku harap Saiful Apek dapat la memberikan penjelasan mengenai perkara ini. Biar semua orang tahu apa sebenarnye yang berlaku.
ps: Agak-agak korang, Saiful Apek ada baca tak blog aku ni? Suke-suke hati pulak mintak die berikan penjelasan. Hu3.
WaWa says
not bad juga lagu aspalela tu. hurm… tapi x leh nak komen la pasal ciplak2 ni.
aizat says
ciplak ke apa ke tak kesah. yang penting best:d/
thank you
Komen telah diedit oleh aku, CypherHackz.
azurt says
Eh, aku tak dgr lagu ni.. tak pernah dgr.. :-l
Tapi kan, apa maksud ciplak ek? mengcopy bulat2 kan? yg ni aku rasa dia modify sket (sket je la kot, melodi still ada lagi).. Tapi alasan biasa yg aku dgr oleh pemuzik kan..
“Kalau Apek yg wat lagu ni dulu, mesti budak tu di kata menciplak” (if mmg Apek tak ciplak la)
Betul tak? Whatever it is, kalau lah Apex ciplak or amek idea dari lagu budak tu, i hope Apek bagi Credit la sket kat budak tu… (bagi duit ke.. kan?)
CypherHackz says
aah. copy. tapi tu la si apek tak letak kredit pun pada si penyanyi.komposer lagu tu. dats why orang indonesia ni marah.
lagi satu, aku dengar edry kru yang suruh apek nyanyi lagu ni. die suruh apek nyanyi dua versi lagu. versi skema dan versi kelakar. tengok2 edry pilih yang versi kelakar. so sape yang bersalah? apek atau edry?
mulan says
-x sebelahkn sape2… tp , i dun think apek atau edry pernah dgr lagu bintang kejora nie… dh la lagu indon, lagu budak2 plak tu..
lain la kalo dorang duduk kt indon mase kecik2..hahah
CypherHackz says
kat melodi apek dah bagitahu pasal bende ni. tapi tak tahu la kesahihan nye. kite kene dengar jugak kebenaran dari pihak indonesia.
saras says
permisi saya orang indonesia nih.
nada lagu aspalela itu benar adanya sama persis dengan lagu kanak2 kami. malah ada 2 lagu yang dimix, yaitu lagu abang tukang bakso dan bintang kejora.
kalo mau dicek
http://www.divshare.com/download/2619154-59b
saya cuma mau menjelaskan. terimakasih.
gie says
[Comment ID #20460 Will Be Quoted Here]
kene block plak divshare..leh upload kat tempat lain tak…?
saras says
duh maaf saya nggak ngerti bahasa kamu.
🙂
Hadi says
Mohon kepada mr Saiful Apek dan pengarang lagu Aspalela utk menjelaskan perihal penjiplakan ini !!! Supaya tdk memperkeruh suasana antara Malaysia-Indonesia !!! Jelas sekali bhwa lagu Aspalela 100% sama dengan lagu anak2 Indonesia berjudul “Abang Tukang Baso” dan “Bintang Kejora”… Meski terdengar enak tapi kalo hasil membajak, itu tdk layak…
Hadi says
Bagi yang ingin versi asli lagu anak Indonesia itu
http://www.youtube.com/watch?v=PJz4NU13zmA&feature=related
Vox says
[Comment ID #20415 Will Be Quoted Here]
Dia komen apa ek???
Lara says
toll ker cter 2???x pa..aper2 pown..lgu 2 mmg best habeh….=d>
Kid_234 says
Tutup ga neh blok atau gw bakal melakukan sesuatu dgn blog ini
saya hacker indonesia blog malaysia akan saya kenakan virus kalau tak kau tutup jugan ini blog :-w