Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Selamat Kembali P1 Wimax!

01.08.2009 // 33 Comments

p1wimax-01
Modem P1 Wimax yang baru, DV-230.

Sebelum ini, aku pernah menjadi salah seorang pelanggan P1 Wimax. Tetapi di atas sebab-sebab tertentu, aku terpaksa membatalkan kontrak yang telah ditandatangani bagi mengelak sebarang perkara yang boleh mengecewakan aku selama 2 tahun.

Tetapi, pada petang tadi ketika dalam perjalan pulang dari tempat kerja, aku singgah sebentar di ibu pejabat P1 Wimax yang terletak di Petaling Jaya. Dengan berbekalkan RM100 aku mengharapkan kehadiran aku tidak dihampakan.

p1wimax-02
Beg kertas yang sangat besar untuk saiz kotak yang tidak seberapa.

Selepas mengisi borang pendaftaran dan membayar wang pendahuluan sebanyak RM100, aku diberikan sebuah beg kertas yang besar dan boleh memuatkan beberapa buah Kamus Dewan edisi ke-4.

Di dalamnya terdapat sebuah kotak bersama-sama dengan dokumen-dokumen dan borang yang diisi semasa pendaftaran tadi. Maknanya, aku telah kembali menjadi salah seorang pelanggan P1 Wimax untuk kesekian kalinya.

p1wimax-03
Isi kandungan dalam kotak tersebut.

Kelebihan modem yang baru ini adalah, ianya dilengkapi dengan sebuah Wifi Transmitter yang membolehkan pengguna berdekatan dapat menggunakan internet dengan wifi. Dengan ini, dapatlah aku memuat-turun dengan menggunakan PC disamping melayari internet dengan laptop tanpa sebarang gangguan. Dan juga tidak perlu risau dengan bandwidth yang kecil kerana pakej yang aku pilih ini dapat menampung sebanyak 20GB data sebulan.

Dan berikut merupakan SpeedTest yang aku jalankan di beberapa tempat di sekitar dunia.


Kuala Lumpur


Penang


Singapore


Canberra, Australia


London, United Kingdom


Paris, Perancis


Washington DC, Amerika Syarikat

Kesimpulan yang dapat aku berikan adalah:

  1. P1 Wimax laju.
  2. Speed yang diterima adalah sama seperti yang diwar-warkan.
  3. Berbaloi dengan modem yang diberikan secara percuma untuk kontrak 2 tahun (termasuk warranty).
  4. Modem terbaru dilengkapi dengan Wifi.
  5. Sangat-sangat digalakkan untuk kalian mendaftar perkhidmatan ini.

Jadi, kepada mereka-mereka yang berminat untuk mengetahui maklumat lebih lanjut, sila layari laman web P1 Wimax atau tanya saja pada aku*. Tetapi, secara serius, memang aku katakan yang P1 Wimax ini bagus dan tidak mengecewakan**. Percayalah…

* 5% caj perkhidmatan akan dikenakan.
** Untuk setakat ini…

Cypher: Bergembira semula dengan sambungan internet yang laju dan pantas.

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Best – Obsessed
Sinar FM Semakin Membosankan Dengan Iklan »

Comments

  1. aman says

    02.08.2009 at 1:26 am

    huhu. erm. sat nak gi usha, kawasan yang dia support tuk masa nie. hehe.

    Reply
  2. CypherHackz says

    03.08.2009 at 10:19 pm

    Hahaha… Better check samada Unisel tu dapat coverage ke tak. And then, check sekali area rumah kau.

    Reply
  3. izzat says

    05.08.2009 at 11:21 pm

    haih, bla nak masuk area seri kembangan neh..hehehe..cam best je..

    Reply
  4. CypherHackz says

    06.08.2009 at 10:02 pm

    Seri Kembangan bukan dah masuk dah ke bro?

    Reply
  5. izzat says

    08.08.2009 at 2:23 pm

    a’ah…baru masuk..baru perasan keluar rumah tadi ada banner p1 wimax bergantungan..hoho.. boleh cuba neh.. :XO:

    Reply
  6. ikoko says

    10.08.2009 at 4:42 pm

    huu.. beshnya bagi kawasan yg ada coverage utk W1 Max..

    kat kawasan rumah aku, 3g broadband celcom tak dpt, w1 max lagilah tak dapat…

    huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

    k la. tu je.

    sekian. hello hello. bleh cakap dengan mr. streamyx (again) ?

    Reply
  7. syinrayafa says

    13.08.2009 at 10:15 am

    aritu ada gak saya usya2 wimax ni… tapi pikir punya pk, last2 amik broadband celcom….
    mana2 buleh berblogging…hahahaha…

    Reply
  8. CypherHackz says

    13.08.2009 at 10:12 pm

    Setelah seminggu lebih guna Wimax, dapat dilihat seperti “service yang baik” dalam tempoh percubaan dan “service yang hampeh” selepas tamat tempoh percubaan dan bermula kontrak 24 bulan. :down:

    Reply
  9. alongovtx says

    20.08.2009 at 12:44 pm

    aku guna wiggy…tamat tempoh percubaan line tak stabil.

    mana² provider sama juga cerita yang aku dengar…

    Reply
  10. CypherHackz says

    22.08.2009 at 11:14 am

    #alongovtx – Aku setakat ni ok lagi. Dah nak dekat sebulan line masih stabil.

    Reply
  11. hantukomputer says

    22.08.2009 at 8:03 pm

    hmmm.. ak pun nak tuka wimax gak.. tp teragak2 plak..
    skang nih guna celcom broadband..

    Reply
  12. CypherHackz says

    23.08.2009 at 10:33 am

    Kalau tempat kau dah ada coverage Wimax, try la daftar. Dia bagi test selama 7 hari. Tapi kalau tak puas hati, better pulangkan balik pada hari ke-6.

    Reply
  13. xflixz says

    26.08.2009 at 7:52 am

    bro,ko daftar berapa hari bulan? 1 Ogos ke?kalo 1 Ogos leh dapat rebate RM 100.

    bace ni:

    I just subscribed 3 days before the P1 W1MAX 1st Anniversary Promotion! Can I still get the promotional offer?

    Yes, you can! Just call 1-300-800-888 and say “I want to celebrate P1 W1MAX’s 1st anniversary”. Since it’s such a huge celebration for us, we’ll be happy to extend the offer to anyone who registered from 1st August 2009 to the promotional period!

    Reply
  14. CypherHackz says

    26.08.2009 at 7:59 am

    Aah. Aku daftar 1 Ogos 2009 hari tu. Thanks bro. Nanti aku call dorang. Hehehe… 8)

    Reply
  15. titan says

    15.09.2009 at 10:54 pm

    memang bagus. Cuma kat Banting dan Jerantut masih takde lagi benda nih.. ::-*:

    Reply
  16. afie says

    01.10.2009 at 4:44 pm

    bila la wimax nk masuk kangar ni eh…tp banner/bunting dh meriah dh dorg gantungkan….check coverage dlm web wimax lom ada lagi…cmna tu?

    Reply
  17. peter says

    12.10.2009 at 12:49 am

    google “wimax suck”
    then u can see many comment on wimax…
    my experience on wimax?
    p1 Wimax totally crap…
    poor connection…poor customer service..

    Reply
  18. hafezariel says

    22.10.2009 at 9:39 pm

    perak ader ke? taiping~

    Reply
  19. P1Bodoh says

    27.10.2009 at 3:13 am

    takyah laa register P1 Wimax ni , mcm taik servis , buat rugi duit saja , support teruk , servis mcm haram … awal2 aje ok pas tu buang duit …

    Reply
  20. akuyghampa says

    22.12.2009 at 5:44 pm

    service P1 sekarang teruk….. asyik disconect aje…. tu aku pakai outdoor modem…. kalau indoor lagilah hampeh

    aku rasa iklan potong now to bukan potong streamyx tapi potong P1…

    maxis broadband aku pun lagi laju dari p1 1.2Mbps aku nie…

    P1 SUCKKKKKKK

    Reply
  21. Hj Kecewa says

    23.12.2009 at 5:29 pm

    :mrgreen:
    memang tak guna P1 ni…..
    saya dah tertipuuuu….pie potong streamyx
    tak guna satu sen pun…….
    anda semua jgn lah terpengaruh yaa..

    Reply
  22. CypherHackz says

    23.12.2009 at 10:12 pm

    Pastikan korang dah test P1 Wimax dekat rumah korang sebelum decide untuk “potong”. Sebab takut nanti tak pasal2 kene bayar setiap bulan walaupun tak guna.

    Reply
  23. ejon says

    25.12.2009 at 5:31 am

    sebulan selepas aku apply p1 baru derang perkenalkan version wifi. bazir duit beli router wifi. huhuh

    Reply
  24. CypherHackz says

    25.12.2009 at 9:46 am

    [Comment ID #62268 Will Be Quoted Here]

    Hahaha… Sorry la bro. Nak buat macam mana. Standard reseller la dia nak habiskan stok2 lama. Dats why dia tak bagitau kau yang P1 nak bawak keluar modem baru.

    Reply
  25. rideriang says

    18.01.2010 at 4:38 pm

    salam bro,

    aku pengguna p1 hampir setahun ,puashati la ,modem aku guna sekarang ni tanpa wifi,.baru2 ni aku tanya agent P1 kalau nak tukar modem wifi kena charge Rm399 rasa x berbaloi..so aku cadang nak guna router wifi kat pasaran yg ada sekarang..ada x member2 yang buat macm tu. :mrgreen:

    Reply
  26. abden bin deris says

    28.02.2010 at 5:00 pm

    😥 kawasan pasir pekan dengar kata dah pasang antenna,tapi belum ON lagi.Bila agaknya nak ON.Untuk makluman area Pasir Pekan ni dalam daerah Wakaf Bharu Tumpat Kelantan.

    Reply
  27. Dosen saad says

    10.04.2010 at 6:46 pm

    Tak guna melangani P1 Wimax ni,….. Tak boleh pakai… apatah lagi kalau
    musim hujan…. bauang duit aje,,,

    Reply
  28. Hati Emas says

    24.05.2010 at 1:31 am

    Aku punya external modem + P1 Gateway router.
    Nampak macam gempak, tapi hancus tahap gaban.
    Kalau aku ada senapang gajah, mau aku tembak ext modem dan router tuh.

    :down: 50% downtime !
    :vangry: Lampu WAN kat router selalu uzur … lampu merah la tuh

    Hah … pelacur pun lebih efisien dari P1 … ooops
    Jangan pikir yang kotor pulak, tapi memang P1 kotor pun
    Tak dapek nak nolong

    Reply
  29. Kathie @ Washington 4G Wireless says

    20.01.2011 at 3:25 pm

    Hello, just browsing for information for my Washington 4g site. Amazing the amount of information on the web. Wasn’t exactly what I was looking for, but nice site. Have a great day.

    Reply
  30. fugu says

    11.02.2011 at 1:14 pm

    kat tempat aku..bawu ada wimax…smlm dya bkak gerai kat tepi jln…aku tanya speed test brapa…. dya 40 mbs…ley cayer ker

    Reply
  31. razi says

    04.08.2011 at 7:10 pm

    dadadada

    Reply

Trackbacks

  1. Setup P1 Wimax dengan Ubuntu di Ubuntu Newbie Malaysia says:
    22.08.2009 at 11:08 am

    […] Modem P1 Wimax yang baru, DV-230. – BlogAku.Net […]

    Reply
  2. Ramai Tidak Berpuas Hati Dengan P1 Wimax says:
    25.12.2009 at 9:37 am

    […] bandwidth yang diberikan oleh Celcom adalah 5GB sebulan, menyebabkan aku beralih kepada P1 Wimax. Hidup sebagai seorang blogger dengan bandwidth sekecil itu tidak dapat memuaskan nafsu aku yang […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2025 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in