Kenangan semasa aku muda-muda dulu.
Cuba teka yang mana satu aku?
Sudah lama aku ingin menaikkan isu ini. Tetapi disebabkan selalu sahaja ada perkara lain yang perlu aku buat, membuatkan aku kerap terlupa untuk membincangkan mengenai keistimewaan pada sebuah universiti.
Sejak dari kecil lagi, kita telah ditanamkan dengan satu cita-cita iaitu untuk belajar sehingga ke menara gading, yakni universiti. Ada yang belajar bertungkus lumus, tidak tidur malam, mata bengkak-bengkak disebabkan tidak mahu ketinggalan untuk mendapatkan tempat di universiti.
Ada pula ibu bapa di kampung yang sanggup menggadaikan tanah dan harta pusaka bagi membiayai kos perbelanjaan anak mereka belajar di universiti. Dulu, memang sangat sukar untuk kita menjejakkan kaki ke universiti. Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan.
Tetapi cuba lihat sekarang. Universiti ada di mana-mana sahaja. Mereka yang tidak mempunyai keputusan yang cemerlang pun dapat belajar di universiti. Setiap orang bila ditanya belajar di mana, mesti akan kata belajar di universiti itu, universiti ini. Seperti universiti tidak ada lagi keistimewaan kerana mudahnya untuk kita masuk ke universiti tersebut.
Selepas lima tahun akan datang, entah berapa banyak universiti yang akan ada di Malaysia nanti. Setiap tahun pula, puluhan ribu siswazah yang akan keluar dari universiti dengan segulung ijazah. Dan dari situ pula, bertambah-tambah banyak la lambakan siswazah yang menganggur disebakan terlalu banyaknya universiti yang ada di Malaysia.
Jadi, bagaimanakah cara penyelesaiannya? Adakah kita perlu menambahkan lagi projek-projek universiti atau kita memantapkan lagi sistem pembelajaran di universiti-universiti yang ada? Apa pendapat kau sebagai seorang penuntut Universiti?
TADC says
tumpang beri pendapat ya…sekadar pendapat, kalau salah tolong tunjukkan ya ๐
pada aku, tak salah kita tambahkan lagi bilangan IPTA nih.. sebab semua orang berhak untuk dapatkan pendidikan.. ianya bukan soal keistimewaan IPTA itu akan semakin terhakis.. kerana pada aku keistimewaan IPTA itu tetap ada… malah2 setiap IPTA baru yang diwujudkan mempunyai skop atau tumpuan tertentu yang lebih khusus.. malah kursus2 yang ditawarkan kebanyakannya tidak ditawarkan di IPTA lain.. jadi di situ sebenarnya sudah nilai2 keistimewaan yang tersendiri.. ๐
bagaimanapun, aku bersetuju dengan pendapat yang dimaksudkan berkenaan penambahbaikan ke atas sistem pembelajaran dan pengajaran di IPTA.. terutama berkenaan silibus2 yang dah ketinggalan zaman dan perlukan pengubahsuaian.. ๐
CypherHackz says
Kalau diperhatikan betul2, cuba fikir, kenapa IPTA sedia ada tidak mahu menawarkan kursus2 yang sedemikian rupa? Ini disebabkan mereka tahu kursus2 seperti itu kurang mendapat sambutan daripada employer di luar sana.
Lagi pun, kebanyakkan universiti seperti ini kurang infrastruktur dan kelengkapan yang mencukupi dalam melaksanakan kursus yang ditawarkan. Ini mengakibatkan kualiti siswazah yang dilahirkan kurang memuaskan dan employer tidak dapat mengambil mereka bekerja di syarikat/kilang mereka.
Syam says
perkara ini ada pros & cons nya. tapi aku setuju pada point terlalu banyak lambakan mahasiswa di pasaran
dan aku setuju keperluan untuk tingkatkan kualiti pendidikan di universiti. sekarang terlalu banyak aku lihat graduan yg ‘kurang kualitinya’.
result haram gempak. first class lagi. tapi bila diinterview, aiyooo… macam pemikiran lepasan spm saja. sedih beb…
CypherHackz says
Hahaha… Memang betul… Graduate first class. Pointer tinggi2 menggunung. Bila time interview atau buat kerja, hancur… Tu yang kita taknak tu. Takut peluang yang sepatutnya yang diperoleh oleh orang lain, dipersia-siakan macam tu je.
zool says
IPT hanya satu tempat untuk mendapatkan segulung kertas bernama ‘sijil’,ijazah,diploma n etc..
yang penting adalah diri kita sendiri..
Camne nak majukan diri..
aman says
tak kisah bape banyak U kat luar tue, cuma student skrang terlalu fokus tuk dapat pointer tinggi, yakni fokus kat teori jer, tapi tang praktikal, kantoi. Ada member aku seorang tue, amik IT, kalo tang test ngan exam, memang bleh skor, tapi bila bagi komputer sebijik kat dia, mula ar terkial-kial. [-(
CypherHackz says
zool – Memang semuanya terpulang pada diri individu tersebut. Tetapi pihak universiti juga janganlah berikan soalan2 yang kurang mencabar sebab nak dapatkan bilangan first class yang ramai.
aman – Hu3. Yang tu biasa bro. Aku pun ada jugak jumpa member macam tu. Menghafal. Tetapi bila suruh buat yang praktikal punya, menggelabah.
ikoko says
Pada pendapat aku lah kan, adalah lebih baik jika di”polish” jatidiri student yang belajar di mana-mana universiti tu, daripada diperbanyakkan lagi universiti.
Mungkin boleh diperkecilkan kelas. Biarlah jika nak dikata macam kelas budak sekolah sekali pun, at least, jati diri seseorang student tu terbina. Bila pensyarahnya kenal seorang demi seorang pelajarnya, maka tambah akrablah hubungan pensyarah dan student. Dalam masa yang sama, dapat kuatkan ilmu pelajar itu sendiri, serta kembangkan ilmu pensyarah itu juga.
.. atau.. suatu hari nanti, universiti hanyalah satu institusi pelajaran, hanya tempat untuk menimba ilmu, tapi tak dapat kita amalkan di alam pekerjaan. Tak salah juga kalau penganggur-penganggur berbakti pada tanah. ๐
ikoko says
… dalam konteks universiti yang jaga perhubungan antara pensyarah dan pelajar, secara tak langsung, daripada tidak minat untuk belajar sesuatu subjek tu, bertukar kepada berminat untuk belajar.
hambekk~!! ayat skema. ahahah :))
ikoko says
jadi, takdelah balik-balik orang yang sama jumpa lecturer… haish.. fed-up.
ikoko says
eh.. bukan fed-up.. jelesz. uhuhu b-(
ye la.. ntah ar. tersirat sgt. terlampau complicated.
tak semua pelajar pandai jumpa lecturer selalu.
<:-p apa pun, balik pada tajuk asal... saya lebih suka di"kuatkan" jati diri pelajar, daripada diperbanyakkan universiti. tak salah juga sebenarnya untuk perbanyakkan universiti, sebab nanti boleh la bagi peluang pada semua orang untuk menimba ilmu walau tahap pencapaiannya berada di taham mana pun, cuma, takut nanti kualiti pelajarnya jadi bertambah kurang. apa pun, manusia kan berubah-ubah. ๐ tak mustahil pencapaian SPM atau STPM atau Matrikulasi atau Diploma nya teruk, di universiti atau pada tahap degree pencapaiannya turut teruk... Tak kisahlah berapa resultnya, asalkan ia lebih baik dari pencapaiannya yang dulu, itu cukup bersyukur.
CypherHackz says
Weh, weh, ni apahal ni komen berkomen2 ni? Ish3. :p
Sebut pasal lecturer, lecturer pun mainkan peranan penting jugak dalam membentuk pelajar menjadi seorang yang boleh dijual di alam pekerjaan nanti. Janganlah biarkan student terkapai2 untuk survive seorang diri.
ikoko says
huhuhuhu.. sorry sorry.. ๐
acai says
Slm kenalan,
Dulu2 orang kata graduan tu produk universiti. Contohnya org cakap pelajar(produk) UM lagi baik dari UPM dsb. Tapi sbnrnya produk universiti adalah ilmu. Kalau nak kompetitif pelajar tu sendiri kena bina kekuatan dan kemahiran dalam diri untuk bersaing kat luar. Berbekal ilmu yg mereka belajar disana. Jadi tidak adil kalau nak salahkan banyaknya Universiti kalau tak dapat kerja ๐
Populasi malaysia makin meningkat setiap tahun, maka secara relatifnya tak hairanlah tempat kat Universiti semakin kurang. Lagipun masuk universiti sekarang bukan lagi jadi kayu ukuran mendapat kerja yang baik kelak. Tapi sebenarnya ia membantu sesebuah negara memiliki rakyat yang berpengetahuan yang secara langsung membantu tingkatkan lagi produktiviti negara dgn wujudnya ramai tenaga mahir, rakyat yang celik ilmu dan sebagainya..:)
Jadi kalau kita halang kewujudan maupun penambahan institusi ilmu hanya disebabkan terlalu ramai graduan tak dapat cari kerja, ia tindakan yang mundur dan tak adil..sebab byk lagi faktor lain yg menyumbang spt kejatuhan ekonomi, kestabilan politik dsb yang jadi punca perkara tersebut berlaku..:)
hahaha, gila ah aku tulis panjang kat entry orang..
CypherHackz says
Standard la tu bro… Bila sampai blog orang, mesti bagi komen kaw2 punya… ๐ Mungkin betul apa yang kau cakapkan tu tetapi apa yang penting adalah bagaimana sesebuah universiti itu membentuk dan mendidik pelajar2 ni.
khairul says
cara yang terbaik.
blajar sungguh2..
x kisah la kat mane pun korang, kalu dah dpt 4 flat, sure rmai yang akan cari
TADC says
jangan menafikan hak semua orang dalam mendapatkan ilmu pengetahuan hanya kerana nila yang setitik cuma.. ๐
tuntutlah ilmu walau sampai ke liang lahad.. macam mana nak menuntut ilmu kalau ruang dan peluang tak diberikan.. ๐
tentang pendapat ada segelintir yang hanya tahu score saja.. result gempak2.. tapi bila bab praktikal hampes.. itu lumrah.. itu yang akan jadikan hidup ini ada imbangannya.. dan di situ nanti ada persaingannya.. dan di situ kelak ada penilaian kendiri tentang keperluan memantapkan jati diri ke arah melahirkan insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang ๐
kita juga kena sedar, ada sesetengah syarikat yang tidak melihat betapa kita berjaya dalam bidang akademik semata2.. ada juga sesetengah syarikat yang melihat kejayaan dalam bidang akademik semata2.. dan ada juga yang lebih menekankan kemahiran dan pengalaman.. ianya sesuatu yang subjektif untuk dibincangkan, kerana setiap syarikat ada polisi dan kaedah mereka sendiri ๐
kita kena bersangka baik dan berfikiran positif jika ingin melahirkan modal insan yang terbilang ๐ kita kena saling lengkap dan melengkapi jika mahu menjadikan keberadaan IPTA ini sesuatu yang memberi makna ke dalam kehidupan ๐
ejon says
dulu time kecik2 dulu, bila anak jiran dikatakan masuk universiti, semua bangga, sehinggakan bila kakak aku lak yg masuk, siap buat rombongan hantar dia lagi.
Tapi kini, kemunculan IPTS melambak2. sesetengah ipts hanya mementingkan duit, tetapi kualiti hancur sehingga nak takleh nak transfer credit bila nak sambung degree.
Ada IPTS lak yg mencari sales dgn mencari student, seolah2 student ni mcm guni duit yg dtg ke ipts tersebut.
Kini berada di universiti ibarat berada disekolah menengah dimana semua org boleh masuk belajar disitu sehinggakan bila dah grad, keje pon tatau nak wat.
Tapi kompeni2 skang pon dah pandai, dia takkan terima graduate student camtu je, kini ia lihat porfolio terlebih dahulu (spt contoh multimedia course) dan mengadakan ujian ketika interview sehingga mereka tidak memperdulikan dari universiti mana ada belajar, yg penting boleh buat kerja
CypherHackz says
khairul – Tak semestinya bro. Ada jugak yang 4 flat tapi sampai sekarang tak kerja2. Sebab ape? Sebab takde skill2 lain yang company tu nak. Even kalau kita pandai pun, tapi soft skills kita takde, tak ke mana jugak.
TADC – Itu juga mainkan peranan. Aku tak tahu la macam mana yang dipraktikkan di IPTS di luar sana. Adakah dorang ada terapkan soft skills kepada pelajar2 ni. Ada sesetengah IPTS yang distributed. Jadi, pelajarnya duduk bersepah2. So tak pasti sama ada diwujudkan ke tidak persatuan ataupun badan kebajikan kolej/universiti.
ejon – Aku pernah alaminya dulu. IPTS sibuk mencari2 student untuk masuk IPTS dorang. Aku pun tak tahu samada mereka itu telah dapat akreditasi daripada badan2 yang berkaitan ke tidak. Takut seperti apa yang kau cakapkan tu berlaku pada student2 ni. Belajar penat2 tapi bila masa nak transfer kredit, tak lepas. Rugi masa, dan rugi duit.
TADC says
hehe.. aku suka melihat sesuatu perkara itu dari konteks yang berbeza.. dan lebih2 lagi dari sudut yang positif.. sebab di situ aku akan dapat lihat keperluan2 sesuatu perkara itu berlaku sedemikian rupa :d
sebagai contoh, ramai di kalangan kita yang bersetuju ada kurangnya atau tidak ada keistimewaan ‘U’.. tapi kesilapan kita menilai sesuatu perkara ialah kita melihat dari satu sudut sahaja.. tanpa mengambil kira beberapa perkara lain sebagai asas pertimbangan dalam membuat sesuatu pendapat atau keputusan.. dan itulah kelemahan kebanyakan daripada kita, termasuk aku sendiri ๐
CypherHackz says
Itulah yang aku cuba sampaikan dalam entri kali ini. Selain berkongsikan pendapat, nak juga tahu pandangan dari orang lain. Lain orang, lain cara pemikirannya.
MR LED says
o.O bagos nya U pada pndangan org luar
bla masok jek U,mcm2 komplen kuar dr mulut student sndiri
mslah lecturer la,mslah kolej la,mslah fakulti la,tandas la,mslah sistem U la,undang2 yg ngarut2 la..mcm2 da
hakikat nya pihak pngurusan tu sengal2 sket
keja bkn buat sbb kerja
tp sbb duit
dh la sbb duit,keja wt tah pape.men lps tangan
bla org atsan dtg,mcm2 hal buruk dorg cover
abes tu cam na student x corrupt? [-(
izzat says
dari career fair yang diadakan di u ak bulan lepas..satu input yang berguna telah diberikan oleh salah satu kompeni..
fresh graduate ramai yang x adapt dengan technical knowledge..
maksudnya mereka sekadar hebat dari segi teori semata-mata tanpa tahu macam mana nak aplikasikan semua tu…
ak kadang2 macam jeles pun ada bila tgk ada stud2 ni skor tinggi2.. dari foundation dapat dean list non-stop, tapi bab2 teknikal kantoi gak..tp bab teori mmg terbaek..
tp kalo teori je buat ape kalo x tahu camne nak gunakan teori tu..so pandangan ak, xyah la rasa diri tu teruk sangat bla pointer rendah. mungkin anda ada kelebihan anda sendiri..hoho..=| Yang paling penting enjoy your study..walaupun kekadang rasa jugak tekanannya…huhu, tapi keraskan hati, insyaallah berjaya nye..
nak cakap pasal banyak atau sikit universiti tu x jadi masalah, bla banyak lagi banyak persaingan yang ada. yang paling penting, pelajar tahu apa yang mereka inginkan dan bukan ikut orang..
CypherHackz says
MR LED – Jadi adakah kita perlu lebih pemantauan pada pekerja2 di universiti? Siapakah yang perlu pantau? Adakah dekan fakulti, atau timbalan naib canselor?
izzat – Memang ada universiti yang buat aktiviti seperti Career Fair tu. Tetapi berapa banyak pelajar yang mengikutinya? Semasa ceramah atau pun talk yang dikendalikan oleh syarikat luar, siapa je yang turut serta? Kadang2 mereka ni tahu yang mereka lemah dari segi teknikal, tetapi tidak mahu cari jalan penyelesaian.
adi says
menarik jgk topik ni..
bleh xtidur mlm kalo bincg pasal ni..
hahaha last2 x tau nk komen ape dah..
ramjang says
berapa banyak korang dah abih utk masuk u ni..?duit ini korang punya ke?korang rasa berbaloi tak ?ada Jaminan tak utk masa depan korang ?korang rasa rasa korang dah tinggi ke ilmu korang ni..?percaya tak kebanyakan orang2 yg berjaya bukan semuanya dr universiti..dan tak semua yg berjaya kt universiti itu dah berjaya dalam hidup..?so fikir-fikirkanlah( tak guna ijazah menggunung jika tak ada nilai, nilai bukan pada ijazah tetapi pada………kalu tak tahu tk guna masuk u )