Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Ketidakpuasan Hati terhadap lagu Malaysia Satu – Faizal Tahir

03.09.2009 // 13 Comments

Lagu: Malaysia Satu
Penyanyi: Faizal Tahir

Ku teguh berdiri
Tiada lagi ragu atau gentar
Ku terus berani melangkah maju
Terus ke hadapan satu impian
Nyawa ku pertaruhkan

Genggaman tanganmu
Semangatku o terus membara
Janji ke padamu harapanmu
Ingin ku laksanakan
ooo ooo

Kau adalah ilham
Pada mereka yang ingin berjaya
Kau terus berjuang teguh membawa perubahan
Satu impian o berjuta harapan

Satu Malaysia kita inspirasi
Pada dunia namakan dijulang
Kita menjadi kebanggaan
Satu wawasan bersama bergandingan

Al-kisahnya…

Korang semua mesti sudah tahu atau belum tahu bahawa Lagu 1Malaysia Kita adalah lagu Malaysia Satu – Faizal Tahir. Pertandingan yang dianjurkan oleh stesen radio di bawah Media Prima iaitu Hot FM telah pun secara rasmi mengumumkan lagu Satu Malaysia – Faizal Tahir sebagai pemenang berdasarkan dari undian rakyat Malaysia semua.

Tetapi bagi aku, ianya sedikit tidak adil. Ini kerana, lagu yang memenangi pertandingan ini dimenangi oleh seorang artis yang memang dikenali di tanah air dan juga mempunyai peminatnya yang tersendiri. Apabila sebuah lagu biasa dinyanyikan oleh seorang penyanyi terkenal, sudah pasti para peminatnya akan mengundi beliau dan menobatkan beliau sebagai juara.

Bagaimana pula dengan lagu-lagu finalist 1Malaysia yang lain? Yang dinyanyikan oleh rakyat biasa yang tidak dikenali? Mereka yang tidak mempunyai peminat dan penyokong yang ramai sudah pasti akan kecundang.

Dari awal-awal lagi semasa aku mendengar senarai lagu finalist yang ditapis oleh Hot FM, aku sudah dapat merasakan yang lagu-lagu yang dinyanyikan oleh rakyat biasa ini akan kalah. Lagi-lagi apabila artis-artis terkenal seperti Faizal Tahir, Tomok dan Siti Nurhaliza turut tersenarai dalam 10 lagu terbaik tersebut.

Tetapi apa kan daya. Setiap orang mempunyai rezeki masing-masing. Itu hanyalah pendapat peribadi aku. Cumanya terasa kasihan kepada para peserta finalist yang tidak dapat memenangi wang tunai sebanyak RM25,000 walaupun lagu-lagu mereka lebih baik dan lebih senang untuk dinyanyikan.

Walau apapun, tahniah diucapkan kepada penyanyi lagu Malaysia Satu – Faizal Tahir, komposer – Audi Mok dan penulis lirik – Nur Fatima.

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Photoshoot Nana di Taman Tasik Perdana
Jangan Salahkan Ops Sikap »

Comments

  1. Saffa says

    03.09.2009 at 8:13 pm

    Ini lah masalah nya bila pertandingan ni based on popularity/vote. Tak adil sebenarnya. :down:

    Reply
  2. izzat says

    03.09.2009 at 9:15 pm

    ntah la..lagu ni x masuk la pada ak..haih..xper r..judge tu lagi pro dari ak yang tak tahu nak nilai muzik dan lagu..hoho ๐Ÿ˜€

    Reply
  3. shikinx says

    04.09.2009 at 9:33 am

    kalau ikut populariti, aku rasa datuk CT lagi popular compared to Faizal…
    kalau datuk CT or tomok menang pun korang complain gak… kalau juri bagi menang kat amatur pun korang komplen gak… korang asik x puas hati jek, sampai bile nak habis daaaa…
    tu laa.. sape suruh korang tak vote.. hahahaa… dah rezeki diorang, nak buat camne.. terima je la labu…

    Reply
  4. eldy says

    04.09.2009 at 1:19 pm

    ๐Ÿ™‚ gua agak setuju dgn bro bila hampir karya artist masuk final pertandingan tu ..

    Reply
  5. loq says

    05.09.2009 at 1:55 am

    dalam banyak2 top 10 tu
    aku paling suke lagu yg tomok nyanyi
    energetic
    ๐Ÿ™‚

    Reply
  6. Kamal Zharif says

    05.09.2009 at 2:14 pm

    hmm.. lagu tu banyak tersirat maknanya, tetapi adakah kita berjaya menyingkapinya dan mengamalkannya? hmm( diri kena berubah lebih baik ni)

    Reply
  7. h3r0 says

    10.09.2009 at 9:56 pm

    Maybe ramai lagi rakyat malaysia yg xreti nak undi lg kot…
    diorang undi ikut populariti bkn pada lagu kot…

    anyway.. dalam contet nie aku sokong lagu dari mana ntah.. gorup manis kot…
    keranamu hatiku malaysia ๐Ÿ˜†

    Reply
  8. Azku says

    11.09.2009 at 2:12 am

    Aku terlepas ntk mengikuti pertandingan.. xtau pun kewujudannya sblm ni.. ktne nak dgr lagu2 yg dipertandingkan ek?

    Reply
  9. sumijelly says

    09.10.2009 at 4:54 pm

    betul..sumi pun x berapa paham pasal lagu nie..
    kan nyer sedap..menyanyi pun cam merapu..
    sedap lagi yg lain..
    nak wat cam ner…itu undian pendengar… ๐Ÿ˜ก

    Reply
  10. zool says

    11.10.2009 at 9:49 pm

    Aku pun sebenarnya tak setuju sebab lagu-lagu dinyanyikan oleh artis terkenal..
    Sepatut orang biasa yang tak terkenal..
    Baru la logik untuk diundi.. Ni Faizal Tahir nyanyi.. memang la

    Reply
  11. ann says

    20.10.2009 at 8:47 am

    klu artis da masok.
    saper leh kalah kan an.
    confrm nyer arts yg meng.

    aku sokong blogger nie.
    100%.

    Reply
  12. zam says

    21.05.2010 at 10:25 pm

    mmg marang perapu kepunden marang sekeper…..

    baik takyh open utk suma rakyat malaysia kalau artis dah berjenama menyanyikan…

    aku nie komposer gak………..kecik tul perut usus aku nie..

    Reply
  13. shinkai says

    23.06.2010 at 1:50 am

    pada aku xkesahla siape pun yg menang. kenapa faizal tahir boleh jadi terkenal? sebab beliau memang berbakat. sebelum faizal tahir join 1 in a million pun dia takde peminat tapi camne dia boleh menang? sebab dia berbakat. dari segi realitinya pun diambil kira dari finalis2 pertandingan lagu tu. kalau aku tengok pun memang faizal tahir yg patut menang. sebab bakat dan kualiti lagu

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6รท2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2025 ยท Blog Aku ยท Hosted by Elfbytes Web Hosting ยท Log in