Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Best – Ice Age 3: Dawn of the Dinosaurs

23.07.2009 // 7 Comments

iceage3-01

Cerita animasi 3D, Ice Age 3 memang merupakan sebuah cerita kartun 3D yang sesuai ditonton oleh kanak-kanak. Tetapi, cerita animasi ini turut menarik ditonton oleh mereka yang dewasa. Kenapa? Kerana jalan cerita dan lawak lucu dalam cerita ini sangat mencuit hati.

Semasa berkesempatan berjumpa dengan Si Dear tempoh hari, aku telah menonton cerita Ice Age 3 bersama-sama Si Dear di TGV Tebrau City. Kisah animasi yang menceritakan bagaimana sekawan binatang zaman purba cuba menyelamatkan rakan mereka, Sid, seekor sloth yang telah ditangkap oleh seekor dinosaur T-Rex.

Dalam cerita ini, Scrat, si tupai yang muncul sejak dari Ice Age 1, masih lagi cuba mendapatkan buah kacang. Dan kali ini, Scrat berjumpa dengan seekor tupai betina yang mempunyai niat yang sama dan terdapat pergaduhan dan percintaan antara mereka berdua.

Pelbagai cabaran yang ditempuhi oleh rakan-rakan Sid ini. Antara part yang kelakar semasa mereka tersangkut dalam gas beracun. Gas beracun tersebut membuatkan suara binatang ini berubah menjadi kelakar dan membuatkan mereka ketawa sesama sendiri. Sekiranya mereka tidak keluar dari kawasan gas beracun itu, mereka boleh mati kerana ketawa yang melampau.

Secara keseluruhan, aku memberikan rating 3.5 daripada 5 bintang dengan status Best . Jadi, sekiranya korang memerlukan cerita untuk bergelak ketawa, cerita inilah yang patut korang tonton. Serius kelakar…

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Buku – How to Simplify Your Life
Wajib Tonton – The Taking of Pelham 123 »

Comments

  1. izzat says

    23.07.2009 at 11:02 pm

    hahaha, patutnya kasi up lagi rating, 4.5 ke…takpun 5 teros..hahha..best citer ni. Part paling best bila dorang terbang ala2 jet pejuang tu dan part burung tu pengsan…hahaha mayday, mayday….hhahaha

    Reply
  2. CypherHackz says

    24.07.2009 at 8:24 am

    Hahaha… Betul tu. Banyak sebenarnya part yang kelakar dalam cerita ni. Lagi2 dengan telatah dorang yang comel. :halo:

    Reply
  3. lut says

    24.07.2009 at 11:12 pm

    ermm..aku x tengok lagi. ๐Ÿ˜› Kena Tengoook nih.. !! :halo:

    Reply
  4. Lisa says

    25.07.2009 at 8:23 pm

    mmg best movie ni.. part gas beracun tu sakit perut ketawa.. ๐Ÿ˜† :up:

    Reply
  5. CypherHackz says

    26.07.2009 at 12:47 am

    Hahaha… Kan dah cakap dah. Part tu memang kelakar. Memang tergelak gile masa part tu. ๐Ÿ˜€

    Reply
  6. titan says

    15.09.2009 at 10:55 pm

    cerita memang best. Tak dinafikan..semua cerita ice age aku follow.. ๐Ÿ˜‰

    Reply

Trackbacks

  1. Best: Obsessed di BlogAku.Net says:
    27.07.2009 at 8:01 am

    […] daripada filem Ice Age 3 – Dawn of the Dinosaurs, aku juga berkesempatan untuk menonton sebuah filem bertajuk Obsessed bersama-sama dengan Si Dear […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6รท2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2023 ยท Blog Aku ยท Hosted by Elfbytes Web Hosting ยท Log in