Pada 2017, manusia boleh melakukan aktiviti harian mereka seperti bekerja, bersukan, berhibur dan membeli-belah dengan hanya duduk berehat di rumah. Bukan itu sahaja, manusia juga boleh memilih jantina, bentuk badan, paras rupa, kekuatan dan sebagainya mengikut kesukaan mereka. Tetapi segalanya ini hanya berlaku dalam filem Surrogates.
Di dalam filem tersebut, kehidupan manusia digantikan dengan surrogate atau ‘pengganti’ yang boleh dikawal dengan hanya menggunakan otak manusia atau juga dikenali sebagai operator. Surrogate tersebut akan bertindak mengikut setiap apa yang manusia fikirkan dan tidak mempunyai perasaan dan deria rasa kerana mereka adalah robot. Walaupun surrogate itu dibunuh, ditembak dan sebagainya, operator yang mengawal surrogate tersebut tidak akan berasa apa-apa.
Namun begitu, terdapat beberapa kes kematian operator yang berlaku disebabkan pembunuhan surrogate dengan menggunakan sebuah senjata yang dikenali sebagai O.D. (Overload Device). Kes ini telah menarik perhatian seorang ejen FBI, Tom Greer (Bruce Willis) untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai senjata yang digunakan untuk membunuh surrogate dan operator itu.
Dalam ekspedisi pencarian bagi mendapatkan senjata tersebut, Tom Greer telah mengharungi pelbagai masalah dan halangan sehinggakan surrogate beliau musnah ketika berada di kawasan larangan surrogate. Kawasan larangan tersebut merupakan kawasan penempatan manusia yang menolak penggunaan surrogate dalam menjalani kehidupan harian.
Bagi pendapat aku, mesej yang ingin disampaikan oleh pengarah filem Surrogates ini berjaya. Di akhir cerita ini dapat kita lihat walaupun kita akan hidup senang dengan menggantikan diri kita dengan robot, tetapi dalam masa yang sama, perasaan dan naluri manusia tidak akan sama dan tidak akan dapat disampaikan tanpa diri kita sendiri yang melakukannya.
Oleh itu, filem Surrogates ini aku berikan 3 daripada 5 bintang dengan status Best. Kalau korang ada masa terluang dan ingin menghiburkan hujung minggu dengan menonton filem, bolehlah memilih filem ini sekiranya tiada filem lain yang menarik pada waktu itu. 😉
ikoko says
em.. citer ni best..
tapi husband aku dengan adik aku bleh plak kan tidur sekali-sekala dalam panggung.. ahaha.. aku tersepit kat tengah-tengah.. mungkin sebab midnight kot kan..
Ending dia aku tak berapa setuju.. macam tergantung gitu je.. best kalau ending nya disambung dengan happy ending.. macam takde satu senyuman pun dalam cerita ni. .haih..
jalan cerita dah best, cuma ending je lah kan.. macam spoilt sikit.. 🙂 macam… “eh.. ending macam tu ajer??? haih~!!! sight T_T”
CypherHackz says
Aku sekarang ni dah tak suka dah tengok cerita time midnight2. Sebab pernah sekali tu aku tertidur dalam panggung masa tengok cerita Transformers 2 buat kali ke dua. :down: