Pada hari Rabu yang lalu, saya ada menerima bungkusan daripada MPH Online. Sebelum sempat membuka bungkusan itu, saya dapat mengagak di dalamnya adalah buku “A Doctor in The House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad” yang ditulis oleh Tun Mahathir kerana pada malam Selasa sebelumnya saya ada membuat tempahan buku tersebut melalui MPH Online.
Di dalam bungkusan tersebut terdapat senaskah buku “A Doctor in The House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad” dan juga cenderahati daripada MPH Online yang berupa pelapik mug/gelas.
Buku yang setebal 844 mukasurat ini mengisahkan perjalanan hidup Tun Mahathir sejak usia mudanya sehinggalah beliau bersara daripada menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-4. Pelbagai kisah peribadi, kontroversi, politik dan cerita kehidupan beliau diabadikan di dalam buku ini.
Dan syukur Alhamdulillah kerana saya menerima naskhah yang mempunyai tandatangan Tun Mahathir sendiri! Hanya 40 tempahan terawal sahaja yang akan menerima naskhah istimewa ini sekiranya tempahan itu dibuat melalui MPH Online.
Bertambah lagi buku di dalam koleksi saya. Dan bagi saya, buku ini sangat-sangat istimewa dan lain dari yang lain kerana ianya mempunyai tandatangan penulis buku itu sendiri iaitu, Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia kita yang ke-4. ๐
Flickr Set: A Doctor in The House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad
Brp harga buku ni bro?
Harga buku ni RM100. Tapi termasuk dengan pos RM7, total RM107. ๐
ruginyeerrrrrr x dpt yg ada tdtgn TUN…..jeles nyerrrrr hhehehheee
dalam brapa hari pas payment awk dpat buku ni.? ๐
Tak pasti pulak bila terima buku ni. If tak silap, dalam 2-5 hari kot baru dapat. ๐