Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Pendapat Bloggers Mengenai Jalur Lebar 3G

16.02.2009 // 20 Comments

Aku telah menggunakan perkhidmatan jalur lebar Celcom 3G sejak bulan Oktober tahun 2007. Sudah hampir satu tahun empat bulan aku menggunakan perkhidmatan ini bagi memudahkan urusan aku dalam blogging. Pelbagai masalah dan konflik telah aku lalui sepanjang penggunaan jalur lebar Celcom 3G sehinggakan aku dapat berkongsikan tips-tips bagi mengatasi masalah-masalah tersebut.

Tetapi, sejak Celcom mengaplikasikan User Fair Policy ke atas pengguna-pengguna jalur lebar Celcom 3G, membuatkan aku terasa ingin menamatkan perkhidmatan ini. Setahun yang lalu, aku masih dapat melayari Internet dengan pantas dan kelajuan yang aku perolehi untuk muat-turun sesuatu perisian adalah 200Kbps.

Tetapi sejak awal tahun ini, kelajuan internet aku dikurangkan apabila penggunaan Internet mencecah 5GB. Ianya disebabkan User Fair Policy akan mengehadkan penggunaan Internet kepada 384kbps (aku menggunakan pakej 3.6Mbps) sekiranya data yang aku muat turun untuk bulan tersebut melebihi 5GB. Ini menyebabkan aku tidak dapat kepuasan dalam melayari Internet kerana hanya dapat kelajuan dalam 10kbps sahaja.

Bayangkan hidup seorang blogger tanpa Internet. Sudah pasti kacau bilau serta runsing memikirkan masalah-masalah ini. Jadi, aku ingin bertanyakan kepada para bloggers sekalian, apakah pendapat kalian mengenai jalur lebar 3G yang kalian gunakan? Adakah bagus?

Cypher: Memikirkan untuk beralih ke dunia Streamyx.

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Boikot Itu Ini Israel
Tiada Keistimewaan Pada Sebuah Universiti »

Comments

  1. firdee says

    16.02.2009 at 11:10 pm

    memang x best kalo ada sekatan mcm ni…saya baru start guna celcom bb ni hujung bulan 12 tahun lepas…yang dijanjikan kelajuan di kawasan yg ada highspeed 3.6 Mbps tapi tak sampai pon 384 Kbps bila buat speedtest…dah report tapi masih tiada maklum balas…[-(

    Reply
  2. menteil says

    16.02.2009 at 11:40 pm

    itulah.. aku dah banyak kali fikir nak tukar..
    tapi tak tau yang mana lagi bagus..

    kalau pakai streamyx, aku selalu pulak pindah randah..

    Reply
  3. alone says

    17.02.2009 at 8:05 pm

    tukar je streamyx. hahah >:)

    Reply
  4. MK says

    19.02.2009 at 10:08 am

    Aku guna pakej 384kbps je, jadi kalau dah lepas 5GB bandwith tu takde la terasa sangat lembab nye, sebab hari2 pun memang lembab… huhu.

    Tapi ntah, member aku cite, line Streamyx kat umah dia lagi teruk dari Celcom aku.

    At least, Celcom aku ni sentiasa ada (walaupun lambat), walaupun tak bayar bil sampai 3 bulan, huhu.

    Reply
  5. Darkz05 says

    19.02.2009 at 11:12 am

    Pembekal2 internet di negara kita ni masih banyak lagi kelemahan. Sume produk aku da try. Sumenya macam ci, SEBAB LEMBAB speednya walaupun da pilih pakej yang laju. miahaha~

    Reply
  6. Sweet Thinker says

    19.02.2009 at 6:22 pm

    akoo lg ske stimix kot. sbb nye, kat kl akoo guna acc plg murah sbb nk bkk port je. kat kg akoo guna laju sket. jd bila g kl pun ttp leh guna yg laju. huuuu! =|

    Reply
  7. elvinado says

    19.02.2009 at 9:52 pm

    Kalau tamatkan ader choice lain ke?

    Reply
  8. catzer says

    20.02.2009 at 4:32 am

    Aku rasa ada org gile kat umah aku ni campak2 broadband maxis dia sambil mencarut2…bile pi umah kakak aku plak…dengar plak carutan pasal celcom..aku balik umah layan streamyx lagi bagus. =|

    Reply
  9. Kujie says

    20.02.2009 at 3:03 pm

    SNAILmyx pun teruk juga nie….:((

    Reply
  10. melayubuntu says

    21.02.2009 at 2:26 pm

    aku rasa nak lempang je celcom brukband nihh…
    gram gler…huhu
    aku pun ngh pk utk tukar..$%’&’%(##

    Reply
  11. sumijelly says

    24.02.2009 at 4:01 pm

    la……br jer nak test CELCOM..
    chait…ada masalah yek…..

    emm..apa kata awak try dulu streamyx….
    kalu ok……bg arr tau…..

    tp adik sy guna MAXIS…dia duk kat Puncak Alam, SA..
    ok dia kata MAXIS nya…….
    huhuhu……………..=|=|=|

    Reply
  12. CypherHackz says

    24.02.2009 at 9:50 pm

    [Comment ID #40908 Will Be Quoted Here]

    Streamyx je la yang ada dalam kepala aku setakat ni.

    Reply
  13. izzat says

    25.02.2009 at 6:18 pm

    owh..patutla member duk merungut hari tu, celcom bb x best dah..ni la kot puncanya..hehe..

    tp before this penah guna maxis ngan umobile..mulanya mmg umobile best..sampai 4Mbps! huhu..download mmg masyuk..tp skrang macam biasa..ramai subscribers..slow la jawabnya..huhu..

    sekarang ni umobile pun xder, tunggu streamyx yang dah hampir sebulan apply x dapat2..slow tul wat keje..haih..:-w

    Reply
  14. adib. says

    28.02.2009 at 11:23 pm

    haa..apa kata dgn wimax…lg slow ka..

    kt kedah nih baru masok..mmber aku budak kuin cakap..laju ja…tp sbb baru masok kot…xtaw laa lepas nih camna…:d

    Reply
  15. Syuxx says

    14.03.2009 at 12:34 pm

    semenjak bapak aku register balik streamyx, pandai jadi laju pulak celcom broadband ni.
    mungkin dia perlukan kedua-dua benda ni untuk buat internet laju. haha

    tapi sharing ip memang menyakitkan lah.
    dynamic ip baru layan …

    Reply
  16. taikunx says

    08.10.2009 at 2:52 pm

    Celcom mengenakan sekatan kepada pengguna untuk mengawal pengguna mereka secara terancang, Di Malaysia kita masih tidak mempunyai banyak pilihan perkhidmatan jalur lebar , kalau nak guna langgan, tak mau pun kita tak rugi- Kata Celcom,

    Reply
  17. nakatsu_mizuki says

    07.01.2010 at 7:31 pm

    celcom berukband neh mmg terok, pagi opk, tp bla mai tang petang sampai malam lgsung xleh masok web page pape,,,,,, huh, bengang tol, dah la umah aku xdak 3G signal, harap pakai edge je, speed tak stabil, line bar celcom full tp xda 3G pulak. celcom ni bodow, yela p pasang 3G kat kat singapura, brunei, hong kong, n etc, yg dalam ngra pun x abih lagi pasang! dorang punya operator lg baek dr ko celcom oi, so watpa nak bz p pasang kat negara orang???????????

    Reply
  18. far_hana says

    06.03.2010 at 4:55 pm

    gunelah streamyx…. ia mmg mudah n pntas… klu bkn streamyx x ckup bgusss…..!

    Reply
  19. mmz says

    27.08.2010 at 8:00 am

    jom layan streamyx lagi stabil dari wireless..atau nak laju lagi layan UNIFI mmg terpantas tp kena check coverage dulu disini http://www.unifi.my/unifi/index.php?option=com_content&view=article&id=58&Itemid=58

    Reply

Trackbacks

  1. Terfikir Untuk Beralih Kepada Wimax di BlogAku.Net says:
    05.04.2009 at 10:26 am

    […] Celcom mengenakan sekatan kepada pengguna yang menggunakan lebih 5GB data sebulan menyebabkan aku ingin beralih ke perkhidmatan jalur lebar […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2023 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in