Memang semua orang pernah buat silap. Tetapi kadang-kala kesilapan tu terjadi secara sengaja. Memang sengaja dilakukan oleh diri sendiri. Pada mulanya, memang tak terasa kebodohan kesilapan tu. Tetapi bila dah lama kelamaan, terasa sangat-sangat la pulak. Stress! 😡
Apabila kita dipelawa dengan benda yang baik dan baru, seharusnya kita ambil saja benda yang baik tu. Ini pulak terbalik. Boleh pulak kita ambil benda yang ok, boleh digunakan, tetapi versi lama. Tak ke pandai sangat tu. 😮 Nak kata bodoh, orang kata kita kutuk diri sendiri. Nak kata pandai, pandai la sangat kan…
Bila difikir-fikirkan balik, memang kita akan rasa menyesal. 🙄 Kenapa la kita boleh buat macam tu. Bukannya kita tak boleh nak fikir. Cumanya mungkin disebabkan masa itu kita berada dalam keadaan yang lapar membuatkan kita tidak dapat berfikir dengan waras.
(Eh kejap! Tiba-tiba terasa macam ada kena mengena dengan sebuah entri dari blog seseorang yang aku baca sebelum ini – mengenai shopping dalam keadaan lapar. Blur!)
Setelah dibincang bersama-sama dengan Si Dear, aku rasa better aku tamatkan sahaja kontrak ini. Kemudian, tunggu sehingga dua bulan, baru aku boleh mendaftar semula dan buat kontrak baru. 8)
Ruginya… Banyak benda yang boleh aku dapat dalam masa dua bulan tu kalau tak tamatkan kontrak. 😥 Tetapi, kalau tamatkan kontrak, ada kebaikannya suatu hari nanti…
(Jangan nanti, lepas dah tunggu dua bulan tak boleh mendaftar pulak sudah. Emo!) :vangry:
tersirat betul entri ni..berfikir2 apa la si penulis ni nak gitau ek..hehe :halo:
Aku orang tua, aku paham sangat ape dia cakap,”baik tamatkan kontrak, ade baiknya satu hari nanti..”
Aku dah pun tamatkan kontrak tersebut and dah pun buat kontrak yang baru. 8)