Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

DrBook2U Masih Sunyi Walaupun Countdown Timer Telah Berhenti

03.03.2011 // 6 Comments

drbook2u-3-mac
Countdown timer berhenti pada 3 Mac 2011 8.00pm

Merujuk pada artikel yang lalu, saya ada menulis bahawa DrBook2U akan dilancarkan pada 3 Mac 2011 (hari ini). Namun begitu, tepat jam pukul 8 malam tadi, laman web DrBook2U masih tidak dapat dilawati walaupun countdown timer telah pun berhenti.

Secara jujur saya katakan, bukan niat saya ingin memburukkan DrBook2U dengan menulis artikel seperti ini tetapi saya sebenarnya sangat teruja untuk melihat apakah kelainan yang ingin dibawakan oleh DrBook2U.

Sekiranya anda mengikuti Twitter saya (@cypherhackz), anda dapat lihat yang saya tertunggu-tunggu pelancaran laman web DrBook2U ini.

Tetapi sayangnya walaupun countdown timer itu telah pun berhenti, laman web DrBook2U masih tidak dapat dilawati oleh pengguna. Situasi seperti ini akan sedikit sebanyak menjejaskan imej DrBook2U untuk menjadi salah sebuah laman web sosial di Malaysia.

Apa pendapat anda?

Update:
3 Mac 2011 – DrBook2U kini dikenali sebagai MASPage.

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Terima Kasih Nuffnang untuk 4 Tiket TGV Percuma
Hukum menghisap Rokok adalah Makruh »

Comments

  1. Mr.Kerro says

    03.03.2011 at 9:55 pm

    haha..takleh blah la…mcm tipu je

    Reply
    • CypherHackz says

      06.03.2011 at 4:44 pm

      Lebih kurang kot.. ๐Ÿ˜›

  2. aman says

    03.03.2011 at 9:57 pm

    dah launch, tapi interface cam tak bape besh. hehe~

    Reply
    • CypherHackz says

      06.03.2011 at 4:44 pm

      Yup! Interface dia macam kurang sikit.. ๐Ÿ™‚

  3. gaharu says

    04.03.2011 at 12:20 pm

    dah launched lah korang ni tertinggal kapal.. http://www.maspage.com
    oklah fungsi dia. senang dan mudah,.

    Reply
    • CypherHackz says

      06.03.2011 at 4:45 pm

      Dah lama tahu dah la bro. Masa artikel ni ditulis, website tu tak direlease lagi.. Anyway, thanks sebab bagitahu. ๐Ÿ™‚

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6รท2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2025 ยท Blog Aku ยท Hosted by Elfbytes Web Hosting ยท Log in