Gambar kredit kepada C.A.Zulkifle.
Pagi tadi kisah Ops Sikap tidak berjaya mengurangkan jumlah kemalangan dan kematian ketika musim perayaan di radio Hot FM menjadi topik perbualan. Topik ini menjadi topik hangat apabila ruangan muka hadapan akhbar Utusan Malaysia menceritakan Ops Sikap ke-20 gagal apabila jumlah kemalangan yang direkodkan merupakan kedua tertinggi sejak lapan tahun Ops Sikap ini diperkenalkan.
Bagi pendapat aku, buatlah apa-apa operasi pun, jumlah kemalangan di Malaysia ini tidak mungkin dapat dikurangkan sekiranya mentaliti rakyat Malaysia tidak berubah. Sebagai contoh, memotong barisan menggunakan lorong kecemasan. Dah terang-terang kita semua tahu, lorong kecemasan tu lorong untuk kecemasan. Tetapi ada juga sesetengah pemandu di Malaysia ni guna lorong tu untuk potong barisan. Kalau sendiri kemalangan, semua orang pun tak kisah. Tetapi yang menjadi kisah apabila kemalangan dia tu melibatkan kenderaan yang lain yang tak bersalah. Tak ke menyusahkan orang tu?
Lagi satu, pemandu-pemandu yang dah tahu penat dan tak larat tu, pergi la berhenti rehat ke apa ke. Banyak R&R dibina di sepanjang highway tu. Ni tidak! Boleh pulak dia sambung perjalanan walaupun mata dah terkebil-kebil ngantuk dah macam orang sakit mata. Bila dah mengantuk tu, terlelap sekejap je confirm dah melayang dah kereta tu. Samada melayang langgar kereta orang lain, ataupun langgar pembahagi jalan.
Kejadian kemalangan disebabkan mengantuk atau penat semasa memandu ni pernah aku lihat semasa aku dalam perjalanan pulang ke kampung pada hari Sabtu sehari sebelum hari raya hari tu. Tiba-tiba sebuah kereta Gen2 berwarna merah masuk ke lorong kiri dan melanggar sebuah kereta Avanza berwarna hitam dari arah belakang. Dah langgar tu, boleh pulak dia tiba-tiba kelam kabut pecut menyelit antara celah-celah kereta yang lain. Tau pun takut. Tapi kesian pada driver kereta Avanza tu. Tak pasal-pasal bumper belakang kereta calar teruk. Dah la duit habis nak balik beraya, ni ditambah pulak dengan bumper yang calar. Nasib baik tak berlaku kematian. Kalau berlaku kematian, siapa yang nak tanggung?
Sebagai kesimpulan, isu kemalangan di musim perayaan memang tidak akan habis selagi mentaliti pemandu di Malaysia ini tidak berubah. Tetapi bagaimanakah caranya untuk mengubah mentaliti pemandu Malaysia ini, masih tidak dapat aku fikirkan. Jika korang ada idea yang bernas untuk mengubah sikap dan mentaliti pemandu Malaysia, sudi-sudikanlah kongsi di ruangan komen di bawah ni. Kalau nak ceritakan pengalaman korang melihat kemalangan pun, dipersilakan…
teh says
bak kate ayahku
orang yang berhati-hati selalu jadi mangsa pemandu yang tak berhati-hati kat jalan r 🙁
bila bercakap soal mentaliti
memang payah nak ubah
unless pemandu tu sendiri betul2 berusaha untuk berubah ❓
izzat says
typical malaysian yang dari dulu tak ubah2..potong emergency lane..yang lagi sakit hati bila tengok yang duk langgar ni bukan kereta2 biasa, semua kereta2 mewah..
macam2 ragam ak tgk masa balik drive raya hari tu..yang pemandu kereta, keretalah, yang motosikal plak dengan trend mereka..adoyai..
teh says
mane update? 😕
earnword says
kekadang memang macam tu la jadinya. Kita hati2 pun, orang lain hentam kita. Aii.. 💡