Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Adibah Noor – Hujan (Mukhsin OST)

20.03.2007 // 13 Comments

[audio:http://www.bloganything.net/wp-content/uploads/2007/03/mukhsin.mp3]
Adibah Noor – Hujan (Mukhsin OST) | Download [via Manchur]

myNote: Disebabkan aku tak mereview cerita Mukhsin, so aku gantikan dengan lagu soundtrack die, lagu Hujan nyanyian Adibah Noor.

Mega mendung di angkasa
Hembusan bayu dingin terasa
gerimis berderai di merata
bagai mutiara

Rahmat dibawa bersama
Limpahannya meresap dijiwa
adakala bahgia terasa
meskipun duka nestapa

Tika hujan turun
sayup mendayu lagu keroncong
merdu irama dialun
bersenandung

Hujan membasahi bumi
melahirkan keluhuran budi
mengeratkan perpaduan suci
kasih sayang abadi

myNote: Lagu itu distream dari website aad_lfcfn.

Janganlah diabaikan website mu itu…

11.03.2007 // 7 Comments

Entri kali ini berkisah pasal website anda. Ya… Website anda. Website kamu la.

Ke”chipsmore”an internet kat blok aku ni menyebabkan aku malas nak update. Sekejap dapat surf, sekejap tak dapat surf. Last2 aku duduk termenung and buat something untuk berikan sesuatu yang baru kepada website ni. Kirenye sebagai hadiah la sebab tak dapat update.

Kesian aku pada website ni menyebabkan aku ingin memberikan sesuatu yang dapat menyegarkan dan menggembirakan semula hatinya. Website kite sememangnye bukan suatu bende yang hidup. Tetapi kite haruslah menjaga nye kerana kita yang membina dan membentuknya. Janganglah korang mengabaikan ia sebegitu sahaja kerana bende bukan hidup juga mempunyai perasaan.

Tidakkah korang ingat betapa gembiranya korang bile dapat membangunkan website korang itu? Tapi sekarang, kenapa perasaan itu dah tiada? Sebut pasal perasaan bagi bende yang bukan hidup ini, aku ingin memberikan dua situasi. Pernah tak korang dengar atau mengalami situasi sebegini?
Baca selanjutnya…

JDrama: My Boss My Hero

02.02.2007 // 7 Comments

Aku baru je habis tengok cite Jepun nih. Tajuk die, My Boss My Hero. Best giler cite nih. Hu3. Meh sini aku nak review sikit cite nih.


Soundtrack My Boss My Hero

Cite ni berkisarkan pasal sorang wakagashira (tuan muda) yang bernama Sakaki Makio (Nagase Tomoya) yang berumur 27 tahun. Die merupakan anak kepada ketua kumpulan Kantou Sharp Fang, sebuah kumpulan Yakuza. Makio atau dikenali sebagai Makky merupakan seorang yang bodoh. Die tidak boleh berfikir lebih dari 90 saat. Tapi die ni kuat. Die merupakan ahli yang terkuat dalam kumpulan die tu.

Baca selanjutnya…

Mari2 Layan Kamen Rider Kabuto

05.12.2006 // 19 Comments

Hemoh3. Aritu aku melayan cerita Kurosagi. Selepas habis Kurosagi, aku melayan pulak 26 episod School Rumble Season 2. Dah habis School Rumble, aku melayan pulak cerita Masked Rider Kabuto. HENSHIN!!!

kabuto

Walawei… Besh gile cite nih. Memang tak sia2 aku copy dari member2 aku semua tu. Hu3. Btw aku lum habis tengok lagi tau cerita ni. Aku just bagitahu apa yang aku tau je tau. Sebab kalau aku cerita yang aku tak tau, aku pun tak tau macam mana nak cerita pulak tau. Hak3.

Cerita Kabuto ni mengisahkan Tendou, seorang yang kuat, ego dan pandai masak (pandai masak? ye memang die pandai masak) telah mempunyai Kabuto belt sekian lama. Tapi entah nape tibe2 pada suatu hari, belt tu memberikan suatu reaksi apabila wujud nyer Worm (raksasa jahat la). Then start dari situ bermula la adegan Henshin! Change Bettle! Clock Off! Rider Kick! semua2 tu.

kabuto kabuto

Sampai la episod yang aku tengah tengok ni, dah 3 jenis Masked Rider yang kuar. Tapi mengikut dari Wiki, ada 8 jenis Masked Rider dalam tu. Menarik… Menarik… Tak sabar nak tengok ape bentuk rupe Masked Rider neh. Tapi yang tak best nyer, part lawan die sekejap je. Pung pang pung pang pung pang, Rider Kick! Terus mati Worm tu. Nape la die tak awal2 lagi bagi kick je Worm tu. Kan senang. Kui3.

Btw yang best nyer, adik si Tendou ni comel. He3. Ni gambar adik die.

01

Tapi comel lagi si dia. 😡

Sedih? Break? Kenapa?

29.11.2006 // 25 Comments

Sejak akhir2 ni aku lihat ramai yang berasa sedih. Kebanyakan yang sedih tu adalah kerana break ataupun masalah peribadi.

Aku faham perasaan korang yang mana tengah bersedih tu. Walaupun aku tak pernah la break and kalau boleh memang tak nak pun, tapi sedikit sebanyak aku memahami. Apa-apa pun korang mesti la teruskan life korang. Tak semestinye apa yang kite nak tu mesti kite dapat. Ada macam-macam ujian yang diberikan-Nya untuk menduga sejauh mana tahap kite.

Walaupun aku dulu pernah ditinggalkan (bukan kene tinggal terus ye), tapi ianya sekejap je sebab ia akan pulih dengan masa. Ini bermaksud, kita sedih hanya sementara kerana hidup kita masih perlu diteruskan.

Kepada kengkawan yang sedang bersedih tu, lupekan la segala apa yang berlaku. Hidup kita bukan untuk bersedih sahaja. Kita sendiri yang perlu mencorak kehidupan kita. Semuanye bergantung kepada diri kita sendiri sama ada mahu menerimanya ataupun tidak.

myNote: Aku tidak tujukan kepada sesapa tau. Aku just cakap je. Walauapa2pun gomene’. 🙂

« Previous Page
Next Page »

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2026 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in