Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Ultraman melarikan diri daripada Tsunami di Berita Minggu

13.03.2011 // 6 Comments

ultraman-tsunami
Ultraman melarikan diri daripada Tsunami – kredit, SANIBOEY

Saya tertarik untuk membincangkan mengenai isu Ultraman yang melarikan diri daripada tsunami yang melanda di negara Jepun. Apa yang sangat dikesalkan adalah karikatur di dalam slot Ragam dalam akhbar Berita Minggu hari ini, menunjukkan Ultraman sedang melarikan diri daripada tsunami.

Ianya jelas menunjukkan Jepun seperti hilang tempat bergantung apabila hero mereka (Ultraman) tidak datang membantu menyelamatkan mangsa-mangsa yang dilanda tsunami, tetapi melarikan diri.

Karikatur yang dilukis oleh kartunis Zoy itu telah sedikit sebanyak memburukkan imej Berita Harian dan juga Malaysia sendiri. Ianya kelihatan seperti kita (rakyat Malaysia) tidak mempunyai perasaan simpati dan kasihan kepada mangsa-mangsa yang ditimpa bencana tsunami ini dengan mengeluarkan karikatur seperti itu di surat khabar.

Cuba bayangkan apakah perasaan keluarga yang ditimpa musibah ini apabila melihat karikatur tersebut? Tidakkah mereka akan berasa sedih dan kecewa apabila pemergian orang yang tersayang di dalam bencana tsunami itu dipermain-mainkan dengan karikatur Ultraman melarikan diri daripada tsunami ini?

miorbh-ultraman

Disebabkan isu ini juga, Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Datuk Mior Kamarul terpaksa meninggalkan kenduri yang beliau hadiri disebabkan kesilapan terlepas pandang yang berlaku di dalam akhbar Berita Minggu hari ini. Beliau juga turut memohon maaf bagi pihak Berita Harian secara terbuka di laman sosial Twitter beliau, @MiorBH.

Pada Jumaat yang lalu, negara Jepun telah digegarkan dengan gempa bumi yang berukuran 8.9 skala richter. Gempa bumi yang berpusat di telah menyebabkan tsunami melanda sebahagian kawasan negara tersebut. Pada sekitar jam 9 pagi hari ini, angka mangsa korban akibat bencana tersebut telah mencecah seramai 900 orang.

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Tandatangan Tun Mahathir di dalam buku “A Doctor in The House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad”
Jutaan ikan di pantai Acapulco, Mexico – Mungkinkah akan dilanda tsunami? »

Comments

  1. Obefiend says

    13.03.2011 at 7:21 pm

    Orang lain nak tulis pasal ni die pun nak tulis pasal ni, nak cite pasal isu semasa buat la blog baru. Kejar traffic ke? Bodoh punye jongang. FFFFUUUUU!

    Reply
    • CypherHackz says

      13.03.2011 at 7:42 pm

      Huh?

  2. RANDY says

    13.03.2011 at 10:11 pm

    SHAME ON YOU.

    Reply
  3. Mr.Kerro says

    19.03.2011 at 12:57 pm

    nampaknya ada hatersz poji..hehe

    Reply
    • CypherHackz says

      19.03.2011 at 12:58 pm

      Standard.. Dah masak dah dengan benda ni semua.. Huhuhu..

Trackbacks

  1. Kronologi Insiden Nuklear Akibat Gempa Bumi dan Tsunami Di Jepun says:
    22.03.2011 at 9:37 pm

    […] lebih seminggu kejadian gempa bumi dan tsunami berlaku di Jepun. Pelbagai peristiwa pelik dan kisah menarik yang kita dengar dan baca melalui media massa dan juga post yang dibuat oleh blogger-blogger di […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2025 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in