Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Majlis Perkahwinan – Farhan & Hazwani

16.12.2009 // 6 Comments

Berbekalkan dengan Nikon D90 dan speedlight terpacak tegak di atas badan kamera, buat pertama kalinya aku mengikut saudara Faizeezal Effendi Zainal Azian atau lebih manja dikenali sebagai Glizzy mengambil gambar majlis perkahwinan Farhan dan juga Hazwani. Bagi aku, majlis yang berlangsung pada 6 Disember 2009 yang lalu itu begitu lain dari yang lain kerana ianya diserikan dengan tarian daripada gadis-gadis kecil molek yang lemah lembut dan comel belaka.

Baca selanjutnya…

Wajib Tonton – Senario The Movie 2 (Beach Boys)

21.11.2009 // 19 Comments

Aku baru sahaja pulang dari menonton filem Senario The Movie 2 – Beach Boys bersama-sama dengan Dekan dan juga Nurul Huda di GSC Mid Valley. Jika kau suka menonton filem-filem lawak Melayu ataupun cerita Senario, filem terbaru mereka ini memang wajib ditonton. Dari awal cerita sehinggalah ke penghabisan, kau akan dihidangkan dengan pelbagai lawak yang kelakar sehingga jenuh nak gelak.

Sinopsis

Azlee, Wahid dan Mazlan dalam perjalanan untuk bercuti di Pulau Pangkor. Semasa di jeti, mereka telah terserempak dengan tiga orang adik beradik perempuan yang masing-masing membawa watak yang sangat berbeza. Qasidah (Maria Farida), merupakan seorang perempuan yang gedik dan menggoda. Hamidah (Mek Siti) pula merupakan seorang perempuan yang ayu tetapi pekat dekat slang Kelantan dan Siamnya. Akhir sekali, Zuraidah (Marsha AF3) yang penuh dengan slang Sabah dan sikapnya yang tomboy.

Baca selanjutnya…

Di Hong Kong – Berbeza Dengan Malaysia

17.11.2009 // 11 Comments

Pada 7 November yang lalu, aku telah berpeluang untuk ke Hong Kong kerana terdapat tugasan yang perlu diuruskan. Walaupun hanya berada di sana selama seminggu, tetapi banyak pengalaman, pengajaran dan juga perkara baru yang aku perolehi di sana. Ketika berada di sana, sempat juga aku membuat perbandingan di antara Hong Kong dengan Malaysia.

Kebersihan

Di Hong Kong, mereka menguatkuasakan undang-undang yang dibentuk bagi menjaga keharmonian dan kebersihan bandar mereka. Contoh yang mudah adalah larangan merokok. Di mana-mana saja aku dapat lihat papan tanda dilarang merokok dengan denda $5000HK sekiranya kau didapati merokok di tempat-tempat yang dilarang. Ianya termasuklah di perhentian bas, keretapi bawah tanah (di sana dikenali sebagai MTR), di kaki lima bangunan dan sebagainya. Tiada satu puntung rokok pun yang kelihatan sepanjang aku berjalan di sana.

Berbeza dengan Malaysia, bersepah-sepah puntung rokok di buang di merata-rata tempat. Tak kisah di mana saja kau berada, pasti akan kelihatan puntung rokok yang dibuang oleh perokok-perokok tegar di Malaysia. Walaupun sudah diletakkan papan tanda dilarang merokok, tetapi masih ada juga segelintir penduduk Malaysia yang tak faham bahasa dan merokok di tempat yang dilarang.

Baca selanjutnya…

Potong Atau Tidak, Sama Sahaja…

04.11.2009 // 8 Comments

“Abang, dah potong kan?” tanya si isteri. Si suami pula segera menjawab, “Of course…”

Mungkin kalian dah pernah tonton iklan terbaru P1 Wimax yang mengisahkan isu potong-tak potong ni di kaca televisyen. P1 Wimax beriya-iya cuba membawa rakyat Malaysia ke suatu tahap di mana semua orang meninggalkan dunia internet berwayar dan beralih ke dunia wireless.

p1wimax-potong

P1 Wimax merupakan salah sebuah Internet Service Provider di Malaysia yang menyediakan sambungan internet jalur lebar tanpa wayar yang terpantas untuk setakat ini. Selain daripada pakej yang disediakan berbaloi dengan perkhidmatan yang diberikan, penulis rasa ianya memang sesuai untuk semua pengguna internet di Malaysia.

Baca selanjutnya…

Wajib Tonton – Papadom

29.10.2009 // 5 Comments

Seseorang ibu bapa sudah pasti akan mencuba yang terbaik untuk menjaga anak-anaknya. Lagi-lagi apabila mereka mempunyai seorang anak tunggal dan dijaga bagai menatang minyak yang penuh. Begitulah kisah kasih sayang yang cuba ditonjolkan dalam filem Papadom arahan Afdlin Shauki.

Papadom mengisahkan bagaimana kehidupan seorang anak, Miasara (Liyana Jasmay) yang dijaga dengan penuh baik sekali oleh ayahnya, Saadom (Afdlin Shauki) setelah kematian ibunya, Munira (Noorkhiriah). Namun begitu bagi Miasara, cara penjagaan ayahnya sangat-sangat menjengkelkan dan mengongkong kehidupan beliau walaupun beliau sudah tamat peperiksaan SPM.

Baca selanjutnya…

« Previous Page
Next Page »

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2026 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in