“Abang, dah potong kan?” tanya si isteri. Si suami pula segera menjawab, “Of course…”
Mungkin kalian dah pernah tonton iklan terbaru P1 Wimax yang mengisahkan isu potong-tak potong ni di kaca televisyen. P1 Wimax beriya-iya cuba membawa rakyat Malaysia ke suatu tahap di mana semua orang meninggalkan dunia internet berwayar dan beralih ke dunia wireless.
P1 Wimax merupakan salah sebuah Internet Service Provider di Malaysia yang menyediakan sambungan internet jalur lebar tanpa wayar yang terpantas untuk setakat ini. Selain daripada pakej yang disediakan berbaloi dengan perkhidmatan yang diberikan, penulis rasa ianya memang sesuai untuk semua pengguna internet di Malaysia.
Setakat ini, penulis berpuas hati dengan perkhidmatan P1 Wimax yang penulis langgan sejak bulan Ogos yang lalu. Pakej yang dipilih adalah Home Plus dengan bayaran bulanan RM99 dan kelajuan 1.2Mbps serta 20GB bandwidth bulanan.
Namun begitu, terdapat juga beberapa isu di mana ada pengguna internet yang ‘tak potong’ membantah mengatakan bahawa P1 Wimax lambat, tak stabil, bandwidth limited dan sebagainya. Bagi penulis, isu kestabilan servis yang disediakan bergantung pada kawasan tempat tinggal mereka. Dah kalau tempat tinggal tu memang terletak di hujung-hujung kawasan liputan P1 Wimax, sudah pastilah akan berlaku ketidak stabilan capaian internet. Tak perlulah nak salahkan mereka dan sebagainya.
Sama la juga dengan Streamyx. Ada sesetengah tempat mendapat capaian internet yang sangat laju dan mereka berpuas hati dengan prestasinya. Tetapi terdapat juga segelintir pengguna yang tidak berpuas hati dan marah disebabkan mereka tidak mendapat perkhidmatan yang telah dijanjikan pada mereka. Penulis rasa, kalian mesti pernah mendengar mengenai sebuah rakaman audio di antara customer service dengan pelanggan Streamyx.
Sebagai kesimpulan, samada kalian sudah potong atau pun tidak, semuanya adalah sama sahaja. Pilihan terletak kepada pengguna. Sekiranya tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh provider A, bertukarlah ke provider B. Jika tidak berpuas hati pada provider B, beralihlah ke provider C dan seterusnya. Tepuk dada, tanya selera…
megat says
setuju. bergantung kpd lingkungan capaian internet.
sama juga dgn celcom broadband. dulu aku duduk dikawasan yang jauh dari menara pemancar, capaian internet aku teruk.
tapi skang ni aku berpindah dekat dengan bandar dan kemungkinan kawasan kurang penduduk celik it (kajian rambang), maka capaian internet aku agak stabil dan laju.
amoi says
mmg nak pakai wimax. tapi tmpt amoi tak de lagi coverage. sedihhhhh. pakai stimix yg mcm hanjeng je la neh ๐ ๐ก
Fahmishah says
Aku sokong, bergantung pada capaian internet di satu-satu tempat.
Wizurai says
setuju…
cuma mcm mana nak cuba kesemua perkhidmatan tu? adakah mereka bg free test power selama sebulan?
setakat 7 hari apala sgt… ada yg kata mula2 jek laju… 2-3 bulan pastu terus haram jadah…
agaknyanya la kan, sape nak si M, cari rumah di bawah bangunan HQ si M, nak layan si C, cari rumah belakang bangunan HW si C… camtulah baru laju tahap dewa… yela kan… kalo kat HQ diorang pun slow apa barang?
earnword says
betul. Tapi masalahnya, orang kita ni tak peduli semua tu. Dia ingat dia dah bayar, servis mesti macam yg dia nak. Diorang tak nak faham. Tu la pasal ada orang bising tu..
setakat aku pakai streamyx. Memang best. Mungkin sebab dekar dengan bandar. So, tak banyak masalah. Yang biasa2 tu, normal la. Mana ada benda perfect kat dunia nih.. ๐
nakatsu_mizuki says
huhuhu ikowt pendapat masing2x……… โ
CypherHackz says
Yup! Pendapat orang lain2. Bergantung pada diri kita samada ingin menerimanya ataupun tidak.
wallybandfanz says
ya betoi. pastikan rumah anda hampir dengan menara pemancar diorang, baru langgan. Kalau ko tingal nun jauh berbatu-batu dalam gua kerbau, jangan mimpi la nak langgan bodbend. nanti ko sendiri yang naik darah..selalu marah-marah…then terus kena stroke. ๐