Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Terima Kasih Nuffnang untuk 4 Tiket TGV Percuma

26.02.2011 // 6 Comments

nuffnang-tgv
Birthday surprise for Nuffnangers.

Nuffnang merupakan sebuah syarikat pengiklanan yang dapat memberikan pendapatan kepada blogger. Dengan hanya meletakkan skrip iklan Nuffnang di blog, anda sudah dapat menjana pendapatan secara pasif dengan blog anda.

Saya telah bersama dengan Nuffnang sejak tahun 2007 lagi. Pada waktu itu, beberapa syarikat pengiklanan Internet tempatan turut wujud bersama-sama dengan Nuffnang seperti, Advertlets dan juga GrabMyAds.

Namun begitu, yang tinggal kini hanyalah Nuffnang. Advertlets dan GrabMyAds tidak tahu hilang entah ke mana.

Pada 8 Februari yang lalu, saya ada menerima sebuah email daripada Nuffnang. Isi kandungan email tersebut menyatakan bahawa saya telah terpilih untuk menerima 4 tiket wayang TGV secara percuma. Ianya bersempena dengan ulang tahun kelahiran saya yang jatuh pada bulan ini.

Terima kasih diucapkan kepada Nuffnang dan TGV di atas kesudian mereka memberikan tiket percuma itu kepada blogger-blogger di Malaysia. Walaupun ianya hanyalah tiket wayang, tetapi bagi saya itu sudah cukup bermakna kerana bukan senang untuk menonton wayang secara percuma, bukan? Lagi-lagi apabila kita dapat berkongsikan kegembiraan dan menonton wayang itu bersama-sama dengan insan tersayang.

Berikut merupakan di antara blogger yang turut memperolehi tiket TGV percuma daripada Nuffnang:

  • http://www.zoomartis.net/2010/12/free-tgv-ticket-from-nuffnang-and-tgv.html
  • http://moosoozoo.com/index.php/2011/01/thank-you-nuffnang-tgv-cinemas/
  • http://phattgurll.blogspot.com/2011/01/birthday-prezzie-from-nuffnang-tgv.html
  • http://sumijelly.com/2010/12/03/happy-birthday-from-nuffnang-and-tgv-cinemas/
  • http://sharinginfoz.blogspot.com/2010/12/surprise-from-tgv-and-nuffnang-sempena.html

Ke semua mereka gembira dengan tiket percuma tersebut. Semoga dengan adanya insentif seperti ini, dapat menaikkan lagi sokongan blogger-blogger Malaysia kepada Nuffnang dan TGV. ๐Ÿ™‚

ps: Cerita yang ditonton adalah, The Mechanic dan No String Attached.

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« DrBook2U Dibangunkan Pada Sebuah Shared Server di US?
DrBook2U Masih Sunyi Walaupun Countdown Timer Telah Berhenti »

Comments

  1. Mr.Kerro says

    26.02.2011 at 6:18 pm

    pergh jeles dowh!..hehe..tiket crita apa tu poji?..nnti besday aku dpt apa eik..hehe

    p/s: ada x coding nak ltak twitter kt blog?…aku nk ltk kt header..hehe

    Reply
    • CypherHackz says

      26.02.2011 at 8:02 pm

      Kalau tak silap, tiket tu hanya diberikan kepada blogger2 di sekitar Lembah Klang. ๐Ÿ˜›

      Untuk coding tu, boleh refer dekat sini: http://www.pengendaliblog.com/bagaimanakah-memaparkan-tweets-di-blog-wordpress/

  2. sumijelly says

    26.02.2011 at 8:10 pm

    wah…apa lagi.. tgk la wayang sebanyak 4 kali…hehehe
    best tau dpt tiket FREE….hehehe

    Reply
    • CypherHackz says

      26.02.2011 at 8:58 pm

      Yup, best bila dapat tiket free.. ๐Ÿ™‚

  3. m a s s says

    27.02.2011 at 2:25 pm

    Hi;

    dapat free tickets jugak ? yeay ! selamat menonton wayang =)

    Reply
    • CypherHackz says

      28.02.2011 at 4:15 pm

      Aah. Dapat free tickets jugak daripada Nuffnang. ๐Ÿ™‚

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6รท2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2023 ยท Blog Aku ยท Hosted by Elfbytes Web Hosting ยท Log in