Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Persembahan Tarian Shuffle untuk Pengantin Baru

19.03.2011 // 8 Comments

Apakah pendapat anda apabila melihat video di atas?

Mungkin ada yang berpendapat, budaya yang cuba dibawakan di dalam video ini adalah sangat cool dan lain daripada yang lain. Tetapi sudah semestinya akan ada yang berpendapat, budaya yang dibawakan ini telah merosakkan adat Melayu, dan hilangnya persembahan silat seperti yang telah diamalkan selama ini.

Majoriti komen yang dihantar di laman video Youtube tersebut banyak memberikan komen yang negatif. Ramai yang mengutuk dan mencela persembahan shuffle yang dipersembahkan kepada pengantin ini.

Tidak mungkin persembahan shuffle ini akan berlaku jika pengantin tidak bersetuju dengan persembahan tersebut, betul? Mungkin juga pengantin itu sendiri merupakan salah seorang daripada ahli kumpulan shuffle tersebut atau, beliau merupakan peminat fanatik terhadap tarian shuffle.

Walauapapun, sedikit demi sedikit budaya ini semakin menular memudaratkan negara kita…

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Jutaan ikan di pantai Acapulco, Mexico – Mungkinkah akan dilanda tsunami?
Kronologi Insiden Nuklear Akibat Gempa Bumi dan Tsunami Di Jepun »

Comments

  1. TanyaLelaki says

    19.03.2011 at 3:58 pm

    mengarut la kalau buat shufle untuk persembahan utk pengatin.. tak sokong langsung, macam mana boleh terpikir nak buat benda tu?.. aduhai

    Reply
    • kasyah says

      29.09.2011 at 9:55 am

      enth la bia ar dy uw

  2. CypherHackz says

    19.03.2011 at 10:34 pm

    Huhuhu.. Tahu takpe.. Sangat pelik apabila majlis perkahwinan mempunyai tarian shuffle macam ni.

    Reply
    • kasyah says

      29.09.2011 at 9:51 am

      em btol2

  3. decrewz says

    23.03.2011 at 12:32 am

    Ni confirm pengantin geng2 shuffle gak nie.. Tapi 1st time Jai tgk.. Agak2la, apa pandangan org bukan melayu.. Kalau mat salleh tgk, mesti diorg akan cakap.. ‘ooo…macam nie rupanya adat melayu’.. Nak kata salah, x taulah, kena tanya imam atau ustaz, den mmg buta ckit bab2 agama nih..hu3

    Reply
  4. kasyah says

    29.09.2011 at 9:53 am

    ade plak tarian shuffle mse kenduri…hahaha..plik niey..

    Reply
  5. shafika says

    15.10.2011 at 12:05 pm

    jangan dibiar adat itu hilang….

    Reply
  6. fix says

    25.01.2012 at 6:55 pm

    mungkin pengantin nie nak wat lain dri yang lain??…biaq je lah..asal dioang terhibur…^^

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2023 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in