Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Sinar FM Semakin Membosankan Dengan Iklan

03.08.2009 // 15 Comments

Setiap pagi dalam perjalanan ke tempat kerja, aku akan membuka radio Hot FM bagi menghiburkan suasana sunyi dalam kereta. Mendengar suara garau Faizal Ismail dan telatah manja si Farah Fauzana membuatkan aku tersengih sendirian dalam kesesakan lalu lintas. Bagi aku, Hot FM sangat menghiburkan.

Pada petangnya pula, dalam perjalanan pulang ke rumah aku akan menekan punat nombor 2 di radio. Punat ini telah aku tetapkan untuk siaran Sinar FM. Sinar FM banyak menyiarkan lagu-lagu lama dan juga lagu-lagu yang bergenre rock kapak. Which is, layan bila mendengarnya…

Tetapi, sekarang ini aku rasakan seperti Sinar FM lebih banyak menyiarkan iklan daripada lagu. Boleh kata, dalam setiap 3 minit lagu, akan diselitkan 5 ke 8 minit iklan. Kalau hari-hari dengar iklan yang sama pun, boleh menyampah jadinya.

Mungkin Sinar FM ingin mengaut keuntungan dari iklan yang disiarkan. Tetapi mereka mesti ingat, apa yang pendengar mahukan adalah lagu dan bukannya iklan yang membosankan.

Tetapi, tidak menjadi kesalahan untuk menyiarkan iklan-iklan tersebut. Cumanya berpada-padalah. Hot FM dan juga stesen-stesen radio yang lain pun ada juga menyiarkan iklan-iklan sebegitu. Tetapi mereka lebih banyak mengutamakan lagu. Iklan hanya diselitkan sekali sekala dan tidak terlalu lama.

Cypher: Sekarang ini mendengar hiruk pikuk Jawa Rangers setiap petang dalam perjalanan ke rumah.

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Selamat Kembali P1 Wimax!
Wajib Tonton – The Proposal »

Comments

  1. mrahfa says

    04.08.2009 at 4:30 pm

    ok le tu dapat pilih siaran radio berbahasa melayu lagi.
    aku kat sini nak dapat dgr radio melayu pun tara bole, kena buat playlist sendiri. Tak best jugak sebab iklan-iklan radio ni biasanya kelakar macam DJ-DJnya jugak ๐Ÿ˜€

    Reply
    • Roslanmurad says

      25.08.2019 at 6:32 pm

      Kalau korg bosan pg station radio byk iklan… Korg bole dgr suria fm… D Klang valay 105.3fm…station kurang iklan…

  2. topo says

    05.08.2009 at 6:05 am

    hohohoh pg2 aku wajib dengar drama sebabak kt era… xboleh blah si din beramboi tu…

    Reply
  3. CypherHackz says

    06.08.2009 at 10:01 pm

    mrahfa – Engkau ni duduk dekat mana? Kenapa tak boleh dengar radio melayu pulak?

    topo – Era pun bagi aku tak berapa best sangat. Lawak Din Beramboi yang mengarut kadang2 tu membuatkan aku terasa sedikit meluat nak dengar. Huhuhu.

    Reply
  4. Hepan says

    11.08.2009 at 10:10 am

    Sinar pun da jadi Iklan.FM ke? Aku jarang dengar Sinar, slalu FLY fm jek. Dulu selalu dengar ERA pastu derang da jadi Iklan.FM, pastu tuka HOT fm, derang pun da jadi Iklan.FM, pastu last2 masuk CD. Hahaha. Puas ati.

    Reply
  5. CypherHackz says

    13.08.2009 at 10:13 pm

    Dah jadi Iklan FM dah pun Sinar FM ni. Bersepah-sepah iklan dia. Buat aku rasa malas nak mendengar radio kadang-kadang. :down:

    Reply
  6. encikbeliau says

    14.08.2009 at 10:37 pm

    kalau time pagi , aku dengar ERA.FM – celoteh din beramboi ngan pak nil , belah petang lak , aku dengar HITZ.FM

    Reply
  7. MyDailyBlog.Info says

    16.08.2009 at 3:01 am

    sinar x best,layan pagi di eralah best..hot ke

    Reply
  8. sumijelly says

    19.08.2009 at 5:16 pm

    sumi suker dengar Hot FM
    nak pulak panggilan hangit……
    hehehee

    Reply
  9. ramjey says

    21.08.2009 at 8:56 am

    suria.fm tak der ke yg minat?sya minat ngan tuah dan zizi..hehe ๐Ÿ˜† :up:

    Reply
  10. KNizam says

    31.08.2009 at 6:21 pm

    aku layan fafau ngan fbi. cuma 6.45am layan ceramah agama kejap kat 97.2 klfm. hehe ๐Ÿ™‚

    Reply
  11. titan says

    15.09.2009 at 10:57 pm

    Diorang nak buat duit la tu. Iklan kan sumber pendapatan utama diorang..

    Reply
  12. Tazmania^WB says

    25.09.2009 at 3:20 pm

    huhuh…
    apedaaa..masuk bab delio lain plak..
    aku sokong cyperhacker… aku peminat agak setia dgn sinar.fm.. skrg aku agak jemu dah..penuh dgn iklan…kalau dulu,dgr sinar.fm rasa perjalanan tu dekat jerr…skrg ni aku bleh ngantok plak bila dgr..apa2 pon.. aku dgr sinar time tgh mlm jer.. blh kate 0.9 la iklan dia..sbb dah pagi sgt kot..hehehehe

    pada SINAR.FM, jgn le play iklan byk sgt..kot nanti dah trkurang pendengarrr…huhuhuhuh

    slmt ari raya admin dan blogers sumer…

    Reply
  13. sundel bolong says

    05.11.2009 at 11:50 am

    ha..ha..ha.. pasal sinar fm tu memang betul,diaorang mmg iklan makanan stesen radio mereka,klu takde iklan mkn asap dan batu lah diorang,stesen radio sekarang tak mcm dulu,mahlumlah ,dulu takde internet mcm hari ni,apa nak hairan,itu trademark sesetengah stesen radio,jgn hukum mereka wahai pendengar2 yg dihormati sekalian,anyway kita banyak pilihan utk memilih stesen radio yg kita sukai… salam dunia

    Reply
  14. ct says

    19.12.2009 at 11:01 pm

    aku suka sinar..best..tp sebelah pg jer..kril, kak engku dgn sy..sebelah ptg aku layan 104.9.. linda onn tak best sgt..dia byk gelak sendri..hoohh

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6รท2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2023 ยท Blog Aku ยท Hosted by Elfbytes Web Hosting ยท Log in