Saya sedang mengusahakan satu projek yang bagi saya memang bernilai untuk semua. Projek ini dinamakan sebagai WordPress Tips & Tricks Collection.
Mungkin ada dikalangan anda yang sudah tahu mengenai ini kerana saya sudah mengumumkannya di website utama saya. Tujuan saya membuat projek ini adalah, saya ingin menggabungkan semua tips-tips yang ada yang berkaitan dengan Wordress di dalam satu koleksi yang besar. Koleksi ini akan mempunyai link-link ke tips-tips WordPress yang terdapat di blog/website.
Tetapi, saya ingin meminta jasa baik anda, sekiranya anda ada membuat tips atau tricks mengenai WordPress, anda bolehlah menghantarkannya dengan men-trackback entri anda itu pada entri saya ini. Dengan itu, ianya dapat menjimatkan masa saya dalam mencari tips-tips yang ada.
Apa kelebihan yang anda akan peroleh dari ini adalah, sebagai pengguna WordPress yang baru, anda dapat belajar teknik-teknik dan tips untuk mengoptimumkan penggunaan WordPress anda itu. Dan bagi kepada mereka yang membuat tips, anda akan mendapat trafik dan pengunjung dari koleksi yang dibuat.
Dan untuk pengetahuan, projek ini mempunyai 3 fasa. Fasa yang pertama telah bermula pada hari Selasa yang lepas dan akan berakhir pada Selasa minggu hadapan iaitu pada 3 April 2007. Fasa kedua dan ketiga akan menyusul kemudian.
Apa lagi yang anda perlu tunggu? Mulakan trackback anda dan beritahu pada rakan-rakan anda yang lain. Terima kasih…

