Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Mejaku, Tempatku Busy

28.03.2007 // 21 Comments

Saya telah ditag oleh saudara Azhar Ahmad yang merupakan blogger seuniversiti dan sekolej dengan saya, di UTM ini. Dan berikut merupkan undang-undang untuk tag ini.

Undang-undang: Letakkan gambar stesen kerja anda, bahagian yang paling digemari dalam blog, dan ceritakan serba sedikit hiasan dan apa ertinya susunan/hiasan tersebut kepada anda.. ๐Ÿ™‚

100_5803.jpg

Gambar di atas merupakan gambar meja komputer saya. Boleh dikatakan sebanyak 50% masa saya di habiskan di situ ketika saya di bilik. Tidaklah sekemas mana. Sekadar untuk melrakkan sebuah monitor, dua buah speaker, keyboard dan di bawahnya adalah CPU i-Cute berkelajuan Intel 3.2Ghz dengan memory 512Mb.

Bahagian yang paling digemari adalah di sebelah meja itu sebenarnya. Anda nampak tak, ada katil di sebelah itu? Ya…itu merupakan tempat untuk saya ditiduri menidurkan diri. Pada waktu malam, di situ la saya merehatkan diri. Memang best tempat itu. Hu3. Sekiranya saya penat atau kebuntuan idea, boleh saya terus terjun 360 darjah ke atas katil itu. Tak perlu saya susah-susah melangkah untuk ke katil. :d


Undang-undang tag ini ada menyuruh untuk saya beritahu erti susunan pada meja saya ini. Hurm…tiada maksud yang istimewa. Tiada gambar awek di atas meja (di dekstop komputer ada la… ;)) ). Cuma segala susun aturnya adalah bagi memudahkan saya untuk mengambil dan memulangkan semula barang di tempatnya. Sebagai contoh, adalah printer itu. Bukankah ianya mudah sekiranya ia diletak bersebelahan meja komputer itu? Hu3.

Dan dibawah printer itu merupakan rak makanan. Namanya sahaja rak makanan tapi jarang sungguh saya meletakkan stok-stok makanan saya di situ kerana, tidak sampai 2 hari, sudah habis stok makanan yang dibeli. Ish3.

Di soft-board itu pula merupakan tempat untuk saya meletakkan tag-tag nama program yang pernah saya ikuti. Disamping itu, saya turut menghias dengan tiket-tiket wayang yang pernah saya tonton. Ada banyak juga sehingga saya kehabisan tempat untuk menambah koleksi tiket-tiket itu.

Sekadar itu sahaja yang dapat saya bagitahu. Dan bagi meneruskan kerja-kerja penambahan ini, saya telah mencari 5 mangsa untuk ditag. Mereka yang bertuah adalah,

  1. Amanz
  2. Azurt
  3. Neutronics
  4. Ramzwatcher
  5. Madnilk

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Komen dan Avatar anda
Mari join buat projek »

Comments

  1. Azhar Ahmad says

    28.03.2007 at 10:21 am

    Huhuhuhu, telahanku salah… Nguahahha… Tapikan…. Saya satkdela rak makanan, pasal makan merata-rata tempat di bilik saya…. Hahhahahah

    Reply
  2. neutronics says

    28.03.2007 at 12:24 pm

    uhuhu.. alamak kena lagi.. hehe

    Reply
  3. madnilk says

    28.03.2007 at 1:47 pm

    huish, wahsei…… dah kena plak nampaknya!!

    nanti yerk sy buat , tapi kan….. bilik sana macam tak besar jerk

    Reply
  4. CypherHackz says

    28.03.2007 at 2:23 pm

    [Comment ID #3413 Will Be Quoted Here]

    owh… kalau macam tu, leh la aku gi bilik kau rembat makanan2 itu. nguahahaha… :))

    [Comment ID #3417 Will Be Quoted Here]

    erks! dah pernah kene ke?

    [Comment ID #3418 Will Be Quoted Here]

    sebelah printer tu sebenarnye ada lagi meja. meja untuk aku study. tak la besar mana bilik tu, tapi ok la. :d

    Reply
  5. aman says

    28.03.2007 at 3:15 pm

    aku takde kamera digital ar nak tangkap gambar komputer aku nie.. ๐Ÿ™

    Reply
  6. cikgu azleen says

    28.03.2007 at 3:25 pm

    Apa kabar junior2 sekalian? Oh, saya pun dari UTM jugak.. tapi dah grad dah..

    Komputer sebelah katil? biasalah tuh masa belajar kan.. tapi saya ada baca satu artikel dulu mengatakan yang tak elok dalam bilik tidur kita ada peralatan elektronik.. sebabnya peralatan elektronik ni mengeluarkan gelombang tertentu walaupun waktu ianya di offkan.. bila kita tidur, minda kita berada dalam keadaan separa sedar dan boleh terpengaruh dengan gelombang tersebut..

    Kesannya? Saya tak ingatlah.. lain kali ye cerita..

    Reply
  7. azurt says

    28.03.2007 at 6:45 pm

    kena tag ke? dah amek gambar, tapi tak ley transfer laks… nnt ek

    Reply
  8. CypherHackz says

    28.03.2007 at 7:30 pm

    [Comment ID #3423 Will Be Quoted Here]

    apa lagi? gune la anset mu yang power itu. hu3.

    [Comment ID #3425 Will Be Quoted Here]

    owh… tapi bagaimana pula sekiranya kami memang perlukan komputer dan barang2 elektronik?

    [Comment ID #3432 Will Be Quoted Here]

    okies… hu3.

    Reply
  9. pluginbaby says

    29.03.2007 at 8:03 am

    owh… ni la manusia yg mule tag org nie.. wakaka :d

    Reply
  10. xeroxaven says

    29.03.2007 at 10:26 am

    komputer kat situ..pastu tido bantal kat sebelah..memalam komputer tuh sedut minda ko..wehehe..

    bese la student bilik centu ye tak..ahakz..

    Reply
  11. CypherHackz says

    29.03.2007 at 11:17 am

    [Comment ID #3439 Will Be Quoted Here]

    chop! bukan aku eh… orang lain.. :p

    [Comment ID #3442 Will Be Quoted Here]

    aku rasa, aku yang sedut minda komputer tu. hu3.

    Reply
  12. mohdismail says

    29.03.2007 at 1:39 pm

    atas monitor ko tu…
    wireless ke?:d

    Reply
  13. CypherHackz says

    29.03.2007 at 1:52 pm

    aah. wireless device member aku. yang aku punya, d-link aku tak tahu nape die takleh nak connect kat access point kolej aku.

    Reply
  14. novatech says

    29.03.2007 at 3:57 pm

    sempit giler bilik kat blok ko. seb baik bilik aku luas.
    cikguazleen : alat elektronik tu mmg bahaya ke? atau gurau gurau punya bahaya? henset letak bawah bantal sbgai alarm apa macam? ada bahaya ka?
    aku rela dapat bahaya gelombang daripada bahaya tak bangun2 utk gi kelas.
    haha!!

    Reply
  15. CypherHackz says

    29.03.2007 at 4:06 pm

    tak sempit lewr… besar gak dowh. tapi tak la besar macam dekat S42 tu. hu3. macam yang aku cakap dekat komen yang sebelum ni, sebelah printer tu ada lagi meja. meja untuk aku study. tapi tak la study sangat. hu3.

    Reply
  16. manchurr says

    03.04.2007 at 10:36 pm

    huhu teringat aku masa blajaq dulu.. bilik kolej! hehe

    Reply
  17. CypherHackz says

    11.04.2007 at 1:04 pm

    hu3. hang nak sambung blajaq balik ka? :-\”

    Reply
  18. sim you jin says

    26.08.2007 at 9:10 am

    Reply

Trackbacks

  1. neutronics — Tagged: Workspace says:
    29.03.2007 at 12:45 am

    […] aku telah di tag dr sumber di sini . Ini adelah workspace aku.. dulu tempat pc, skang ni lappy plak dok situ.. so byk ruang kosong.. […]

    Reply
  2. My Blogging Workplace :) says:
    21.04.2007 at 11:55 pm

    […] 2 minggu yang lepas saya telah ditag oleh cyperhackz Maka Post kali ni mengenai tempat saya melakukan blogging, dan pelbagai kerja lain (tgk […]

    Reply
  3. LadyAzurt.com - Azurt’s Personal Cyberspace » Blog Archive » Tag: Mejaku says:
    24.04.2007 at 9:44 am

    […] dah nak dekat sebulan aku utang dgn cypherhack pasal tag ni. Sebabnya, tak modify lagi bilik.. baru pindah kan.. u […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6รท2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2023 ยท Blog Aku ยท Hosted by Elfbytes Web Hosting ยท Log in