Apabila Celcom Broadband Bermasalah

Aku sudah menggunakan Celcom Broadband hampir dekat setahun atau lebih tepat, sudah 10 bulan aku menggunakan Celcom Broadband ni. Macam-macam masalah yang aku pernah lalui sepanjang menggunakan perkhidmatan internet yang disediakan oleh Celcom ni. Jadi, di sini aku ingin berkongsi la serba sedikit apa yang korang patut buat apabila berhadapan dengan masalah-masalah Celcom Broadband.

Line Disconnect
Semasa korang sedang menggunakan internet, tiba-tiba line terputus. Jangan risau, jangan panik, korang connect la balik. Selalunya line itu terputus disebabkan pertukaran daripada 3G ke GPRS atau sebaliknya. Bukan masalah besar. Cuma menjadi masalah sangat kalau masa tu korang tengah download something.

Line tukar ke GPRS
Benda ni jarang terjadi kalau kawasan korang betul-betul berada di kawasan 3G. Unless kalau kawasan korang tu berada di penghujung coverage 3G, baru lah perkara ini akan terjadi. Tetapi, kadang-kadang berlaku jugak even kawasan tu memang kawasan 3G. Untuk masalah seperti ini, korang tidak boleh buat apa sangat kecuali tunggu line tu pulih semula. Sekejap je. Tak lama.

Line Slow
Kalau line internet itu slow even korang dalam kawasan 3G, ini bererti kawasan tempat tinggal korang itu telah congested dengan user-user Celcom Broadband yang lain sehingga device Celcom (server) tidak dapat melayan semua request daripada user dengan serentak. Untuk masalah seperti ini, korang perlu contact Celcom Careline. Tetapi pastikan korang buat report itu apabila masalah itu tetap berlaku setelah 24 jam sudah berlalu.

Tidak Boleh Connect
Tidak boleh connect jarang berlaku. Aku rasa aku tak pernah alami lagi situasi seperti ni. Kalau tak boleh connect, korang cuba cabut dan plug balik modem korang tu. Sometimes, modem tu tak betul sikit. Bila dah cabut and pasang balik, baru la dia jadi ok. Tapi kalau tak ok jugak, korang boleh contact Celcom Careline. Tu pun selepas 24 jam.

Untuk contact Celcom Careline, korang boleh call 1111 dengan menggunakan phone Celcom atau pun korang boleh call 03-36308888. Pastikan korang mempunyai bukti yang kukuh bahawa Celcom Broadband korang memang betul-betul problem. Kalau tak, buat penat je buat report. Bila dorang tanya macam-macam, korang tak dapat nak jawab pulak. So, prepare before buat report.

Dan aku nak kongsi sedikit tips. If nak buat report, korang kena selalu contact Celcom Careline ni. Dulu aku selalu contact dorang. Siap email lagi. Dah email, aku call. Dah call, aku email. Dah tu pulak, aku panggil member-member aku yang lain (yang juga guna Celcom Broadband) untuk buat report pasal masalah aku tu. Tapi, pastikan yang member korang tu pun mempunyai masalah yang sama. Barulah dorang akan ambil tindakan yang segera.

Kalau korang nak marah-marah or nak maki hamun tu, terpulang pada korang. Aku cakap baik-baik je. Paling kurang pun, aku perli je. Tak pun aku tanya pendapat dorang kalau dorang berada di tempat aku. Sudah semestinya dorang mengiakan masalah yang aku hadapi itu.

Whatever pun, bagi aku Celcom Broadband amat berbaloi untuk digunakan. Kalau korang dalam dilema samada nak menggunakan Celcom atau Maxis atau Izzi atau wimax atau yang lain-lain tu, gunakanlah Celcom Broadband. Berbaloi…

Baca Yang Ni Pulak

Sekiranya korang menyukai artikel di BlogAku.Net ini, korang boleh melanggan dengan menggunakan RSS Feed atau dengan mengisikan email di dalam form di bawah ini.

13 Responses to “Apabila Celcom Broadband Bermasalah”

  1. Skang pun suda ada alternatif lain juga selain celcom broandband iaitu wimax P1 ;)

    August 25th, 2008 | 8:39 am | Quote
  2. =| komen2 yang diberikan semua ada jugak pada maxis broadband…

    aku guna maxios broadband..sempat la 2 bulan sebelum aku ke luar negara…

    mmng semua yang ko kata tu ada la jugak kadang2 berlaku….

    tapi pengalamn paling best aku guna waktu lepak kat ktm sungai buloh…tunggu punya tunggu train sambil on laptop..kat situ aku dapat coverage kuat..macam men ternet kat cc..huhuhuhu

    entah apa citer akunyer maxis broadband kat malaysia tuh…:d

    August 25th, 2008 | 2:18 pm | Quote
  3. aku tak sampai pon guna celcom nie..
    setakat agak mengecewakan jugak la..
    tapi nak wat caner.. layan je la..:((

    August 25th, 2008 | 4:44 pm | Quote
  4. Tapi kalau wimax, coverage dia tak meluas. Unless la kalau kau betul2 duduk dekat sebelah pencawang dia. ;))

    August 25th, 2008 | 9:45 pm | Quote
  5. Thanx for the info dude :)>-

    August 26th, 2008 | 10:18 am | Quote
  6. hahhaa..aku pun celcom bdband user gak
    aku amaat stuju skali ngn artike nih…ahahha:)>-

    August 28th, 2008 | 4:42 pm | Quote
  7. aku memula nak guna P1 wimax… tapi tengok coverage baru kat area rumah aku di Gombak, aku sekarang tak dok situ…

    jadi, aku amik Celcom ni… baru sebulan pakai… ada la problem mcm yg ko bagi tu, so boleh apply apa nak buat…

    September 2nd, 2008 | 4:00 pm | Quote
  8. banyak gak masalah…tapi ni yg paling bagus…camne la nak bagus dan takde masalah…sape nak jadi pm…hehe

    September 3rd, 2008 | 5:38 am | Quote
  9. aku ni baru daftar broadband celcom tapi yang peliknya simkad utk broadband dah dapat,bil dah dapat,selang beberapa hari aku dapat bil pascabayar celcom,aku tak tau bila diaorang buat projek haram ni curi salinan dokumen aku rejister pascabayar.pastu jual simkad kat org lain.bil aku yang dapat.teruk betul

    September 4th, 2008 | 9:49 pm | Quote
  10. masuk ramadan ni kira dah setahun aku pakai celcom broadband package rm68 (internet saja), guna datacard jenama sierra untuk laptop.

    pengalaman menarik - dapat download siri heroes musim 2 tiap2 minggu (episod 1 sampai last) dan juga banyak membantu masa buat kerja2 luar office.

    pengalaman buruk - rumah aku baru jer dapat celcom 3g coverage sebulan lepas. kalau tidak lemau betul line kat sini.

    pengalaman sakit hati - kalau korang penah singgah kat r&r pagoh lebuhraya plus, kat situ skit punye banyak banner ‘INI WILAYAH CELCOM’. tapi bila aku nak connect, takdak 3g coverage.

    pengalaman bonus - walaupun package aku sepatutnya takuk 3g jer, tapi kalau aku dalam kwsn hsdpa, tetap dapat highspeed. hehehe :d

    September 7th, 2008 | 11:03 pm | Quote
  11. maxis brdband user….

    =|=|

    September 14th, 2008 | 1:07 am | Quote
  12. z4w3p

    I’m agree with this article..hehe

    btw, celcom 3G’s latency is very high compare to maxis. its mean take a few seconds to response (loading webpage)..

    I’d try some tricks to solve this problem. I’m a celcom 3G subscriber too and using huawei e220 usb modem. What I did?

    1) update modem firmware. My version is 11.117.10.00.00 (dont do if ur modem still under warranty)

    2) disable all unused network connection except 3G modem dialer (can be found on Control Panel>Network Connection)

    3) if you using Mozilla Firefox 3 internet browser, type: about:config at the url box and search network.dns.disableIPv6 .set the value to True.

    4) install FasterFox add-on into your firefox

    5) try surfing..jenggg jenggg jengggg…

    good luck ^_^

    September 21st, 2008 | 11:55 am | Quote
  13. Hi there

    Please log on to http://andrew83.lelong.com.my
    Loads of modem available for sale…
    E220 is at RM350 with 1 year warranty (1 to 1 change)

    Thanks

    Andrew
    019-3893232

    September 29th, 2008 | 7:00 pm | Quote

Leave a Reply

:) :( :d :"> :(( =| :x 8-| /:) :o :-? :-| :-w ;) [-( :)>- more »