How to Simplify Your Life – Buku yang menarik untuk dibaca.
Semasa sedang berjalan-jalan di Kinokuniya KLCC, tiba-tiba terasa macam best pulak kalau bawak balik buku satu. Mula-mula ingatkan just nak tengok-tengok je. Tetapi entah macam mana, boleh pulak teracun dengan buku-buku yang ada kat situ.
Tempat yang dituju, rak buku Donald Trump. Ha…terasa macam orang bisnes pulak lagaknya. Lepas satu buku, satu buku aku belek. Menyelak satu per satu muka surat dalam buku, “Donald Trump: The Art of the Deal”.
Trump: The Art of The Deal – Mungkin lain kali baru aku membelinya.
Aku suka membaca buku seperti ini dan juga buku yang berbentuk motivasi. Dalam buku tersebut diceritakan bagaimana Donald Trump membuat keputusan, menilai baik dan buruk keputusan dia, dan meneliti keputusan yang dibuat.
Dalam sedang membelek-belek tu, menguap sekejap. Sambung belek lagi, menguap lagi sekali. Tak boleh tahan, aku letak buku tu and then pergi ke rak yang lain. Maybe next time, baru aku belek semula buku tu.
Kemudian di rak buku yang berikutnya, aku tertarik dengan sebuah buku yang bertajuk, “How to Simplify Your Life”. Buku ini menerangkan pada kita bagaimana caranya untuk kita mempermudahkan setiap urusan yang kita buat supaya hidup kita lebih selesa dan simple.
Ada tujuh perkara yang disentuh dalam buku ini,
- Simplify Your Things
- Simplify Your Finances
- Simplify Your Time
- Simplify Your Health
- Simplify Your Relationships
- Simplify Your Life
- Simplify Yourself
Gaya penulisan Tiki Kustenmacher dan Dr. Lothar J. Selwert sangat menarik. Aku tak terasa bosan bila membacanya kerana ianya turut dimasukkan contoh-contoh dan pengalaman dari mereka-mereka yang pernah menggunakan teknik dan tips yang dibincangkan.
Terdapat 7 perkara menarik yang dibincangkan dalam buku ini.
Kalau korang minat buku-buku seperti macam mana nak menguruskan diri, uruskan masa dan sebagainya, aku rasa buku ini bagus. Sebab ia menceritakan segalanya yang patut kita tahu untuk mempermudahkan kerja-kerja kita. Bila kerja dapat dipermudahkan, jadi kita dapat menjimatkan masa dan tenaga. Bila segalanya dapat dijimatkan, hidup kita lebih senang dan selesa.
Harga buku itu masih dalam budget aku, RM 47.80. Kalau aku tunggu lagi, mesti tak belinya. Bawak ke kaunter, hulur RM 50. Setel! Akhirnya, dapat juga aku membawa pulang sebuah buku dari Kinokuniya. Syabas!
* Padahal dah berapa tahun aku tak beli buku dekat kedai buku.
menarik! aku minat buku-buku camni apatah lagi yg bersangkut paut dgn pengurusan kewangan. lagi bagus klu berkenaan psikologi manusia dan motivasi.
Menarik… nanti nak try gak aa tgk buku tu… 😀
Aku lebih tertarik dengan design/kulit buku tu berbanding isi dalamnye. Mungkin sbb jiwa aku jiwa design, so penyakit mcm tu xle nak buang. Tapi kalau nak ikutkan genre buku, aku lebih suke yang self motivation, god, religion, free thinker and so on..
setuju dengan buku ni…hidup memang mudah..hehehe
Buku ni memang menarik. Kalau korang suka baca buku macam ni, memang aku rekemenkan untuk korang beli buku ini. Tak rugi… :up: