Ramai Tidak Berpuas Hati Dengan P1 Wimax

Laman P1 Wimax dengan iklan “potong” mereka.
Disebabkan bandwidth yang diberikan oleh Celcom adalah 5GB sebulan, menyebabkan aku beralih kepada P1 Wimax. Hidup sebagai seorang blogger dengan bandwidth sekecil itu tidak dapat memuaskan nafsu aku yang rakus pada Internet. Pakej P1 Wimax yang aku langgan dengan bandwidth sebanyak 20GB sebulan bagi aku sudah cukup memadai. Setakat ini aku berasa puas hati dengan P1 Wimax.
Ketidakpuasan Hati
Sedang aku leka dengan keseronokan kehebatan “potong”, terdapat juga segelintir di antara pelanggan P1 Wimax yang berasa benci dan marah dengan perkhidmatan mereka. Bagi mereka, iklan “potong” yang bersepah-sepah disiarkan di kaca televisyen, radio dan akhbar hanyalah tipu dusta belaka.
Berikut merupakan di antara rungutan daripada pelanggan-pelanggan P1 Wimax yang kecewa dengan perkhidmatan yang diberikan,
takyah laa register P1 Wimax ni , mcm taik servis , buat rugi duit saja , support teruk , servis mcm haram … awal2 aje ok pas tu buang duit …
Tidak cukup dengan itu,
service P1 sekarang teruk….. asyik disconect aje…. tu aku pakai outdoor modem…. kalau indoor lagilah hampeh
aku rasa iklan potong now to bukan potong streamyx tapi potong P1…
maxis broadband aku pun lagi laju dari p1 1.2Mbps aku nie…
P1 SUCKKKKKKK
Ada juga yang berkata,
google “wimax suck”
then u can see many comment on wimax…
my experience on wimax?
p1 Wimax totally crap…
poor connection…poor customer service..
Itu hanyalah segelintir daripada komen-komen yang diterima dalam entri aku pada bulan Ogos yang lalu. Kalau dilihat daripada blog-blog yang lain, aku dapat rasakan sudah pasti pelbagai bentuk cemuhan dan kata-kata kesat dilemparkan kepada P1 Wimax di atas perkhidmatan yang mereka berikan.
Pengalaman Aku
Tiada satu pun yang sempurna di dunia ini. Walaupun aku mengatakan yang aku berpuas hati dengan perkhidmatan P1 Wimax, tetapi aku juga pernah mengalami masalah dengan mereka.
Pernah beberapa kali LED pada modem P1 Wimax berkelip-kelip merah menandakan tiada perkhidmatan. Selalunya kejadian ini berlaku selepas hujan lebat. Bayangkan betapa “panas”nya hati ketika kau ingin menggunakan Internet tetapi tiada perkhidmatan pula? Kau akan bertambah “panas” apabila kau yang langsung tidak mempunyai masalah dengan bayaran tetapi tidak dapat menggunakan Internet selama dua tiga hari.

Menara Telekom mempunyai liputan P1 Wimax.
Selain daripada itu, walaupun layanan pelanggan yang diberikan oleh P1 Wimax adalah bagus tetapi tindakan yang diambil sangatlah lambat. Pertama kali aku mendaftar P1 Wimax adalah pada bulan Julai yang lalu. Tetapi disebabkan terdapat sedikit masalah peribadi, aku telah memulangkan semula modem P1 Wimax tersebut dan menamatkan kontrak dalam masa 7 hari dari tarikh pendaftaran. Sepatutnya, aku akan menerima refund wang pendaftaran sebanyak RM100 dalam masa 45 hari dari tarikh aku menamatkan kontrak tersebut. Tetapi setelah 60 hari menunggu, aku masih tidak menerima sebarang cek daripada mereka. Setelah aku menelefon beberapa kali, akhirnya pada minggu yang lalu aku telah mendapat semula wang tersebut yang ditunggu-tunggu selama ini. Itu pun dimasukkan terus ke akaun bank kerana cek yang dihantar tidak sampai katanya.
Itu baru dua masalah yang aku kongsikan. Ada lagi beberapa masalah yang tidak aku ceritakan seperti rebat RM100 sempena ulangtahun P1 Wimax yang masih tidak diterima walaupun sudah beberapa bulan berlalu. Dan juga masalah dengan connection Internet yang kadang kala tidak menentu pada masa-masa tertentu.
Sedikit Panduan
Tetapi, izinkan aku untuk berkongsi sedikit panduan kepada mereka-mereka yang ingin atau sedang melanggan P1 Wimax. Daripada pengalaman aku yang baru menggunakan P1 Wimax selama 4 bulan ini, aku rasakan terdapat beberapa perkara yang boleh aku kongsikan bersama kau semua.
Kepada mereka yang ingin melanggan P1 Wimax, sila pastikan kawasan tempat tinggal kau diliputi dengan perkhidmatan mereka. Kau boleh rujuk pada laman web P1 Wimax dan sila pastikan memang kawasan tempat kau tinggal menerima perkhidmatan mereka. Jika tidak, sudah pasti kau akan berasa marah sehingga menghempas modem ke lantai kerana LED berkelip-kelip merah sepanjang masa. Selalunya, reseller cuba mengaut keuntungan lebih dengan tidak menerangkan perkara ini kepada bakal pelanggan. Jadi, periksa dahulu sebelum terkena.
Sekiranya dalam masa 2 hari dari tarikh pendaftaran LED modem masih berkelip-kelip merah, sila hubungi P1 Wimax dengan segara. Jika masalah yang sama masih berlanjutan selama 4 hari, sila pulangkan modem tersebut ke ibu pejabat P1 Wimax di Jalan Templer, Petaling Jaya dengan segera. Walaupun tempoh yang diberikan selama 7 hari untuk pemulangan, tetapi aku cadangkan kau pulangkan modem tersebut dalam masa 6 hari. Ini kerana dikhuatiri mereka terlewat untuk menamatkan kontrak kau dan kau terpaksa membayar yuran bulanan selama 2 tahun secara terpaksa.

Baki bandwidth P1 Wimax untuk bulan ini masih tinggal 13.2GB.
Dan akhir sekali, kepada mereka-mereka yang berasa marah dengan connection Internet yang slow, sila pastikan kau tidak terlebih menggunakan bandwidth yang diberikan. Perkara ini pernah terjadi kepada diri aku sendiri. Pada waktu itu, memang terasa sangat marah pada P1 Wimax kerana speed yang diterima hanyalah 10kbps sahaja. Bayangkan masa yang diambil untuk buka laman web Google mengambil masa yang begitu lama? Setelah menghubungi bahagian support, barulah aku tahu yang aku telah terlebih guna bandwidth 20GB yang diberikan. Jadi, selalu-selalulah menjenguk bandwidth usage di laman web P1 Wimax supaya kau tidak tersilap “sembur”.
Kalau kau masih berasa tidak puas hati dan ingin meluahkan perasaan pada P1 Wimax, sila lemparkan ia di sini. Tetapi, kalau boleh bersopan la sikit semasa memberikan komen itu. Aku bukannya customer support yang diberikan latihan khusus untuk melayan karenah pelanggan. Tetapi sedikit sebanyak aku boleh kongsikan pendapat dan pandangan pada mana-mana yang patut.
Entri Lain Yang Berkaitan
- Potong Atau Tidak, Sama Sahaja… - “Abang, dah potong kan?” tanya si isteri. Si suami pula...
- Terfikir Untuk Beralih Kepada Wimax - Sejak Celcom mengenakan sekatan kepada pengguna yang menggunakan lebih 5GB...
- Selamat Kembali P1 Wimax! - Modem P1 Wimax yang baru, DV-230. Sebelum ini, aku...
- Di Hong Kong – Berbeza Dengan Malaysia - Pada 7 November yang lalu, aku telah berpeluang untuk ke...
- Sinar FM Semakin Membosankan Dengan Iklan - Setiap pagi dalam perjalanan ke tempat kerja, aku akan...
15 Responses to “Ramai Tidak Berpuas Hati Dengan P1 Wimax”
Leave a Reply


memandangkan kalau waktu hujan kadang connection kacau.
xjadi la aku potong. Aku tetap setia ngan streamyx.. he he he..
klu bukan streamix x cukup bgs….
isk2.
susah gak macam ni
lain yang dikata, lain plak yang dirasa..
Terpulang pada korang untuk pilih samada nak “potong” atau pun tidak.
Tengah rancak menggunakan P1. aku pun nak share jugak.
Aku mula guna masa hari pekerja (1 Mei 2009) sebab terlalu bengang dengan Streamyx ketika tu. Bila aku apply P1 ada beberapa benda yg menarik berkenaan dengan p1Wimax.
Customer service:- Reseller akan kena marah dengan tauke kedai kalau tak test kat rumah pelanggan. Masa aku check kat internet memang ada coverage. Tapi sebab terlalu exited sgt aku terus apply sampai aku tak bagi reseller tu dtg kat rumah aku.
Activate connection:- lepas sejam terus boleh pakai
Speed connection:- Superb sebelum iklan potong. Pernah aku pakai bandwdth smpi 32GB++ tapi connection cukup stabil. 400kbps pun still lagi boleh download dalam average 60-80kbps.
Service lepas jual: 3 bulan pertama reseller tu contact aku dan asyik tanya macamana dengan connection. Sampai ajak aku jadi geng reseller diorang. Tapi aku tolak sebab terlalu bizi dengan keja aku.
Setakat ni dulu.
sebab P1 Wimax lambat sikit sampai area rumah aku, terpaksalah aku masuk streamyx dulu..tapi sejak 2 menjak ni, macam ok pulak speed streamyx ni walaupun ada jugak terima respon cakap speed slow…ntah la..bersabar je la..tahu2 je la internet di Malaysia ni macam mana..
Sebab sekarang ni dorang dalam proses mengupgrade internet servis dorang untuk IPTV kalau tak silap aku. Dats why certain tempat dapat internet yang laju untuk dorang bagi test connection.
zul pakai streamyx alhamdullilah laju jerk…
kalau tenet slow ada caranya…
kadang2 internet slow kannya masalah coverage..
tapi setting komputer..
erm…
tapi kalau w1max, mmg coverage la…
dia x pakai cable…
Yup! Ada seorang kawan dia guna Wimax. Kadang2 laju. Kadang2 slow. Tu sebab coverage dekat kawasan rumah dia yang tidak stabil.
x nak potong lg la mcm ni..
Huhuhu… Terpulang… Kalau terasa nak guna P1 Wimax, ada diberikan trial selama 7 hari. Kalau tak puas hati, boleh return balik dalam masa 7 hari tu.
pastikan kawasan diliputi perkhidmatan?huhu…i check kwsan i,coverage tip top…mggu ptama pki laju xmyempat2..msuk mggu ke 2…hampeh,rs nk baling ja modem tue…
Aik? Kenapa macam tu? Ada buat report?
kawan aku pun da pkai wimax tapi line merah asyik berkedip2 kadang berubah hijau, tp kebanyakan warna merah jer lah, tp ku check speed dyea still 100mbps lg,,, tak paham aku. aku walopun marah ngan celcom broadband, tp aku stil suka sebab leh usung mana2 dan tak berat, ringan lak tu… hehehe… lau p1 broadband kena usung dyae pnya modem yang besar ntah pape ngan wayar lah. menyusahkan. hidup broadband!!!!!!!!
Ikut pada penggunaan jugak. Kalau macam selalu travel, Celcom broadband la yang paling bagus. Tetapi kalau guna static letak dekat rumah je, P1 Wimax ataupun Streamyx la yang ok.