Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Wajib Tonton – Papadom

29.10.2009 // 5 Comments

Seseorang ibu bapa sudah pasti akan mencuba yang terbaik untuk menjaga anak-anaknya. Lagi-lagi apabila mereka mempunyai seorang anak tunggal dan dijaga bagai menatang minyak yang penuh. Begitulah kisah kasih sayang yang cuba ditonjolkan dalam filem Papadom arahan Afdlin Shauki.

Papadom mengisahkan bagaimana kehidupan seorang anak, Miasara (Liyana Jasmay) yang dijaga dengan penuh baik sekali oleh ayahnya, Saadom (Afdlin Shauki) setelah kematian ibunya, Munira (Noorkhiriah). Namun begitu bagi Miasara, cara penjagaan ayahnya sangat-sangat menjengkelkan dan mengongkong kehidupan beliau walaupun beliau sudah tamat peperiksaan SPM.

Pada awal cerita filem Papadom ini, ditunjukkan Saadom merupakan seorang peniaga nasi kandar secara kecil-kecilan sambil dibantu oleh isterinya tersayang, Munira. Gerai Saadom mendapat sambutan disebabkan papadom yang dibuatnya sendiri sehinggakan beliau berjaya membuka beberapa cawangan dan menghasilkan papadom segera. Namun begitu dalam mengejar cita-cita, Saadom gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang suami kepada Munira dan ayah kepada Maisara.

Setelah kematian Munira dalam sebuah kemalangan jalanraya, Saadom berubah dan terlalu mengambil berat terhadap Maisara sehinggakan ke mana sahaja Munira berada, Saadom akan berada disisinya. Sikapnya yang terlalu menjaga kehidupan Maisara membuatkan Maisara rasa tertekan dan cuba untuk melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti tempatan di Kuala Lumpur. Tetapi, sebelum Maisara ke universiti, beliau dan Saadom sudah berjanji bahawa Saadom tidak akan mengunjungi Maisara di kampus.

Namun begitu, Saadom telah melanggar perjanjian beliau dengan Maisara. Dalam diam-diam Saadom mengintip Maisara dengan menjadi tukang kebun di universiti tersebut. Pelbagai ragam dan gelagat Saadom di tunjukkan dalam filem ini membuatkan panggung wayang menjadi riuh dengan gelak ketawa.

Secara keseluruhan, filem Papadom ini diberikan 4.5 daripada 5 bintang dengan status Wajib Tonton. Kalau korang belum tengok cerita ni lagi, better pergi ke panggung wayang cepat-cepat sebelum tiket kehabisan.

Dan peringatan kepada mereka-mereka yang dah pernah tonton filem ni, janganlah dok ngada-ngada nak spoilkan scene cerita tersebut semasa dalam wayang. Buat orang hilang mood je. Aku cakap ni pun sebab ada 2 orang budak perempuan duk kecoh-kecoh pasal next scene yang berlaku dalam cerita Papadom ni.

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Best – Surrogates
Potong Atau Tidak, Sama Sahaja… »

Comments

  1. syin says

    30.10.2009 at 2:47 pm

    mcm sedih pun ada jln cerita dia… memang sedang menanti nk tngok cite ni..hehe..

    Reply
  2. Wizurai says

    08.11.2009 at 1:08 am

    bukan wajib tonton la… WAJIB TAYANG…
    skema gile Que…
    hahaha…

    Reply
  3. ikoko says

    18.11.2009 at 4:02 pm

    belum tengok lagi citer ni..

    teringin nak tengok sebenornya.. hmm

    Reply
  4. CypherHackz says

    18.11.2009 at 9:52 pm

    Best la cerita ni… Rugi kalau tak tengok. 😛

    Reply
  5. azie says

    06.12.2009 at 7:48 pm

    😀
    hepinya citer ni
    dda
    a tgk

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2025 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in