Sejak bermula peristiwa kekejaman Israel pada penduduk Gaza, ramai masyarakat dunia mengambil langkah memboikot barangan-barangan yang dikeluarkan oleh negara Yahudi dan sekutunya itu. Kita sendiri sedia maklum kekejaman yang dilakukan oleh Israel pada saudara-saudara seagama kita. Setiap hari, ada sahaja berita-berita kematian terbaru yang dilaporkan oleh media cetak dan media massa.
Kenapa kita perlu boikot?
Mungkin ada di antara kita yang bertanya, “Kenapa kita tidak perang je mereka? Kenapa kena boikot-boikot pulak?”. Kalau kita boleh angkat senjata, sudah tentu ramai yang akan pergi menolong perang bersama-sama menentang Israel itu. Tetapi disebabkan kita tidak mampu untuk mengangkat senjata dan tidak mempunyai teknologi yang serba moden, maka apa yang kita boleh buat hanyalah dengan memboikot disamping menyuarakan pendapat ketidakpuashatian kita kepada dunia.
Dengan memboikot, ekonomi mereka akan jatuh. Ini disebabkan Israel tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup bagi meneruskan misi mereka dalam memusnahkan negara dan nyawa rakyat yang tidak bersalah.
Selain daripada itu, suara pendapat dan bantahan yang ramai akan menaikkan marah masyarakat dunia mengenai kekejaman yang dilakukan oleh Israel. Satu suara mungkin tidak memberikan apa-apa kesan pada mereka. Tetapi bagaimana pula kalau berjuta-juta suara dilontarkan kepada mereka dan rakyat Israel itu sendiri? Sudah pasti mereka akan berasa malu dan terasa keji yang teramat sangat.
Sukarnya nak boikot…
Dari kecil, kita dibesarkan dengan barang-barang keluaran daripada sekutu-sekutu Israel. Sudah pasti ianya amat sukar untuk kita memboikot barangan mereka itu. Tetapi, apa yang perlu kita lakukan adalah, bertindak. Kalau kita masih ragu-ragu, sudah pasti sampai bila-bila kita tidak akan berbuat apa-apa.
Sekiranya tidak tahu apakah barang-barangan yang perlu kita jauhi dan elak dari membelinya, anda boleh lihat laman ini. Laman ini dikemaskini oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia. Ia ada mempamerkan beberapa produk dan jenama yang dipercayai memberikan bantuan atau sumbangan kepada kekenteraan Israel bagi memusnahkan bumi Palestin.
Jadi apa tunggu lagi? Sekiranya anda rasakan Israel itu kejam, boikotlah barangan mereka. Tetapi sekiranya anda rasakan peperangan dan kematian adalah seperti permainan video, abaikan sahaja artikel ini.
CH: Bila PBB mahu keluarkan keputusan perbincangan mengenai isu Israel ini?
Huh! Memang susah nak boikot sebab dah sebati dengan kehidupan. ini’lah racun sebenarnya. tapi kalau ada azam dan istiqomah, insha allah segala usaha akan membuahkan hasil. bersabar.
Yup. Dari kecil kita dah tahu makan KFC, McD dan sebagainya. Tiba-tiba semua fast food dari mereka, kita tidak boleh makan. Sungguh sukar…
hurmm..itulah kalau kita sebagai islam, sbb itulah disuruh membngunkn ekonomi Islam..
akhirnya beginilah…dah x boleh dibendung. boikot barang israil. kena buat inisiatif la menggantikan produk2 tu….( cam dah lambat jerk….)
Mudah2an Allah selamtkan saudara2 kita yang berada di Palestin itu…
aku kadang-kadang tak percaya jugak yang aku sebenarnya boleh hidup tanpa produk2 yg support zionis ni semua.
skrg dah tak consume any nestle products, kfc, mcd, starbuck & so on. Mudah-mudahan aku istiqamah buat semua benda ni.
apart from boycott this zionis supporter, kita boleh jugak maintain healty life & support local products.
walaupun banyak kesannya boikot ini kalo ada kesatuan, tapi ada juga sesetengah pihak berpendapat boikot ini bukannya satu2 cara..
dulu masa kes boikot barangan Denmark ketika kes karikatur Rasulullah, ak ada jugak forward email2 pasal boikot ni, tp ada juga yang reply kata itu ini. ada yang kata, ianya menzalimi saudara sendiri sebab ada diantara kita yang mencari rezeki melalui mereka. boikot barangan tersebut seperti memusnahkan sumber pencarian mereka. jadi bagaimana?
bila ak tanya beberapa orang pasal isu boikot ni, ada yang kata, xperlu la kita boikot, cuma kurangkan. kalo seminggu sekali kita makan mcD, kurangkan kepada 1 bulan sekali. walaupun masih nampak sumbangan kita kearah Israel (dipercayai). ak tidak kata ak sokong atau tidak kempen boikot ni, tapi yang menjadi masalah bila ada sesetengah pihak gunakan isu ini untuk jatuhkan sesuatu pihak yang lain.
jadi selain boikot banyak lagi yang kita ley buat, banyakkan derma anda kepada NGO-NGO yang berjuang atas nama kebebasan Palestin, amanMalaysia sbgnya. tanya diri kita, kita boikot barangan Israel tapi berapa banyak pula duit dari boikot itu kita sumbangkan kepada rakyat Palestin? berapa ramai yang solat hajat demi keselamatan saudara-saudara kita disana? tanya balik diri anda.
owh, sorry r fauzi. komen kali ni agak panjang. hehehe.. 😀
yang penting ada kemahuan untuk boikot =;
“Kalau tak dapat semua, Jangan tinggal semua..”
Kalau berat sangat rasa nak boikot semua barang yang menyumbang kepada Israel, jangan la tak boikot langsung. Memang payah nak beli PC kalau processornya bukan Intel, tapi takkan la tak boleh tinggalkan McDonalds dan Burger King..
[Comment ID #39083 Will Be Quoted Here]
salam
kan ader alternatif processorkan….
hmmm…nk tnye ek..kalo kt korea dorg ade tak semngat anti israel n anti perang ni kt sne mcm kt sni??sje je nk thu~