Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Wajib Tonton: Transformers – Revenge of The Fallen

27.06.2009 // 7 Comments

transformersii-01

Sudah lama aku tak review movie-movie yang menarik untuk ditonton. Kehidupan yang sibuk membuatkan kadang-kadang kita terasa malas dan tiada mood untuk mengupdate blog bukan? Ah, sudah la… Toksah nak menipu… Aku tahu siapa korang… ๐Ÿ˜ˆ

Movie yang hangat kini diperkatakan, Transformers – Revenge of The Fallen telah selamat aku tengok pada dua hari yang lalu. Punya semangat sampaikan sanggup beli tiket sehari awal. Cerita-cerita macam ni, kalau nak beli dan tengok pada hari tu jugak, memang tak dapat.

So nasihat kepada mereka-mereka yang belum tengok cerita ni lagi, pergi la beli tiket cepat. Beli la tiket untuk minggu depan. Confirm dapat seat yang best! ๐Ÿ˜‰

Al-kisahnya seperti yang korang semua sedia maklum, pergaduhan antara robot-robot yang boleh bertukar bentuk menjadi kenderaan dan sebaliknya. Selain daripada part lawan, ada jugak adengan yang tak senonoh dan tak sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak. :mrgreen: Dan ada jugak scene-scene yang menggelikan hati sampai memecahkan suasana panggung wayang yang sunyi sepi ke riuh rendah. ๐Ÿ˜†

Walaupun cerita ni best, tetapi ada part yang membosankan. Semasa peperangan di Egypt. Entah kenapa, tuan director memanjangkan sangat pergaduhan tu. Jenuh tunggu entah bila robot-robot ni nak habis bergaduh. Dah tu pulak, cepat sangat pulak The Fallen tu mati. Ingatkan kuat. Rupa-rupanya lembik. ::-*:

Kesimpulan, aku berikan status Wajib Tonton dengan rating 4.8 daripada 5 bintang. Ok la tu kan… Tak boleh nak bagi full mark sebab nanti dorang dah tak nak buat cerita sambungan dah. ๐Ÿ’ก

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Nikon D90 Outing – KLCC
Kesilapan Bodoh Yang Pernah Dilakukan »

Comments

  1. emptyspace says

    27.06.2009 at 1:27 pm

    bila agaknye dynobot nak muncul?

    Reply
  2. megat says

    28.06.2009 at 4:13 am

    adeh aku tak berjesempatan nak pegi tgk hu3

    Reply
  3. CypherHackz says

    28.06.2009 at 8:10 pm

    Pergi tengok dol. Kalau tak rugi… ๐Ÿ™

    Reply
  4. izzat says

    29.06.2009 at 4:42 pm

    tak tgk lagi ๐Ÿ™ ..huhu…dengar ramai orang kata best..huhu..

    Reply
  5. CypherHackz says

    29.06.2009 at 8:39 pm

    Memang best. Puas hati dengan efek dan juga grafik dia.

    Reply
  6. sayang bie :* says

    10.07.2009 at 1:55 pm

    part mane yg xsenonoh nye yek?
    bes je tgk..hehehe ๐Ÿ™‚

    Reply
  7. hantukomputer says

    23.08.2009 at 3:23 pm

    :up: :up: :up: :up: :up:

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6รท2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2025 ยท Blog Aku ยท Hosted by Elfbytes Web Hosting ยท Log in