Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Cerpen: Dia

28.11.2006 // Leave a Comment

Hua3. Kali ni aku nak berkongsi ngan korang sebuah cerpen yang dikarang oleh seorang sahabat aku. Saper? Tak leh dibagitahu. Sebab dia tak bagi aku bagi tahu korang saper die. Macam pelik je ayat aku tu? Hu3.

Pepehal tajuk cerpen ini adalah “Dia”. Ye, dia. Tapi bukan dia yang selalu aku sebut tu. Ni tajuk cerpen dia yang “Dia”. Paham? Hak3.

Ni sedikit sedutan dari cerpen tersebut,

Lamunanku jauh melayang. Ingatanku masih segar pada kisah semasa form 2. Begitulah kemesraan aku dan ‘dia’. Sudah 6 bulan aku mengharungi hidup sebagai pelajar form 3. Tapi aku juga tak pernah lupa apa yang menyebabkan kami menjadi dingin sekarang.

So, sekiranya anda berminat untuk mengetahui kesudahan cerita ini, sudi2lah mendownloadnye secara percuma di bawah.

Download: Dia.doc

Di antara cerpen yang dikarang oleh beliau yang boleh korang download adalah:

  • invisible_l0ve.doc
  • kAu_tAk_pErNAh_jAuH.doc

9 Sifat Perempuan Yang Menjadi Perhatian Lelaki

20.11.2006 // 28 Comments

1 . SIKAP KEIBUAN
Banyak lelaki yg terpikat pd wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas, gelisah dan senang.

2 . KEANAK-ANAKKAN
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakkan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka terasa terhibur dengan telatah anda, tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati. Tetapi sikap keanakan yang menyenangkan. Misalnya kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki, wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.

3 . PENUH PENGERTIAN
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya.

Baca selanjutnya…

Need For Speed Carbon

16.11.2006 // 24 Comments

Firstly sorry coz tak dapat nak update site ni setelah sekian lama. Hu3. Bukannye ape. Cume server down jek. ๐Ÿ™

nfs carbonSo sepanjang ketiadaan internet ni, macam-macam yang aku lakukan. Dan yang terbaru ni adalah aku main game Need For Speed Carbon (wikipedia). Ho3. Ada sesape yang dah main game nih? ๐Ÿ˜•

Aku baru je install game ni malam semalam. Tapi dah banyak tempat yang aku dah conquer. He3. :)) Overall bagi aku game ni besh gak la. Cume yang tak besh nyer dari segi grafik die. ๐Ÿ™ Kete dalam tu rupe die kartun sangat. Tak nampak real. Kalau dalam Need For Speed Underground 2 ngan Need For Speed Most Wanted nyer grafik lagi besh. Nampak real gitu.

Pepehal pun game ni ok la bagi aku. Leh la aku nak layan mase cuti sebulan nanti. He3. Entah2 sebelum cuti aku dah habis main dah. Ho3.

Note: Kepada Novatech ngan Azhar Ahmad, aku dah buang dah Bad Behavior dari main site aku. So aku harap korang takde pe2 masalah tuk visit site aku tu. He3. Macih… :d

Lagu Samsons – Kenangan Terindah Berhantu? Betul ke?

02.11.2006 // 51 Comments

Note: Aku tidak bertanggungjawab atas segala apa yang berlaku sekiranya anda meneruskan niat anda untuk mendengar lagu Kenangan Terindah ini.

Thanks tu Jebat coz bagi info pasal bende ni. Aku sendiri pun tak percaya. Tapi inilah yang betul2 yang berlaku. Firstly memang aku taknak caya la. Mana penah pulak orang Indodesia nak buat bende pelik2 sangat dalam lagu. Sebab aku dengar ok jek lagu tu sebelum ni. Tapi bile dengar secara terbalik. Memang sah! Mengerikan dan menakutkan. Bagi mereka yang lemah semangat, janganlah pandai2 dengar lagu tu secara terbalik. Padah korang nanti. Aku pun tak sanggup nak menanggungnye.

Tapi bagi mereka yang berani, bagi mereka yang rasa dah cukup hebat. Korang dengarlah petikan lagu Samson – Kenangan Terindah ni. Mula2 korang akan dengar lagu tu seperti biasa, then ianya akan di-play secara terbalik pula. Dan anda nantikan bile sampai kat chorus lagu tu. Anda akan dapat dengar something yang memang memeranjatkan. Aku cadangkan korang bukak speaker kuat2 sebab lagu ni dipasang secara slow. Aku sendiri pun tak tahu kenapa. Memang kalau nak dengar lagu secara terbalik, memang macam ni kot. Kalau korang dah bersedia tuk dengar lagu ni sila klik di bawah.

NOTE!!! Sebelum korang pergi ke website itu, aku nak ingatkan korang lagi sekali. Kalau korang tak sanggup nak dengar atau takut akan berlaku sesuatu pada korang, baik korang jangan dengar. AKU TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB atas segala apa yang berlaku. Semuanya korang sendiri yang degil. Misteri Di Sebalik Lagu Samsons

Puasa Day 27 – Day 30 – Selamat Hari Raya Aidilfitri

20.10.2006 // 17 Comments

Huk3. Aku baru je balik dari Sri Putri. Aku gi teman die kat Sri Putri sementara tunggu bas die sampai. Die balik Ipoh and bas die sampai kul 10 lebih tadi. Hurm…sedey r. Pasni seminggu tak berjumpe dengan die. Tapi…tadi sebelum die naik bas, aku sempat bagi chocolate ngan sepucuk surat yang aku karang pas aku berbuka puasa tadi. Ada la kata2 dan pesanan dari aku untuk die. Seingat aku, ni la kali pertama aku tulis surat kepada seorang gadis tau. Walau apepun, kitorang akan berjumpe kembali pas cuti raya ni. Tak sabarnye… He3.

Picture13
Chocolate yang aku belikan untuk die. Dan untuk aku pun ada juge. He3.

Ok. Ni merupakan entry yang terakhir untuk Series Post aku untuk tahun ini. Pasni aku tak tahu pulak bile plak aku akan buat post bersiri vamnih. And nak bagitahu jugak yang entry ni terpaksa aku sekalikan dengan hari Puasa ke-27 hinggalah yang ke-30. Ni kerana esok aku akan balik ke KL and hari Ahad nye pula aku akan bertolak ke Penang bersama2 ngan family aku. Habis penat la aku nanti. Esok aku akan bertolak dari Sri Putri kul 4.00 petang. Harap2 bas sampai on time. Tapi yang pasti, esok aku terpaksa berbuka dalam bas. Urgh….

Sebelum aku mengakhiri kata2 aku dalam post ini, aku nak bagitahu yang aku tak dapat nak update website selama seminggu sebab aku akan balik kampung dan stay kat sana sampai la hari Sabtu minggu depan. Dan hari Ahad baru la aku balik UTM balik. Ini bermaksud yang aku akan kembali aktif online bermula 29hb Oktober 2006.

Dan di sini juga aku ingin mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf kepada chot, nashrex, abah, aisyah, aman, arifsanchez, azhar, azmie, fahmi, gie, ikoko, ikram, lisa, mail, mystic, neezmo, rasso, shadowx, epan, yati, spiral, adib, ashruff, castello, darkz, ejon, arif, faith, gerg, mr eims, novatech, paskal, sham and kepada semua yang melawati website aku nih. Tanpa sokongan dari korang sudah mestinye website ni sunyi sepi tanpa pengunjung.

Dan ini kad raya khas untuk korang semua. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin… ๐Ÿ™‚

– End –

« Previous Page
Next Page »

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6รท2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2026 ยท Blog Aku ยท Hosted by Elfbytes Web Hosting ยท Log in