Pada 7 November yang lalu, aku telah berpeluang untuk ke Hong Kong kerana terdapat tugasan yang perlu diuruskan. Walaupun hanya berada di sana selama seminggu, tetapi banyak pengalaman, pengajaran dan juga perkara baru yang aku perolehi di sana. Ketika berada di sana, sempat juga aku membuat perbandingan di antara Hong Kong dengan Malaysia.
Kebersihan
Di Hong Kong, mereka menguatkuasakan undang-undang yang dibentuk bagi menjaga keharmonian dan kebersihan bandar mereka. Contoh yang mudah adalah larangan merokok. Di mana-mana saja aku dapat lihat papan tanda dilarang merokok dengan denda $5000HK sekiranya kau didapati merokok di tempat-tempat yang dilarang. Ianya termasuklah di perhentian bas, keretapi bawah tanah (di sana dikenali sebagai MTR), di kaki lima bangunan dan sebagainya. Tiada satu puntung rokok pun yang kelihatan sepanjang aku berjalan di sana.
Berbeza dengan Malaysia, bersepah-sepah puntung rokok di buang di merata-rata tempat. Tak kisah di mana saja kau berada, pasti akan kelihatan puntung rokok yang dibuang oleh perokok-perokok tegar di Malaysia. Walaupun sudah diletakkan papan tanda dilarang merokok, tetapi masih ada juga segelintir penduduk Malaysia yang tak faham bahasa dan merokok di tempat yang dilarang.
Perkhidmatan Awam
Di Hong Kong, tidak ramai yang menggunakan kenderaan sendiri untuk ke sesuatu tempat. Mereka lebih gemar menggunakan perkhidmatan awam seperti bas dan juga MTR. Ini kerana perkhidmatan awam mereka sangat efisyen dan menepati masa. Sekiranya MTR dikatakan akan tiba dalam masa 2 minit lagi, tepat 2 minit itu sudah pun tiba MTRnya. Selain daripada itu, mereka tidak perlu membeli tiket yang lain sekiranya mereka ingin tukar dari satu lane ke lane yang lain. Semuanya hanya dengan satu tiket sahaja. Mudah bukan?
Berbeza dengan Malaysia, walaupun banyak pengangkutan awam disediakan seperti LRT, Komuter, Monorail, bas dan sebagainya tetapi penduduk di Malaysia lebih gemar menaiki kenderaan sendiri kerana pengangkutan awam yang disediakan membebankan penduduk Malaysia. Tengok sahajalah, setiap kali nak tukar lane sahaja, dah kena beli tiket yang lain. Kenapa tidak disekalikan sahaja tiket tersebut? Adakah kerana syarikat-syarikat perkhidmatan awam ini ingin mengejar keuntungan yang tinggi sehingga sanggup menyusahkan penduduk di Malaysia? Bukan itu sahaja, jadual waktu perjalanan yang disediakan pun turut tidak diikuti.
Harga Barang
Di Hong Kong, walapun currency Malaysia lagi tinggi daripada Hong Kong tetapi boleh dikatakan segala barang yang dijual seperti pakaian dan makanan adalah mahal belaka. Pernah saya makan berdua dengan seorang lagi rakan sekerja di sebuah restoran makanan arab dan kami dikenakan caj sebanyak $256HK (RM128). Walhal makanan yang kami pesan adalah nasi beriyani ayam dan juga air coca-cola yang saya kira harga sepatutnya tidaklah sebegitu mahal.
Berbeza dengan Malaysia, harga makanan dan barangan tidaklah semahal di Hong Kong. Kalau di Malaysia, harga setin air coca-cola baru RM1.80. Paling mahal pun dalam RM2.50. Kalau dibandingkan, harga di Malaysia lagi murah daripada Hong Kong. Jadi, sekiranya ingin melawat Hong Kong pastikan bawa lebih wang tunai.
Kad Tunai
Di Hong Kong, sekiranya tidak ingin menggunakan wang tunai, mereka boleh menggunakan kad tunai yang dikenali sebagai Octopus Card. Kad ini fungsinya lebih kurang sama dengan kad Touch n Go kita. Tetapi bezanya, penggunaan Octopus Card mereka sangat meluas. Daripada membeli belah di shopping complex, tiket bas, tiket MTR sehinggalah ke kedai restoran dan taman tema. Segala pembayaran boleh dibuat dengan hanya menyentuhkan Octopus Card ke mesin pengimbas untuk membuat pembayaran. Tetapi yang penting baki dalam kad mestilah mencukupi.
Berbeza dengan Malaysia, walaupun kita mempunyai teknologi yang sama iaitu kad Touch n Go, tetapi penggunaannya adalah terhad. Tidak semua tempat membeli belah dan restoran menyediakan pembayaran dengan menggunakan Touch n Go. Pengangkutan awam di Malaysia pun tidak semua dilengkapi dengan mesin pengimbas tersebut. Selain daripada itu, perkhidmatan untuk tambah nilai Touch n Go pun tidak meluas. Ianya akan menyukarkan pengguna kad Touch n Go untuk menambah nilai kad mereka. Apa yang aku lihat adalah, syarikat pengeluar Touch n Go seperti “melepaskan batuk di tangga”. Mereka ingin rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan mereka, tetapi dalam masa yang sama, mereka alpa dengan perkara lain yang sepatutnya mereka sediakan untuk perkhidmatan mereka itu.
Kalau diikutkan memang terdapat banyak perbezaan yang aku lihat di antara Malaysia dengan Hong Kong. Walaupun sesetengah perkara Hong Kong lebih bagus daripada Malaysia, tetapi terdapat juga kelebihan yang ada di Malaysia tetapi tidak ada di Hong Kong. Pendek kata, walau setinggi mana pun negara orang kita puji, walau seteruk mana pun negara sendiri, kita akan tetap mengatakan yang Malaysia adalah negara yang terbaik sekali.
zaryl says
bab pengangkutan awam tu aku paling setuju. tahap yg kita ada sekarang ni boleh dikatakan sampah. aku lebih rela lepak dlm kereta waktu jem dari bersesak2 dlm pengangkutan awam. 🙄
CypherHackz says
Hahaha…sama la dengan aku. Daripada berhimpit2 macam sardin dalam komuter/LRT, lebih baik sangkut dalam kat trafic jam. :up:
izzat says
aku percaya, setiap negara ada keunikkan yang tersendiri. Sama dalam hal ni. Jadi dengan buat perbandingan begini, kita tahu mana kelebihan dan kelemahan kita, dan pertingkatkan mana yang lemah.
p/s: ada orang kata barang kamera kat HK murah, betul ke? hoho
CypherHackz says
Barang kamera aku tak tengok pulak kawan. Tapi barang iPhone aku tengok la. Harga dia lagi murah dibandingkan dengan Malaysia. :up:
Kujie says
kata org, ambil yang elok utk perbaiki diri
rasanya perancang bandar atau pihak2 yang mentakbir negara sudah biasa melawat negara2 lain dan tentunya mereka juga dpt mengenalpasti mana yang elok…knp susah nak direalisasikan di sini ye?
ishak says
salam,janngan heran bro,hujan emas emas di negeri orang,hujan batu dinegeri sendiri,alangkah baiknya ada hujan emas dinegeri sendiri
nakatsu_mizuki says
beznya lau dapat pegi sner,,,,,,,,,, huhuhuhu kaya la dyea ekh… 😯
CypherHackz says
Huh? Mana ada kaya bro. Biasa2 je ni… 😡
yamapi_TOP says
shopping ok x kat sane? ape yg murah? baju kasut semua best shopping kat mane? 👿
wallybandfanz says
Buruk-buruk Mesia pun, aku sayannnggg Mesia. Pada aku adalah lebih berkat duduk di negara Mesia berbanding negara yang sah-sah kafirunnnn. Biarpun sampah padamu, namun padaku ia ibarat hutan hujan yang mendamaikan.
Kebun Emas says
Informasi yang sangat menarik, memberi wawasan baru bagi saya, terima kasih