Selalunya lelaki yang akan propose untuk berkahwin dengan wanita. Tetapi dalam cerita The Proposal ini yang dibintangi oleh Sandra Bullock (sebagai Margaret Tate) dan juga Ryan Reynolds (sebagai Andrew Paxton) terbalik pula kisahnya. Margaret yang propose Andrew untuk berkahwin dengannya bagi membolehkan dia menetap di US. Ini semua disebabkan visa US Margaret telah tamat tempoh dan dia terpaksa dipindahkan ke Kanada.
Di dalam cerita ini dapat dilihat bagaimana perhubungan boleh dibentuk apabila kita meluangkan masa bersama dengan seseorang. :halo: Margaret yang sebelum ini sangat tidak mementingkan perhubungan dan sibuk dengan kerja akhirnya terpikat dengan Andrew. Si Andrew pula yang sebelum ini sangat benci dengan boss dia (owh, kalau korang nak tahu, Margaret tu merupakan boss kepada Andrew) pun terpikat pada Margaret semasa mereka bercuti di kampung halaman Andrew di Alaska.
Pelbagai telatah kelakar mereka berdua membuatkan panggung wayang riuh rendah. Siap ada seorang brader yang datang tengok cerita tu bersama dengan girlfriend dia bangun ketawa terbahak-bahak. Habis goyang satu row kerusi yang aku dengan si Dear duduk semasa brader tu gelak. Entah apa-apa… 🙄
Ada satu lagi part yang lawak semasa nenek Andrew menari ala-ala Red Indian. Seperti pemujaan macam tu. Siap ajak Margaret untuk menari bersama. Si Margaret ni pulak menari dengan gaya dia tersendiri dan siap menyanyi lirik yang entah apa-apa. Part ni, memang kelakar habis. Menangis-nangis siap… 😥
Secara keseluruhan, aku berikan 4 daripada 5 bintang dengan status Wajib Tonton. Kalau korang belum tonton lagi cerita ni, cepat-cepatkanlah pergi menonton. Tetapi, hati-hati. Ada part yang censored dalam cerita ini. Kalau terbatal puasa aku tak tanggung… 💡
Saffa says
:up: Saffa like this.
Huhu
matt says
tengok nanti lepas ramadhan la…haha…
loq says
citer cam ni budak2 cam aku tak elok tengok…
lebih2 lagi bulan mulia ini…huhu
anyway,aku memang ade niat nak tengok citer ni..tunggu link download
sumijelly says
wah…mmg nampak cam menarik la..
leh la g ngedate ngan suami lagi sekali..
tinggalkan anak2 ngan mak su nya…
suker arr tgk lakonan sandra bullock…
Чехов says
Добавил в Ñвои закладки. Теперь буду Ð²Ð°Ñ Ð½Ð°Ð¼Ð½Ð¾Ð³Ð¾ почаще читать!