Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Contact

DrBook2U Dibangunkan Pada Sebuah Shared Server di US?

19.02.2011 // 9 Comments

drbook2u-01
DrBook2U yang akan dilancarkan pada 3 Mac 2011.

Pada awalnya, pelancaran DrBook2U dijadualkan pada 2 Februari 2011. Namun begitu, pada 2 Februari 2011 countdown timer yang diletakkan di laman web DrBook2U telah pun berhenti tetapi pengunjung masih tidak dapat memasuki laman sosial tersebut.

Dan baru-baru ini, pengumuman yang dibuat di fanpage DrBook2U mengatakan tarikh terbaru untuk pelancaran rasmi laman sosial DrBook2U adalah pada 3 Mac 2011.

DrBook2u.com Support Malaysian Networking Site (Pre-Launched)
3 March 2011, Penantian anda akan berakhir. Believe it !! Biar lambat asal selamat 🙂 www.drbook2u.com
Thursday at 11:48pm

Bagi anda yang tidak tahu, DrBook2U merupakan salah sebuah laman sosial yang dibangunkan oleh rakyat Malaysia sendiri. Sebelum ini saya menyangkakan bahawa DrBook2U adalah milik Dr Rozmey (pengasas Herba Prima Marketing) tetapi ia sebenarnya dimiliki oleh orang lain dan langsung tidak ada kaitan dengan Dr Rozmey.

Namun begitu, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada team DrBook2U kerana berjaya menarik publisiti dan membuat sebuah laman sosial di Malaysia. Tetapi apa yang membuatkan saya berasa sedikit terkilan dengan DrBook2U adalah:

  1. DrBook2U cuba meniru konsep Facebook.
  2. Pengumuman yang dibuat di fanpage DrBook2U ditulis dengan menggunakan short-form dan penggunaan huruf besar/kecik yang salah dan ianya langsung tidak professional.
  3. DrBook2U mengubah-ubah tarikh pelancaran laman sosial mereka seperti mepermainkan dan tidak menghormati peminat mereka yang menunggu pelancaran laman sosial tersebut.
  4. DrBook2U ingin menggunakan domain yang tidak menggunakan perkataan ‘book’ tetapi kelihatan seperti mereka akan tetap menggunakan domain drbook2u.com.
  5. Domain rekod DrBook2U mempunyai Whois Guard.
  6. DrBook2U dihostkan pada sebuah shared server di US yang dikongsikan bersama-sama dengan 81,000 website yang lain.
  7. Ramai yang memberikan kritikan yang negatif kepada Dr Rozmey di atas apa yang berlaku pada DrBook2U walaupun beliau tidak ada kaitan dengan laman sosial tersebut.

Bagi pendapat saya, DrBook2U seperti bermain-main dengan apa yang mereka sedang lakukan. Siapa pengasas sebenar laman sosial ini pun kita tidak tahu kerana domain tersebut mempunyai Whois Guard protection.

Selain daripada itu juga, laman sosial tersebut dihostkan pada sebuah server yang dikongsikan bersama-sama dengan lebih 81,000 website yang lain. Apabila dihostkan pada sebuah shared server, dikhuatiri laman sosial DrBook2U bakal mengalami masalah loading page yang sangat lambat. Lagi-lagi apabila ianya dihostkan di US yang sangat jauh daripada Malaysia.

Bukan saya tidak menyokong produk Malaysia. Tetapi apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah, sebelum kita memberikan maklumat peribadi seperti email dan password untuk pendaftaran, sila pastikan latar belakang laman sosial tersebut terlebih dahulu supaya maklumat yang kita berikan tidak disalahgunakan oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab.

ps: Atau pun, mungkin DrBook2U menggunakan CDN dan itulah sebabnya kenapa kita lihat laman tersebut terletak di server US.

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Nama Pun Sampah
Terima Kasih Nuffnang untuk 4 Tiket TGV Percuma »

Comments

  1. megat says

    19.02.2011 at 11:41 pm

    jadi? memang bukan dr rozmey yang punya lah?

    Reply
    • CypherHackz says

      21.02.2011 at 7:57 pm

      Kalau ikut dari apa yang dikatakan dekat blog Aman, bukan Dr Rozmey punya.

  2. Mr.Kerro says

    20.02.2011 at 2:30 am

    adeh..bleh tmpung user ke..nnti down dowh..hari ptma tkut akan lmbb giler…kalu bnde ni besar pkaila dedicated server..xpon vps..bru la ok..

    Reply
    • CypherHackz says

      21.02.2011 at 7:58 pm

      So far, tak dapat dipastikan sama ada ianya betul di hostkan dekat shared hosting atau pun DrBook2U menggunakan CDN.

  3. ejon says

    20.02.2011 at 3:02 am

    nama pun dah auta. hahaha

    Reply
    • CypherHackz says

      21.02.2011 at 7:58 pm

      Auta? Maksudnya?

  4. ohniza says

    20.02.2011 at 12:06 pm

    berkenaan domain yg diprotect tu perkara biasa.mngikut pnglman aku sesuatu web yg hndak mnjadi popular perlu menghiddenkan adminnya siape sbb melayu ni ramai pndgki..so tndkn drbook2u bagus.
    pasal penundaan tu mgkim mereka ada sbb tertentu yg mereka sndiri phm.mgkin nak harden security supaya x ikut jejak 1mlaysia.com. klu mmg prank..mmg mangkok ayunlah.ahaha

    pasal sharehosting..aku x pk akan diletak sharehosted..web drbook2u tu mgkin sekadar batuloncatan jer kot.

    pasal privacy tu tu kita sendiri kena pk.mana info yg kt xnk dedahtu xperlu lah letak.yg mangkok sgt letak tu pehal.hahaha.

    aku kalau drbook2u ni 3mac ni xde gak.mmg aku makihamunlah semahumahu.

    Reply
    • CypherHackz says

      21.02.2011 at 7:59 pm

      Hahaha.. So kita nantikan kemunculan laman tersebut pada 3 Mac ini, okey?

Trackbacks

  1. DrBook2U Masih Sunyi Walaupun Countdown Timer Telah Berhenti says:
    03.03.2011 at 8:29 pm

    […] pada artikel yang lalu, saya ada menulis bahawa DrBook2U akan dilancarkan pada 3 Mac 2011 (hari ini). Namun begitu, tepat jam pukul 8 malam tadi, laman web DrBook2U masih tidak dapat […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2019 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in