Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Jutaan ikan di pantai Acapulco, Mexico – Mungkinkah akan dilanda tsunami?

15.03.2011 // 8 Comments

Jutaan ikan kelihatan memenuhi persisiran pantai Acapulco, Mexico pada hari Jumaat yang lalu. Kehadiran kumpulan ikan yang banyak ini dilihat seperti tompokan minyak yang telah dihanyutkan ke pantai.

Ada yang mengatakan, kejadian ini berlaku disebabkan gempa bumi yang berpusat di Jepun telah menyebabkan ikan-ikan ini melarikan diri ke Mexico.

Namun begitu, jika kita flashback pada tahun 2004, satu fenomena pelik pernah berlaku di negara kita. Air laut secara tiba-tiba surut dan terdapat banyak ikan yang terdampar di pesisir pantai Batu Ferringhi.

Dan tidak lama selepas itu, Malaysia dikejutkan dengan berita Batu Ferringhi dilanda tsunami dan telah menyebabkan kerosakan harta benda mencecah ribuan ringgit.

Mungkinkah apa yang berlaku di Acapulco, Mexico ini merupakan salah satu petanda bahawa negara tersebut akan dilanda tsunami? Atau memang ianya disebabkan oleh gegaran yang berlaku di negara Jepun?

Jutaan Ikan Menyerang Pantai Acapulco di Mexico [via Anastasyea]

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Ultraman melarikan diri daripada Tsunami di Berita Minggu
Persembahan Tarian Shuffle untuk Pengantin Baru »

Comments

  1. Finalcross says

    15.03.2011 at 9:27 pm

    Wow! berkumpul mcm tu skali ikan. gile kentang. Da mcm sekawan piranha plak. seram gak tu.

    Reply
    • CypherHackz says

      15.03.2011 at 9:40 pm

      Yup! First time tengok dekat blog Anastasyea pun sangat2 mengelikan.

  2. Mr.Kerro says

    16.03.2011 at 1:37 am

    pergh! ..mmg seram plak tgk ikan byk2 tuh… mmg giler byknyerr… hrp2 dorg sedar dan amik lngkh brjaga2

    Reply
    • CypherHackz says

      16.03.2011 at 7:14 pm

      Tapi kalau takde jadi pape, bagus la.. 🙂

  3. Cik Shera says

    16.03.2011 at 1:32 pm

    Wuish~! geli nyerrrrr~!!!!!!!!!!

    Reply
    • CypherHackz says

      16.03.2011 at 7:14 pm

      Hehehe.. Geli sangat ke you?

  4. Fahmishah says

    18.03.2011 at 11:51 pm

    Kalau nelayan ada kat situ, memang berduyun nelayan-nelayan tangkap ikan.

    Reply

Trackbacks

  1. Kronologi Insiden Nuklear Akibat Gempa Bumi dan Tsunami Di Jepun says:
    22.03.2011 at 9:27 pm

    […] lebih seminggu kejadian gempa bumi dan tsunami berlaku di Jepun. Pelbagai peristiwa pelik dan kisah menarik yang kita dengar dan baca melalui media massa dan juga post yang dibuat oleh […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2025 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in