Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Best – Obsessed

27.07.2009 // 3 Comments

obsessed-01

Selain daripada filem Ice Age 3 – Dawn of the Dinosaurs, aku juga berkesempatan untuk menonton sebuah filem bertajuk Obsessed bersama-sama dengan Si Dear pada minggu yang lalu.

Filem Obsessed ini mengisahkan bagaimana seorang pengurus asset sebuah syarikat, Derek Charles, lakonan Idris Elba digoda oleh seorang gadis yang yang sangat desperate dan obsessed yang bernama Lisa lakonan Ali Larter.

Pada mulanya, Derek seorang yang rajin dan baru mendapat kenaikan pangkat berasa selesa berkenalan dengan Lisa yang merupakan pekerja sementara di tempat Derek bekerja. Sikap Lisa yang efisyen dalam melaksanakan kerja membuatkan Derek kagum dengannya tetapi tidak pula menaruh sebarang perasaan cinta terhadap Lisa.

Tetapi, lain pula pada Lisa. Disebabkan sikap Derek yang banyak mengambil berat pada Lisa membuatkan Lisa mula menunjukkan rasa cintanya pada Derek walaupun dia tahu yang Derek sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata.

Disebabkan Derek tidak mahu kejayanya tergugat disebabkan gosip dengan Lisa, Derek cuba menjauhkan diri dan seboleh-boleh tidak mahu Lisa menjumpainya. Dan disebakan itu juga, Lisa semakin kuat dan tidak berputus asa untuk mendapatkan Derek dan terperangkap dalam dunia fantasi “woohoo” dia sendiri.

Masalah bermula apabila isteri Derek, Sharon Charles (Beyonce Knowles) mula tidak mempercayainya apabila mengetahui rahsia yang berlaku di antara Derek dan Lisa. Tetapi, disebabkan Derek masih menyayangi keluarganya, Derek cuba bertahan sebaik yang mungkin dan cuba mengembalikan semula kepercayaan isterinya.

Bagi aku, filem ini telah berjaya mencapai hasrat pengarahnya kerana ia telah membuatkan penonton berasa geram dan marah pada Lisa. Dan disamping itu juga dapat dilihat bagaimana seorang yang bekerjaya cuba mempertahankan keluarganya walaupun dihadiri seorang gadis yang menggoda.

Setelah menonton penuh filem ini, aku berikan rating 3.8 daripada 5 bintang dengan status, Best!

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Wajib Tonton – The Taking of Pelham 123
Selamat Kembali P1 Wimax! »

Comments

  1. encikbeliau says

    14.08.2009 at 10:41 pm

    disebabkan ALI LARTER berlakon….aku follow doh citer neh…. die mmg best :XO:

    Reply
  2. Awangku Yusli says

    28.08.2009 at 9:01 am

    Best? There’s nothing outstanding dalam citer ni. Aku kasik 2 bintang jer :down:

    Reply
  3. Ahmad Henry says

    06.03.2010 at 2:44 pm

    Assalammualaikum,

    Saya nak mintak tolong buatkan blog saya. Saya akan bayar upahnya. Sesiapa yang berminat sila hubungi mey_abu@yahoo.com/ 017 6829979

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2025 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in