Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Contact

Janganlah diabaikan website mu itu…

11.03.2007 // 7 Comments

Entri kali ini berkisah pasal website anda. Ya… Website anda. Website kamu la.

Ke”chipsmore”an internet kat blok aku ni menyebabkan aku malas nak update. Sekejap dapat surf, sekejap tak dapat surf. Last2 aku duduk termenung and buat something untuk berikan sesuatu yang baru kepada website ni. Kirenye sebagai hadiah la sebab tak dapat update.

Kesian aku pada website ni menyebabkan aku ingin memberikan sesuatu yang dapat menyegarkan dan menggembirakan semula hatinya. Website kite sememangnye bukan suatu bende yang hidup. Tetapi kite haruslah menjaga nye kerana kita yang membina dan membentuknya. Janganglah korang mengabaikan ia sebegitu sahaja kerana bende bukan hidup juga mempunyai perasaan.

Tidakkah korang ingat betapa gembiranya korang bile dapat membangunkan website korang itu? Tapi sekarang, kenapa perasaan itu dah tiada? Sebut pasal perasaan bagi bende yang bukan hidup ini, aku ingin memberikan dua situasi. Pernah tak korang dengar atau mengalami situasi sebegini?

Situasi 1 – Jam tangan

Jam yang korang tengah pakai ok je, tapi bile korang cakap nak beli jam baru, terus jam korang tu buat hal. Adakah jam itu merajuk atau memang secara kebetulan?

Situasi 2 – Jam dinding

Jam dinding tu memang dah lama korang letak kat situ. Tibe2 korang gatal tangan korang alihkan die letak kat tempat lain. Jam tu pun terus mati. Tukar bateri baru pun sama jugak, taknak hidup. Last2 korang letak balik kat tempat asal die, die terus hidup. Adakah jam tu tak suke pindah atau memang secara kebetulan?

Situasi yang aku bawak ni memang berkisah pasal jam, takde kaitan pun pasal website tapi apa yang aku nak bagitau, website kite pun benda yang bukan hidup. Sama la juga seperti jam2 itu tadi, bende yang tak bernyawa dan tidak boleh berkata2. Oleh itu, kite juga kene lah jaga website kite. Sentiasa update, lawakan die, make-up2 sikit bagi die happy. Barulah korang akan terasa feel masa nak update tu coz website korang dah serasi dengan korang.

myNote: Segala situasi di atas aku dengar dari mulut tuan punya sendiri. Tapi ianya bukan hanya berlaku pada jam. Kawan aku ada juga yang monitor die tu merajuk sebab die nak beli monitor baru. Atau ianya hanya berlaku kalau kite nak beli baru? Hurmmm…

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Buka… Masuk… Darah… Sakit…
Mukhsin, aku kering… »

Comments

  1. abah says

    11.03.2007 at 10:56 am

    Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa urban legend melayu dooooo…btol2!!!! JANGAN cakap nak beli benda baru kalau benda lama still elok…sebab..dari elok2…terus cam merajuk lantas rosak!!!!

    P/s: berpengalaman dengan kereta.. :-s. Ni orang tua-tua pun ada cakap… ๐Ÿ™‚

    Reply
  2. Azhar Ahmad says

    12.03.2007 at 11:39 am

    Hahahhahaha, apapun, berbanggalah dengan laman web anda sendirik

    Reply
  3. gerg says

    12.03.2007 at 4:48 pm

    ehhehe nasib badan ๐Ÿ˜€ .. benda nih kebetulan ke apa eh? .. yg pasti selalu terjadi kat aku .. redha aje laa nampak .. atau pon kita bernasib baik? sebelum rosak dah ada pengganti? ๐Ÿ˜€

    Reply
  4. Fahmishah says

    18.03.2007 at 11:26 pm

    Situasi 3 – Pakaian.

    tgh godek2 pakaian dan terasa nak beli baru.tiba2 pakaian yg korang pakai terkoyak dengan sendiri..

    bahaya wei…hihi

    Reply
  5. CypherHackz says

    20.03.2007 at 1:29 am

    kalau pakaian pun leh terkoyak, aku tak tahu ape nak cakap. bahaya tu…

    Reply
  6. madnilk says

    21.03.2007 at 10:10 pm

    setakat nih sy tak pernah alami lagi keadaan nih,really!! tak tahu ler kalau orang lain macam mana yerk…

    bagi saya petua2 nih semua datang dari orang2 lama… ada bleh dengar dan amal.. ada bleh dengar dan igt.. ada yang dengar dan abaikan…

    anyway, good topic, setuju sebab kita kena igt balik semua usaha penat jerih masa mula2 nak bersekang mata untuk naikkan blog sendiri!!

    Reply
  7. CypherHackz says

    21.03.2007 at 10:47 pm

    yup. memang ada kata2 orang tua2 yang kite leh ikut dan ada yang tidak. semakin tinggi usia kite, semakin banyak perkara yang kite tahu dan semakin banyak perkara yang kite akan pertikaikan.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6รท2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2019 ยท Blog Aku ยท Hosted by Elfbytes Web Hosting ยท Log in