
Modem DV-230 yang baru diambil di HQ P1 Wimax
Saya pernah menulis sebuah entri khas bagi pengguna Celcom broadband yang mengalami masalah dengan perkhidmatan jalur lebar mereka. Di dalam entri tersebut, saya juga ada kongsikan dengan pembaca beberapa tips yang boleh mereka gunakan bagi menangani masalah-masalah Celcom broadband seperti talian terputus, tidak mempunyai connection, talian yang lambat, dan beberapa tips lain lagi.
Untuk entri kali ini pula, saya ingin berkongsikan dengan anda beberapa tips yang boleh anda gunakan sekiranya anda mengalami masalah dengan perkhidmatan P1 Wimax.
Sebelum saya pergi lebih jauh, ingin saya maklumkan di sini yang saya bukanlah customer support mahupun customer service P1 Wimax. Saya bukanlah pekerja mahupun mempunyai sebarang perhubungan dengan P1 Wimax. Apa yang saya kongsikan di sini tidak ada sebarang kaitan langsung antara saya dengan P1 Wimax melainkan perhubungan di antara seorang pengguna dan service provider.
Saya telah menggunakan perkhidmatan jalur lebar P1 Wimax hampir 2 tahun. Sepanjang saya menggunakan perkhidmatan mereka, memang terdapat beberapa masalah kecil dan besar yang pernah saya alami. Bukan itu sahaja, saya juga ada membaca beberapa komen yang diberikan oleh pengguna P1 Wimax yang sangat tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang mereka berikan.
Memang sukar untuk mendapatkan perkhidmatan yang 100% bebas daripada masalah. Tetapi apa yang penting adalah, bagaimana syarikat perkhidmatan tersebut menangani masalah itu dan juga melayani karenah pelanggan mereka.
Di antara masalah P1 Wimax
Berikut merupakan beberapa masalah yang pernah saya alami dan bagaimana cara saya mengatasi masalah tersebut.
LED modem berkelip-kelip merah – Ini berlaku disebabkan modem anda tidak memperoleh signal atau IP address daripada Access Point P1 Wimax. Ianya biasa terjadi apabila hujan yang lebat bersama ribut petir.
Untuk mengatasi masalah seperti ini, apa yang saya selalu lakukan adalah, menutup dan memasang semula modem P1 Wimax tersebut. Selepas modem dihidupkan semula, LED tersebut akan kembali berwarna hijau. Kadang kala ianya jadi, kadang kala tidak. Saya tidak berapa pasti faktor sebenar tetapi, paling maksimum masalah ini berlaku adalah sekitar 30 hingga 60 minit sahaja.
Jika anda mengalami lebih daripada itu, eloklah anda menghubungi pihak P1 Wimax untuk maklumat lanjut.
Talian Internet yang sangat perlahan – Ada masanya talian Internet P1 Wimax akan menjadi terlalu perlahan dan sangat lambat. Pernah pada satu hari, saya terpaksa menunggu lebih 3 minit hanya untuk membuka laman web Google sahaja. Itu baru Google. Belum lagi Facebook, Berita Harian dan beberapa laman web lagi.
Apabila ini berlaku, apa yang saya akan pastikan terlebih dahulu adalah kuota bandwidth yang dibenarkan oleh P1 Wimax. Setiap pakej yang anda langgan akan ditetapkan berapa jumlah bandwidth yang boleh anda gunakan. Pakej yang saya ambil adalah Home – Plus di mana kuota yang dibenarkan kepada saya hanyalah 20GB sebulan.
Untuk memeriksa kuota P1 Wimax, anda perlu login ke laman Self Care P1 Wimax. Di sana anda boleh lihat baki bandwidth pakej P1 Wimax anda. Apabilah kesemua bandwidth telah digunakan, talian Internet P1 Wimax anda akan mula menjadi perlahan sehinggakan anda akan rasa menyampah dengan P1 Wimax.
Tetapi sekiranya bandwidth anda habis, P1 Wimax menawarkan pakej topup di mana anda boleh menambah bandwidth dengan harga RM10 untuk 2GB bandwidth. Dan tarikh tamat tempoh 2GB itu adalah selama 30 hari sahaja.
Talian Internet kerap terputus – Sejak 2 3 bulan yang lalu, talian P1 Wimax saya selalu terputus. Dan ianya menjadi semakin teruk sejak 2 minggu yang lalu. Setiap selang 1 minit, talian P1 Wimax akan terputus dan kemudian ia akan reconnect semula secara automatik.
Walaupun sambungan Internet disambungkan semula secara automatik, tetapi cuba anda bayangkan pada waktu itu anda sedang membuat bayaran online melalui Maybank2U, dan tiba-tiba Internet connection anda terputus. Nak tak nak, anda terpaksa melalui semula proses pembayaran kerana Maybank2U akan menendang anda keluar kerana IP address yang anda gunakan telah bertukar.
Kalau sekali dua ianya terjadi, mungkin tidak menjadi masalah untuk memasukkan semula username, password, dan butiran payment di Maybank2U. Tetapi kalau dah 6 7 8 kali berlaku, orang yang tak marah pun akan menjadi marah.
Walaupun saya telah restart dan reset modem tersebut, masalah itu tetap berulang. Dan saya dinasihatkan oleh Customer Support untuk ke ibu pejabat mereka bagi menggantikan modem yang rosak itu dengan modem yang lain yang sama model.
Tetapi modem yang digantikan itu bukanlah modem yang baru. Ianya hanyalah modem yang pernah digunakan oleh pengguna terdahulu tetapi masih dalam keadaan baik. Bagaimana saya tahu? Kerana modem yang saya dapat ini terdapat kesan calar dan kesan pernah digunakan yang jelas kelihatan pada body modem dan pada USB wifi P1 Wimax itu.

Jika diperhatikan betul-betul, dapat dilihat kesan calar pada modem tersebut
Kepada siapa untuk berhubung?
Jika anda mengalami masalah dengan P1 Wimax, anda boleh menghubungi Customer Support mereka melalui beberapa cara. Di antaranya adalah:
- Hubungi P1 Customer CareLine, 1-300-800-888
- P1 LiveChat di laman web mereka
- Melalui Twitter, @P1Cares
- Atau dengan melalui email, careline@p1.com.my
Saya telah menggunakan keempat-empat kaedah ini. Tetapi saya menggalakkan anda untuk membuat laporan masalah P1 Wimax dengan menggunakan Twitter (sekiranya anda mempunyai smartphone yang mempunyai sambungan Internet 3G). Respon yang diberikan lebih cepat dan kita mempunyai rekod perbualan di antara kita dengan pihak P1 Wimax.
Tetapi jika anda tidak mempunyai sambungan Internet melainkan hanya bergantung pada P1 Wimax, adalah mudah jika anda mengubungi talian CareLine 1-300-800-888 mereka. Namun begitu, anda haruslah bersabar dan bertenang untuk mendengar satu per satu arahan operator sebelum anda dapat disambungkan ke bahagian Customer Support. Itu pun kalau talian anda tidak terputus semasa operator menyambungkan talian anda (pernah terjadi pada saya).
Ada beberapa lagi masalah yang pernah saya hadapi dengan P1 Wimax. Tetapi hanya ini sahaja yang dapat saya ingat. InsyaAllah, jika ada kelapangan dan idea tambahan yang lain, akan saya kongsikan tips tersebut di entri ini.
Walaupun ada masalah itu dan ini, tetapi saya tetap berpuas hati dengan perkhidmatan mereka. Terutama sekali pada bahagian Customer Support yang cekap dan pantas memberikan bantuan.
Diharapkan entri yang panjang lebar ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam menyelasaikan masalah-masalah dengan P1 Wimax.



x best blog ini!
ini lah ygsaya hadapi saat ini sesuai benar dg apa yg di kata kan oleh saudara kita yg di atas itu. untuk buka facebook saje kita harus menunggu loading selama 5 minit.
ini kah yg di kata kan JALUR LEBAR TERCANGGI di malaysia.sunggu memalu kan.
kalau tiada juga sebarang perubahan dari SYARIKAT WIMAX tentang keluhan penggunah
jangan harap lah kami akan menggunah kan perhidmatan syarikat anda.
MOHON keluhan kami ini di ambil perhatian sebalum kami memilih syarikat lain.
saya guna P1 2 tahun…ada sikit sikit dc kadang-kala tapi ok juga. Customer care bagus. Memang P14G CHUN!
mcm mana nak reset modem p1
Ada button di belakang modem. Just cucuk dengan pin atau klip kertas selama beberapa saat dan modem akan direset.
P1 Wimax , greedy for more customers, neglecting existing customers, service from fantastic, excellent, drop to good , better and hopeless. Since august 2011 complaint to customers service, advice received relocate your modem roof top, next to window, near door lucky not under the bed. Paying bills for service not receive, went to Wimax retailer recommended to change modem , already 1week new modem still not activated . I have no choice go to media and consumer tribunal for complaint see want explanation will receive. I become P1 Wimax customer since 16 Jan 2010, really up set with P1 now
maybe you used the old rate, rm49/month..then they make a problem to you,fly out the modem,haha
Walaupun sambungan Internet disambungkan semula secara automatik, tetapi cuba anda bayangkan pada waktu itu anda sedang membuat bayaran online melalui Maybank2U, dan tiba-tiba Internet connection anda terputus. Nak tak nak, anda terpaksa melalui semula proses pembayaran kerana Maybank2U akan menendang anda keluar kerana IP address yang anda gunakan telah bertukar.
Kenapa IP address akan bertukar? Bukankah hanya satu IP utk satu computer? Thanks…
Hi! We are from the P1 online media team.We do understand your frustration and we are here to listen and help. Kindly do forward your issues or inquiries to talktous@packet-1.com. Or alternatively you could find us in Facebook http://www.facebook.com/P1Cares or at Twitter @P1Care http://twitter.com/#!/P1Cares
Thank you.
mintak refund untuk modem p1 … dia kata 45 hari waktu bekerja … tapi tak ada sebarang cek pon yang dihantar kerumah … kita plak kena kol die tanya macam2 … dah kol die suruh buat surat dan kena tunggu lagi 15 hari waktu bekerja .. tak patot betul …. dekat 4 bulan nak siap semua,, itupon kita yang kena rajin bertanya ,, kalau tak duit lesap macam tu je sebab diorang pon tak ade rekod … atau tanya kita cek da sampai ke belum … memang tak bagus …